OH BELOG

Memakai Serban

<--------------------- Haaaa... Amacam aku pakai serban??? Ada macam Ustaz Don tak??? Huhuhuhuhu... Ada berani tak pakai serban pergi ofis??? Susah gak yeee pakai serban ni. Aku ingatkan pakai serban ni lilit-lilitkan kain kat kepala je lepas tu settle. Rupanya ada cara lilitan dia. Dah tua-tua bangka ni barulah aku tahu ada macam-macam cara nak lilit serban. Ada orang lilit serban cara Arab Saudi, Yaman, Patani, ikat macam orang Sikh pun ada. Penyani Yuna tu plak pakai serban apa??? Haaaaaaa... yang tu Afrika punya turban. Dan Yuna bukannya memakai tudung sepertimana yang dituntut dalam Islam menutup kepala hingga ke dada. Yuna tutup kepala je, dada dia buka. Huhuhuhuhu...

Back to serban, korang perasan tak golongan yang suka berserban ni??? Kalau budak-budak tahfiz, cara ikat serban diorang lain. Dekat Indonesia, budak tahfiz dari sekolah A cara ikatan serban diorang lain, budak tahfiz sekolah B ikatan serban diorang lain. Contoh macam ada ex-student sekolah tahfiz terjumpa budak tahfiz sekolah A kat sebuah masjid,

"Adik ni dari maahad tahfiz A yeeee???" tanya si ex-student.

"Yeee... abang ni sape?? Mana abang tau saya dari maahad tahfiz A?" tanya si budak tahfiz sekolah A tu.

"Aku ni senior ko!!!. Tengok cara lilit serban pun dah tau!!! Daahhhhh!!! Jangan cakap banyak, kasi aku RM5 skng, aku nak pau ko!!" balas senior tu.

Haaaaaaa... tak pasal-pasal kena pau dengan ex senior. Itu adalah contoh bodoh yeee adik-adik. Sebenarnya budaya berserban di Indonesia adalah untuk mengenali masing-masing punya tuan guru. Tuan guru kat sekolah A, adalah ulamak bernama Hanafi manakala Tuan guru kat sekolah B adalah ulamak bernama Razali.

Ni dipanggil Sanad (aku tak maksudkan isitlah hadith tentang sanad, cuma bahasa politik tentang rangkaian ilmu) seperti diamalkan oleh pelajar-pelajar agama di Mesir. Sanad ni ringkas cerita adalah RANGKAIAN ilmu turun-temurun oleh guru kepada pelajar dan kemudian pelajar plak turunkan ilmu tu kepada orang lain... Contohnya,

Siapa ajar aku mengucap 2 kalimah syahadah??? Aku belajar dari abah aku, abah aku plak belajar dari atuk aku, atuk aku plak belajar dari sekian sekian sekian.... last sekali dia belajar daripada Nabi Muhammad.

Contoh sanad (politik) serban plak,

"Siapa ajar ko beserban macam ni???" tanya reporter kepada pelajar A.

"Saya belajar cara serban ni dari Ustaz Sadri Bin Badli, Ustaz Sadri plak belajar daripada Ustaz Hanafi, Ustaz Hanafi plak belajar daripada Sheikh Rashid, Sheikh Al Rashid plak belajar daripada ..... bla ... bla..bla... dan akhir sekali dia belajar daripada Rasulullah SAW.

"Siapa ajar ko beserban plak???" reporter tanya kepada pelajar B.

"Yang ajar saya ialah Ustaz Rosli Karim yang diajarkan oleh Ustaz Razali yang diajarkan oleh Imam Sarkowi yang diajarkan oleh Sheikh Salihin yang diajarkan oleh... bla bla bla.... yang diajarkan oleh Rasulullah SAW."

Syeikh Muhamad Abu Zahrah berkata ada 3 jenis sunnah tentang perihal berserban ni,

1. Sunnah mu’akkadah, iaitu sunnah yang dikerjakan oleh Rasulullah s.a.w. secara berterusan, dan baginda menyatakan bahawa ia bukanlah perkara fardhu. Contohnya sembahyang witir, membaca surah dalam sembahyang selepas fatihah. Sesiapa yang meninggalkan sunnah ini akan dicela oleh syarak, namun tidak sampai pada tahap menerima siksaan.

2. Sunnah ghairu mu’akkadah, iaitu perkara sunnah yang tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. secara berterusan, contoh, sembahyang 4 rakaat sebelum zohor, 4 rakaat sebelum ashar ..

3. Sunah selain dari keduanya. Iaitu perkara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. kerana mengikut adat kebiasaan yg tidak ada hubungannya dengan tugas tabligh dari Allah, atau yang tidak ada hubungannya dengan penjelasan hukum-hakam syarak. Contoh seperti cara berpakaian, makan dan minumnya Rasulullah s.a.w., menyimpan janggut(sbhgn ulama’ mengatakan sunah atau wajib), mendadan misai di mana semua itu adalah adat dan kebiasaan yang baik.

Sesiapa yangg meneladaninya atau mengikutnya bermakna dia memuliakan Rasulullah s.a.w. dan, sesiapa yang tidak mengamalkannya, maka dia tidak menerima ancaman dosa atau cercaan dari syarak. Barangsiapa yangg menganggap bahawa adat kebiasaan Rasulullah s.a.w. adalah sebahagian dari agama, atau ia telah diperintakahkan secara pasti, bermakna ia telah melakukan bid’ah yg tidak ada dasarnya dari agama.  

Kat bawah ni adalah gambar-gambar orang beserban dengan gaya-gaya berbeza,





4 comments:

Anonymous said...

Good info.. Tq.. (^_^)

Anonymous said...

Oh lupa nak state td.. Awak nampak sweet sgt pakai serban tue.. (^_^)

faezah-ajid said...

macam zed zaidi pon ada..kahkah...

salahuddin canopy said...

mlm ni game table tennis pkai serban..hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails