OH BELOG

Cara Mudah Nak Bakar Lemak dan Waktu Sesuai Untuk Bersenam



Apakah punca yang menyababkan gemuk??? Jawapannya KALORI. 

Kalori tu apa??? Kalori tu pembekal tenaga. Kalori datang daripada makanan. Kalau makan lebih tapi tak gunakan tenaga banyak dalam seharian, lama-lama kita akan kumpul kalori berlebihan lalu jadilah LEMAK.

Apa yang membakar kalori??? METABOLISME.

Metabolisme adalah pembakar kalori. 

Bagaimana nak buat metabolisme lebih banyak membakar kalori??? Buat aktiviti harian banyak dan bersukan. Makan makanan yang boleh naikkan metabolisme badan macam cili padi dan air putih. 

Ok, sekarang macam mana nak kurus??? Nak buat DIET pun boleh, nak bersukan pun boleh.

Sekarang kita pilih cara bersukan untuk kuruskan badan. Abaikan pasal diet. 

Peranan bersukan untuk kuruskan badan ni adalah dengan cara meningkatkan penggunaan kalori sebagai tenaga. Apabila kita bersukan, metabolisme akan membakar kalori dengan cepat berbanding aktiviti harian yang kita buat. 

Ok paham??? Kalau tak paham, ulang balik kasi paham.

Kalau dah paham, sekarang kita pergi chapter 2. Aku nak cerita pasal glycogen dan lemak. 

Apakah lemak??? Lemak adalah KALORI berlebihan yang ada dalam badan, akibat daripada kita makan banyak tapi penggunaan tenaga seharian yang kita pakai tak sama dengan kalori intake. Contohnya, aktiviti seharian kita seperti bersolat, pergi kerja, tengok tv, bergosip dengan jiran, tidur cuma perlukan kalori sebanyak 2000 sahaja. Kita pula makan (kalori intake) nasi lemak, nasi putih, telor, air sirap, milo ais, karipap, keropok lekor, sayur, vitamin-vitamin supplement yang mana jumlah kalorinya ialah 2400 dalam sehari. Jadi kat sini, ada extra 400 kalori masuk dalam badan, maka kalau ni lah amalan kita seharian, kita boleh kumpul berpuluh ribu kalori dalam setahun yang menyebabkan terjadinya lemak.

Ok paham??? Kalau tak paham, ulang balik ye.

Sekarang apa plak glycogen??? Glycogen adalah APA YANG KITA MAKAN PADA HARI TU. Maksudnya, jumlah kalori yang masuk dalam badan kita PADA HARI TERSEBUT.

OK??? 

Masa kita makan, kita masuk kalori dalam badan kita. Kalori yang masuk dalam badan kita pada hari tu dipanggil GLYCOGEN. Setelah kita buat aktiviti seharian suntuk, jika ada GLYCOGEN LEBIH, ia jadi LEMAK. 

Sekarang kita ulang balik, apa yang membakar KALORI? METABOLISME. 

Dalam cerita ni, metabolisme bakar mana dulu??? Kalori daripada GLYCOGEN dulu atau LEMAK??? 

Metabolisme akan membakar kalori daripada GLYCOGEN dulu. Dan bila kalori GLYCOGEN dah habis, barulah metabolisme bakar kalori LEMAK. 

Orang gemuk kalau nak kuruskan badan, bila nak bersukan dia kena pastikan dia bukan bakar kalori glycogen je, malah kena bakar kalori lemak gak. Haaaa payah kan???

Maksudnya, dia kena bersukan dalam tempoh yang lama agar dia dapat habiskan kalori glycogen dulu untuk ke next stage iaitu membakar kalori lemak plak. Mungkin kena bersukan sampai 2 jam kot... Larat ke???

So, dekat sini kalau nak kuruskan badan melalui kaedah bersukan, kita mesti kena ada plan.  Kita nak bakar lemak dulu, kemudian baru bakar glycogen. Tapi macam mana nak buat, dah memang lumrah dalam badan manusia, metabolisme akan bakar glycogen dulu baru bakar lemak. Haaa camne nak buat???

Matlamat kita ialah, bersukan untuk membakar lemak, dan aktiviti harian pula untuk membakar glycogen. 

Macam mana kita nak bakar lemak dulu, then baru glycogen??? Apa yang kita boleh buat ialah, sebaik sahaja bangun dari tidur (bangun pagi), terus solat then minum segelas air putih untuk tingkatkan metabolisme, dan kemudiannya terus bersukan. Senang cerita, bersukan pada waktu pagi sebelum ambil sarapan. 

Kenapa??? Katakan hari ni kita makan makanan yang berjumlah 2400 kalori. Tapi badan kita cuma memerlukan 2000 kalori je. So, dekat sini kita ada lebihan 400 kalori. Esok pagi lepas bangun tidur, terus berbasikal selama sejam yang mana aktiviti berbasikal selama sejam tu katakan la boleh bakar 400 kalori. So kat sini BREAKEVEN. Win-win. Lemak tak terjadi, sebab kita dah pakai glycogen habis.

Ok, sekarang bayangkan kita makan makanan yang berjumlah 2000 kalori sama seperti keperluan harian kita. Selepas tidur malam, kita bangun pagi dan terus berbasikal dan membakar kalori sebanyak 400 kalori. Dekat sini, metabolisme bakar kalori mana?? GLYCOGEN or LEMAK??? Of koz le lemak dulu...

Sekarang, kita bayangkan plak, kita bersukan dan melakukan aktiviti harian yang memakai 2400 kalori dalam sehari. Tapi badan kita perlukan 2000 kalori je. So, kat sini kita kurangkan 400 kalori dalam sehari.

Lebih cun plak, kita bersukan waktu pagi sebelum ambil breakfast which means kita burn LEMAK dulu instead burn GLYCOGEN. 


Sekarang tengok 2 perbezaan teknik kurus badan orang yang bakar glycogen  dulu then bakar lemak dengan orang yang bakar lemak dulu then glycogen:

Katakan Sham pakai teknik bakar glycogen then lemak. Sham bangun pagi sebelum nak ke ofis, dia breakfast dulu, then terus ke ofis. Habis waktu ofis dia pergi bersukan (berbasikal). Lepas bersukan dia makan dan terus masuk tidur. 

Dekat sini, konfem lepas Sham bersukan (berbasikal) dia akan rasa lapar tak hingatttttttt... Tapi dia tetap mendisplinkan dari segi kalori intake. Walaubagaimana pun, dia terseksa sebab letih sangat. 

Fadly plak pakai teknik bakar lemak dulu then glycogen. Fadly bangun je pagi terus berbasikal. Lepas berbasikal, dia lapar tak hingat lalu dia makan pagi. Lepas tu masuk ofis. Habis masuk ofis, dia makan malam, then tidur. Fadly letih tak?????????? Dia lagi letih daripada Sham. Tapi hanya pada waktu pagi.

Siapa lagi cepat letih??? Dekat sini, Fadly akan lebih letih lagi. Tapi 3 jam selepas dia ambil sarapan pagi, dia kembali pulih dengan cepat (tak letih lagi) sebab glycogen bagi tenaga pada dia. 

Sham plak pada waktu pagi dia ada engergy sebab dia ambil glycogen dulu, tapi 3 jam selepas bersarapan, tenaga makin berkurangan. Lepas dia makan tengah hari, still badan letih gak, pasal glycogen ambil masa untuk ditukar kepada tenaga. Time Sham berbasikal waktu petang plak, dia habiskan glycogen lagi. Dia tambah penat, jadi kena sumbat glycogen lagi, makan malam plak. 3 jam lepas tu, segar balik.

Kita tengok antara Sham dan Fadly punya resting time. 

Sham mulakan aktiviti ringan dulu, kemudian aktiviti berat. Kemudian rest (tidur). Cuba bayangkan graf penggunaan tenaga dia...... MENDATAR,MENINGGI , MENURUN......

Fadly punya graf penggunaan tenaga dia, MENINGGI, MENDATAR DAN KEMUDIAN MENURUN.

Ingat dalam kepala hotak kita ni, aktiviti harian adalah tempoh yang lama (17 jam). Bersukan plak tempohnya sekejap (dalam sejam je). Tidur 6 jam. 

Jadi kita kena plan penggunaan tenaga kita untuk kita gunakan akitiviti seharian kita. So choose which one, nak bakar lemak dulu ke nak bakar glycogen dulu?

Waallahualam.

13 comments:

Anonymous said...

bro tak berapa faham la. jd maksudnya, kita kena bersenam waktu pagi tanpa breakfast baru boleh bakar lemak?? glykogen plok tuk cover kerja harian kita?

KISAH CINTA NASI LEMAK said...

2-2 method pun boleh jadi kurus bro. tp yang nk ditekankan kat sini ialah tentang kesihatan,

glycogen tak bahayakan kesihatan sebab sifat dia sementara.

lemak bahayakan kesihatan. lagi lama lemak dalam badan, kita akan kena ancaman penyakit. selain dari tu, bila lemak ada dalam badan, stamina yillek...

orett?

hirlina wati said...

So skrg bgun tido terus senam lg bagus lah yer? Yg saya baca klo bgun pastu senam akan bakar otot...btl ker?

hirlina wati said...

So bgun tido terus senam lg bgus lah yer?

KISAH CINTA NASI LEMAK said...

in case takde bahan pembakar pada waktu pagi tu, metabolisme akan bakar otot.

tp bagi saya, jgn risau pasal otot, otot dia akan regenerate setiap masa.

shila johari said...

Sy masih x pham so...untuk kuruskan badan dengan cara yang mana lg elok....bersenam dahulu sblm breakfirst or breakfirst dlu sblm brsenam

Jumardi damra said...

Mksud dia mcm nih.. Kalau kita workout pg dan xbreakfast..bdn akan guna lemak sbg tenaga.. Kalau kita bfast pulak baru workout! Bdan kna bakar tu makanan dulu sbg tenaga.. So xguna la kita workout utk kurus jika sarapan dahulu.. Pas workout baru sarapan okey! Tp jan la sarapan betul2 seminit pas workout ye..paling xpun.. Stgh jam pas senaman like jogging atau skipping.. Lemak akan dibakar...

Anonymous said...

Owh..baru phm lps baca post kat blog ni..tengkiuuu sgt..gud info! ;)

nabilah kamil said...

Bahan pembakar tu ape. Bg cth pls

nabilah kamil said...

Bahan pembakar tu ape. Bg cth pls

Haney Bee said...

korang try la detox slimming herb.. terbaikk

hisham EF said...

Terbaik terbaik terbaik!!! Sy fham !!! Bngun tido trus snaman lpas tu bru breakfast. Bhasa ringkas snamn pagi lbih baek dr dr snman ptang (bakar lemak dulu bru glycogen)

hisham EF said...

Terbaik terbaik terbaik!!! Sy fham!! Bngun tido trus snaman lpas tu bru breakfast, senaman pagi lbih baik dr snaman ptang (bakar lmak dlu bru glycogen)��������������

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails