OH BELOG

Amazing Spiderman Filem Yang Mencuri Filem Cicakman


Tarikh 14 Julai 2012, jam 9 malam di Big Cinemas Teluk Intan Screen 2 kerusi F-1, aku telah berjaya menonton filem The Amazing Spiderman 3D.. Akhirnya, setelah seminggu lebih filem ni ditayangkan kat pawagam, barulah aku ada peluang nak tengok movie ni.

Tanpa membaca sebarang sinopsis tentang filem ni, tanpa menanya pendapat kawan-kawan tentang filem ni, aku menuju ke panggung wayang seorang diri tanpa seorang teman. First dalam kepala hotak aku, aku ingatkan filem ni adalah sambungan kepada filem Spiderman III TAPI rupanya idak.Filem ni, cerita daripada awal macam mana Peter Parker boleh dapat kuasa menjadi spiderman. Karaktor Mary Jane dah tak wujud dah, digantikan dengan watak heroin cun nak mampossss lakonan Emma Stone sebagai Gwen. 

Peter Parker Yang Genius Sains dan Gila Teknologi

Selain daripada tu, karaktor Peter Parker tak ditonjolkan sangat sebagai seorang pelajar yang minat dengan fotografi, tapi sebagai seorang pelajar genius yang terror dalam biologi serta degil. Kalau dulu, watak Peter Parker adalah seorang yang skema dan minat fotografi, tapi watak kali ni, Peter Parker lebih agresif yang mana dia juga adalah peminat game extreme seperti skateboard, panjat2 tiang, and buai-buai rantai besi. (aku tak tau nak panggil apa). Peter Parker juga adalah anak kepada saintis terkenal yang ditinggalkan oleh ibu bapanya kepada Ben Parker dan May Parker yakni makcik pakcik Peter Parker.

Gwen seorang yang friendly dan comel tak hingattttt

Kalau dulu, awek Peter Parker adalah awek yang giler glemer nak jadi pelakon teater kan??? Sekarang ni, awek Peter Parker a.k.a Gwen adalah ketua pelajar intern di sebuah syarikat biokimia, Oscorp Sdn Bhd...... Sdn Bhd??????? Gwen juga adalah anak kepada ketua polis bandar yang membenci Spiderman kerana menyangka Spiderman adalah penjenayah jalanan.

Dr. Con

Ada 4 watak yang ditekankan dalam flem ni. Peter Parker, Gwen, Dr. Con dan Captain Stacy.  Dr. Con ialah watak jahat dalam filem ni. Beliau ialah seorang ahli biologi yang kudung tangan kanannya dan cuba mengkaji sifat cicak yang mana cicak kalau putus ekor boleh tumbuh balik ekornya. Dia bercita-cita untuk tumbuhkan balik tangan kanannya yang kudung. Dr. Con juga adalah rakan setugas bapak Peter Parker yang tiba-tiba menghilangkan diri dari bandar. At first, Dr. Con tak dapat cari formula untuk mencipta gen yang boleh tumbuhkan tangan kanannya tu, tapi dengan pertolongan Peter Parker yang genius dalam sains, dia akhirnya temui formula untuk ciptakan gen yang boleh tumbuhkan tangannya tu. Asalnya Dr Con ni baik, tapi disebabkan dia try formula tu kat tubuh dia, akhirnya dia ada masalah personaliti. Dia juga berubah menjadi raksasa cicak atau dikenali sebagai CICAK MAN di Malaysia.

Siapa plak Kapten Stacy?? Kapten ni adalah bapak kepada Gwen, awek kepada Peter Parker. Kapten Stacy adalah ketua polis bandar. Kenapa watak ni wujud pun aku tak tau la plak. Owwwhhh ok, tujuan watak ni diwujudkan adalah untuk menceritakan bagaimana Spiderman boleh kamcing dengan pihak polis. Or dengan erti kata lain, bagaimana pihak polis boleh percaya dengan Spiderman sebagai penyelamat bandar. Mula-mula pihak polis tak accept spiderman, last-last diorang plak agung-agungkan spiderman... Huhuhuhuhuhu..

Ok, sekarang dah tau peranan-peranan watak-watak dalam filem ni. Macam mana cerita dia plak???


Ceritanya macam ni, Peter Parker adalah mangsa buli dekat sekolah. Dia plak suka dekat seorang awek sekelas beliau bernama Gwen. Gwen at the same time adalah leader group student praktikal dalam syarikat biokimia Oscorp. Peter Parker menjadi student intern dekat Oscorp juga dan di situ dia berkenalan dengan Dr. Con yang merupakan rakan setugas bapak Peter Parker. Satu hari, Peter Parker telah access dalam satu makmal eksperimen labah-labah dan telah digigit oleh labah-labah yang menyebabkan dia ada superpower. 






Babak yang seterusnya, Dr. Con dapat tahu yang Peter Parker adalah anak kepada rakan setugasnya dulu. Jadi hubungan Dr. Con dengan Peter Parker menjadi rapat. Mereka bersama-sama buat uji kaji tentang unfinished experiment yang dibuat oleh bapak Peter Parker suatu ketika dahulu. Peter Parker telah mencipta satu formula untuk menyambung legasi experiment bapaknya dulu dan telah memberi kepada Dr. Con... Dr. Con plak telah cuba untuk menjadikan dirinya sebagai experiment dan hasilnya, Dr Con mempunyai dua personali, satu personaliti Cicakman, satu lagi personaliti sebagai manusia yang baik.




Jom cerita pasal babak cinta Gwen dengan Peter Parker plak. Gwen adalah seorang gadis yang sporting and friendly manakala Peter Parker plak adalah seorang pelajar yang suka tolong pelajar-pelajar junior yang dibuli oleh senior.Walaupun Peter Parker selalu dibelasah oleh pelajar senior kerana backing pelajar junior, dia tetap tolong pelajar-pelajar junior dan tak putus asa backing pelajar junior... Pergggghhh, macam tu laaaa lelaki gentle... So, dari situ, Gwen perhatikan Peter Parker ada something yang spesel. Yang menyebabkan Gwen lagi angau kat Peter Parker ialah, setelah Peter Parker ada superpower, Peter plak membuli pembuli-pembuli tu.

Haaaa, macam mana plak boleh wujud watak Spiderman tu plak??? Malas la aku nak cerita panjang-panjang. Nak tau, tonton la sendiri. Aku rasa DVD cetak rompak Amazing Spiderman dah ada dah kat pasaran, sila rembat sekeping yeeee...

Overall, aku kasi filem ni, 9/10 bintang.

Jalan cerita, disebabkan common sangat jalan ceritanya, aku kasi 6/10 bintang.

Tentang lakonan plak, yang ni superb!!! Aku kasi 10/10 bintang.

Untuk action dan teknik video grafik, aku kasi 10 bintang..


 

3 comments:

Rara Nasiha said...

I give 10/10 overall. sangat best cerita ni. :)

Nurul Aznil said...

wah, review bagus, kena tgk nie...

Anonymous said...

Apasal pulak spiderman mencuri film cicakman ?sedangkn amazing spiderman mengikut jalan cerita komik sebenarnya. Cicakman yang tlh mencuri gaya2 crita spiderman.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails