OH BELOG

Artis Malaysia Anak VIP

Bapak ahli politik belum tentu anak pun ikut jejak ke bidang politik. Ok, siapa artis-artis Malaysia yang korang kenal merupakan anak kepada VVIP??? Jom, kite kaji selidik.... FUHHHHHH (gaya Awal Ashaari).

Muniff Isa
Muniff Isa yang berumur 30 tahun ni sebenarnya anak kepada Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Isa Md Sabu. Masih single, pernah berlakon dalam filem Nur Kasih dan drama Juvana.


Johan Asaari

Pemegang watak BOTAK JUVANA ni sebenarnya berkelulusan pendidikan agama Islam tapi alih-alih jadi pelakon plak. Johan Asaari ni gak berkebolehan menghafal 15 juzuk Al Quran jadi tak mustahil dia boleh menghafal skrip lakonan dengan mudah... Huhuhuhu.. Johan Asaari ni merupakan anak kepada bekas Ahli Parlimen Datuk Asaari Ibrahim. 

Aizat

Anak kepada tokoh korporat Datuk Mohamad Amdan ni berusia 22 tahun. Glemer setelah menjadi kurus yang asalnya berbadan tembam semasa menyertai Akademi Fantasia. Menjadi lebih glemer apabila dikatakan bercinta dengan Liyana Jasmay tapi sedikit down sekarang apabila alih-alih Liyana Jasmay bertunang dengan jiran beliau.  


Dira Abu Zahar

Berumur 28 tahun dan dah berkahwin. Pengacara Melodi ni merupakan anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Abu Zahar Hj Isnin. Dira dikatakan terlibat dalam satu pergaduhan yang kecoh baru-baru ni. Dira kononnya telah memijak seseorang yang menyebabkan individu tersebut cedera parah.. Perggghhhhh......


Najwa Mahiaddin

Penyanyi yang glemer dengan lagu Sweet October pernah berganding dengan Yuna beberapa kali. Mungkin sebab pernah diintroduce oleh Yuna, nama Najwa ni naik. Najwa sebenarnya adalah anak kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muyiddin Yassin. Pada tahun 2012, Najwa berumur 26 tahun dan masih single. So, ngorat laaaa wahai lelaki. 


Mizz Nina

Dulunya bersama group hip hop Teh Tarik Crew, sekarang Mizz Nina bergerak solo. Awek cun ni  dah pun jadi bini .kepada Noh Hujan pada usia 32 tahun. Kalau korang nak tau, Mizz Nina ni merupakan anak kepada salah sorang top 20 orang terkaya di Malaysia iaitu Tan Sri Azman Hashim Executive Chairman dalam Amcorp Group Berhad. 




Dafi


Anak kedua daripada empat adik beradik, Gadafi peserta Akademi Fantasia ni merupakan anak kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Dafi masih single dan ternyata dia straight walaupun ramai yang cakap muka dia jambu macam penyanyi k-pop. Jadi awek-awek, kalau jumpa Dafi, sila ngorat dia lebey-lebey.

2 comments:

Anonymous said...

Aiman Hakim Ridza anak Datuk Ridza Abduh ex CEO / MD UEM...

Anonymous said...

Farid kamil anak kpd datuk azhari che dan bekas pengarah kesihatan kedah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails