OH BELOG

Ceramah Ustaz Azhar Idrus VS AJL

29 Januari berlaku pertarungan pentas antara Pentas Anugerah Juara Lagu 26 di Stadium Putra dengan ceramah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Besar Shah Alam. 

Sekarang masa aku menaip ni, jam dah menunjuk pukul 1049 malam. Aku tanya kawan-kawan aku yang dok kat Shah Alam melalui sms tentang ceramah Azhar Idrus tadi. Kata kawan aku yang hadir ke ceramah tu, masjid Shah Alam dipenuhi dengan ramai jemaah. Sampai orang duduk luar masjid la untuk dengar ceramah Azhar Idrus tu. Kerata-kereta para jemaah ada yang sampai di parking kat bahu-bahu jalan. Jemaah yang hadir pula bukat takat orang tua je, yang bujang pun ada juga regardless lelaki or perempuan. Pergggghhh!!! Siapa sangka kan??? Ingatkan ramai orang yang akan pergi ke AJL, tapi rupa-rupanya penduduk-penduduk di Selangor ni lebih sukakan ceramah daripada entertainment. Alhamdulillah.

Ni snapshot diambil dari facebook page Ustaz Azhar Idrus. Sebanyak 30 ribu orang datang untuk dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus hari ni. Fuhhh... kalah selebriti-selebriti yang masuk final AJL tu. Setakat Najwa Latif tu, cetttt celah gigi je Ustaz Azhar Idrus kasi penangan. Hehehehehehehe..

Aku rasa lepas ni, maybe ceramah-ceramah agama boleh dibuat dekat stadium lepas ni. Buat macam sambutan tahun baru 2012 baru-baru ni dekat Shah Alam yang mana ramai umat Islam dan bukan Islam datang tengok ceramah berbentuk dakwah.  Pendakwah-pendakwah sekarang ni dah boleh role model kepada golongan belia sekarang. Yipppppaaaaa!!!

2 comments:

~~ nOyuE N wAfiE ~~ said...

jemput singgah join GA liku-liku kehidupan...=)

Mikah Lurima said...

Alhamdulillah... ekceli jeles dengan orang2 yg pernah dengar cerama beliau live. I tak pernah pun... just follow kat fb je. Huhu~

p/s: Mintak gambar imej yg u letak tu. Tq~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails