Bertimbang Rasa, Takut Atau Patuh Pada Arahan?

Yang aku faham, PROSEDUR ialah sejenis garis panduan bagi seseorang itu hendak membuat satu kerja. Prosedur tak bermaksud seseorang itu kena buat keputusan berdasarkan apa yang termaktub dalam undang-undang prosedur tu... Kalau semua benda nak ikutkan prosedur, susah la kita nak membuat keputusan dengan cepat. 

Kadang-kadang prosedur ni juga akan menyebabkan proses maklum balas terhadap pihak kedua atau ketiga menjadi slow. 

Aku kesian dengan orang ketiga tu... Kesian benar... Orang ketiga tu terlantar di hospital dan memerlukan bantuan untuk membiayai rawatan dia, tapi hanya disebabkan tiada kad pengenalan dan tiada tandatangan daripada orang ketiga tu, yang mana PROSEDUR daripada pihak kami menyatakan borang perlu diisi dengan lengkap dan kena ada tandatangan daripada pemohon yakni pihak ketiga tu, proses bantuan kepada orang ketiga tu menjadi lembap nak mampossss... Tu baru proses tapis borang permohonan. Rupanya ada satu lagi prosedur pihak kami kena buat, kami kena buat siasatan kepada si pemohon yakni pihak ketiga tadi. Cantik!!! Kakitangan yang membuat proses siasatan tu plak jenis takde kereta, pergi buat siasatan pakai motosikal, elok plak musim hujan sekarang...Lepas proses siasatan, kena ada plak mesyuarat antara orang-orang atasan tentang bantuan tersebut.... Tunggu punya tunggu, akhirnya lulus gak bantuan kepada orang ketiga tu. Tapi.... elok je bantuan diluluskan, orang ketiga tu dah mati...

BONGOK!! Padan la keluar suratkhabar pasal kami. Cuba korang fikir, siapa yang patut dipersalahkan???

3 comments:

Anonymous said...

prosedur dibuat kerana ramai yang menipu mohon bantuan. terpaksalah ikut prosedur supaya bantuan dapat diberi kepada org yang betul2 memerlukan...kalau nak cepat atau kita rasa dia mmg perlu bantuan 9instinct), kita kena bantu dia percepatkan proses termasuklah siasat/turun padang.....byk agensi dah terkena...orang mohon bantuan..ya betul...duduk rumah setinggan..tapi depan rumah dua tiga bijik keta besar (selepas buat siasatanlah)..apa nak buat..manusia ni, ada mcm-mcm...yang mengambil kesempatan banyak....

KISAH CINTA NASI LEMAK said...

proses procedure tu boleh di cut... prosedur siasatan tu mmg kena ada... yg meeting tu apa peranan dia??? sekadar nk isi perut lepas meeting la?

Anonymous said...

meeting tu peranannya nak kurangkan little napoleon. bayangkan kalau kuasa melulus ada pada sorang saja. mungkin, aku kata mungkin yang akan dapat dulu adik-beradik dia, kawan-kawan dia.. orang yang lebih memerlukan akan tercicir. kalau meeting tu panjang sbb boss suka bebel, urus setia la kena main peranan. bagi hint ker, apa ker, lagi bagus sound terus je kat boss.. ada berani??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

GUA

Blogcatalog

_____________________________
My BlogCatalog BlogRank