Aku Pun Ada Perasaan Gak.

Aku letih sangat. Aku letih. Doktor dah isytiharkan aku ada penyakit darah tinggi. Dan aku kena makan sebijik ubat darah tinggi setiap hari. At the age of  29 aku dah ada penyakit yang boleh menyebabkan aku menghampiri maut.

Kerja dekat ofis berlambak-lambak. Berapa kali nak audit pun aku tak tau... Perangai macam jahanam. Bos kat atas perangai macam laknat. Semua nak ada dateline. Hari sabtu ahad pun kena kerja bukan sebab aku nak settlekan kerja aku tu, tapi arahan orang atasan supaya aku buka kaunter sabtu ahad.

Orang dekat ofis datang berduyun-duyun. Kakitangan ada berlambak je, tapi semua buat hal masing-masing.

Kerja audit nak buat, nak tutup akaun lagi. Sasaran kerja tahunan pun nak buat. Layan orang lagi.

Malam-malam tak boleh nak tidur. Aku asma.

Hari ni gua nak mengamuk. Esok pun aku nak mengamuk.  Munkgkin satu bulan aku akan mengamuk. Kalau siapa-siapa mempermainkan perasaan aku, sindir-sindir aku, aku tak teragak-agak nak belasah ko regardless ko bos, kuli, jantan or jalang. 
 
Gaji sikit, kerja berlambak... Kalau aku tau seksanya macam ni, baik aku kerja swasta. Takde istimewa langsung kerja aku ni.

Kisah Skandal Aku, Fatimah dan Seha

Teringat aku masa zaman muda-muda dulu. Dulu ada la seorang awek ni terlalu la caring sangat kat aku. Fatimah nama beliau. Budak UiTM Shah Alam. Nak kata buruk, uisssshhh lawa giler!!! Nak kata pendek, perggghhh badan macam model. Tapi entah macam mana aku tak ada hati langsung kat si Fatimah ni. Aku dapat hidu la gerak geri dia ni yang dia ni macam syok kat aku. Mula-mula dia sms aku tanya khabar, then dia kasi aku hadiah, ajak lunch 2 orang dan paling ketara sekali bila gaya cakap dia dalam call or sms dah berubah kepada perkataan 'Hi Dear,'  'ko ni sweetalker la,' 'sayang', 'miss u' and so-so on. 

Sorila Fatimah, at this  moment my heart is on someone else la, I admire Seha.

Seha atau nama sebenarnya Saleha Munirah Binti Abdurrahman, seorang kacukan Melayu India. Perutnya berisi ala-ala heroin filem tamil 90an, kulitnya hitam seperti Kajol, wajahnya taklah cun sangat tapi iras macam Kris Dayanti sikit.

Aku minat Seha ni bukan sebab faktor cantik tapi aku suka dia sebab dia pernah tolong aku tukar tayar kereta aku. Muahahahahahahahaha!!! Nak dengar cerita? Hehehehehe..

Pada suatu malam di tempat parking kereta Menara Muadzam Shah UiTM Shah Alam, on the way pulang dari kelas malam, aku menuju ke kereta aku. Elok je aku tiba kat kereta aku, aku tengok,

"What the helmet???!!! Pancit plakkkkkkkkkkkkkkk!!! Adoiiiiiii" bisik aku dalam hati bila aku tengok tayar kereta aku pancit.

Aku buka bonet kereta aku cari alat-alat nak tukar ganti tayar kereta... Cissss takde... Yang ada pun screwdriver. Nak buat apa screwdriver??? Cucuk lubang hidung cari ilham??? Aduhaiiiiiiiiiii... Owhhhh masa zaman aku UiTM dulu, handphone belum menjadi kemestian bagi setiap pelajar. Aku ada handphone, tapi mostly kawan-kawan aku plak takde handphone. So, aku nak call siapa untuk minta tolong kan?

Jam masa tu dah pukul 10 malam, aku dah gelabah, sedar-sedar aku dah korek hidung dengan screwdriver yg aku pegang tadi... Haaaaaaaaa punyalah gelabah... Aku nak balik seksyen 7 ni.. Jauhhhh tu!!! Tiba-tiba,

TEEEETTTT TEEETTTTTTTTTTTTTTTTT!!!!!!! *Bunyi hon kereta seseorang**

Hati-hati Kalau Nak Ngorat Pramugari


Rupanya dekat Thailand, golongan pondan boleh apply kerja sebagai pramugari. Pramugari ye... Bukan pramugara.

Dikhabarkan, golongan pondan ni dibayar gaji lebih mahal daripada golongan wanita yang bekerja sebagai pramugari disebabkan golongan pondan ni hakikatnya mempunyai kudrat jantan yang mampu untuk melakukan kerja-kerja yang berat semasa berada di kabin penerbangan. 

Esok-esok kalau korang kat Thailand dan menggunakan khidmat penerbangan kat sana, korang jangan gatai-gatai ngorat pramugari kat sana. Sangka kita dia wanita sejati, sopan santun, baik budi bicaranya alih-alih dia seorang pondan... Aku tak dapat bayangkan pilot yang kerja kat situ. Mesti diorang tekanan sebab kena ngorat dengan pramugari-pramugari pondan tu. 



Doa Untuk Awek Yang Reject Kita

"Fiza... saya sukakan awak. Saya dah jatuh cinta kat awak. Boleh bagi saya peluang?" aku ucap I love you melalui sms kat Fiza, classmate lama aku masa aku kat UiTM in which until now aku still contact dia.

Lima minit kemudian, sms aku berbalas daripada Fiza.

"Awak suka saya??? Sebab apa :) Hehehehehehehehe" dia reply.

Elok je baca sms dia, terus aku balas balik sms pertanyaan dia.

"Saya suka awak sebab akhlak awak." macam tu la aku balas.

Fiza reply,

"Terima kasih sebab sukakan saya, tapi minta maaf sangat-sangat, hati saya tak boleh terima awak.."

Aku tanya,

"Kenapa?"

Fiza reply,

"Awak sukakan saya sebab akhlak saya, tapi saya tak sukakan awak pasal akhlak awak.... Huhuhuhu.. "

CISSSSSSSSSSSSS!!!!!!!! MALU!!! OWHHH TIDAK!!!!!!! TOLONG CARIKAN AKU TEMPAT MENYOROK YANG PALING BEST KAT DUNIA NI...TOLONG!!!!

Ok push stop......... ini kisah benar. Kisah benar berlaku kat aku masa zaman aku kat UiTM dulu. Tapi malas aku nak cerita. Aku nak cerita benda lain.

Wahai kaum Adam, pernah ke kamu kena reject setelah korang meluahkan perasaan korang kat seorang yang korang admire? Kalau pernah, apa perasaan korang selepas tu? Ada terasa nak terjun longkang? Nak hentak kepala kat dinding? Jangan!! Jangan!!! Cara terbaik apabila seorang yang admire korang tu reject korang adalah dengan cara berdoa.
Ni boleh dikatakan melibatkan maruah juga la. Sebab dah luahkan isi hati korang, tapi rupanya hati korang tu bertepuk sebelah tangan. Mesti la terasa maruah tu tercabar kan? So, dalam pala hotak kita ni, takut si dia tu akan cerita kat kawan-kawan dia and lastly tahu kat pengetahuan semua orang yang ada kat sekitar korang termasuk la makcik cleaner. Lagi la malu kan... 

Ok hari ni aku nak cerita satu doa bagaimana korang boleh melupakan si dia, dan si dia takkan mengaibkan korang malah hubungan korang masih sama seperti dulu. Ok jom tadah tangan baca doa penerang hati... 

Mula-mula apabila rasa gusar, korang niat dalam hati mohon pada Allah tenangkan hati korang kemudian solat hajat. Lagi cantik, sebelum nak solat hajat tu, korang bersihkan dulu hati korang dengan solat sunat taubat.
Selesai solat hajat, korang istigfar sekurang-kurangnya 33 kali. 

Kemudian, HADIAHkan al fatihah kepada Nabi Muhammad SAW satu kali.

Kemudian, SEDEKAHkan al fatihah kepada:

Abu Bakar Siddiq 1 kali.
Umar Al Khattab 1 kali.
Uthman Al Affan 1 kali.
Ali Abi Talib 1 kali.

Selesai ni, SEDEKAHkan al fatihah kepada penyusun kitab Mujarrabah iaitu Sheikh Ahmad Ad Dairobi.  Kitab Mujarrabah ni setahu aku ialah susunan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan perhubungan. Lebih lanjut, tanya yang pakar. Sebab kita sedekahkan al fatihah ni kepada Sheikh Ahmad Ad Dairobi ni sebagai satu penghargaan kerana beliau menyusun kitab Mujarabbah ni.
Selesai semua di atas, tadah tangan, baca ni,

U i' zu nafsi billah hil a'li yil a'zim... Bismillah hi allahumma
Ya Allah (4 kali)
Ya Muhammad (3kali)

Kemudian doa dalam keadaan suara yang jelas, suara yang tak berapa kuat dan tak berapa slow tentang cerita cinta korang tadi... Ambil contoh ni, 
"Ya Allah, aku meminati dia. Tapi rupanya dia tidak meminati aku. Aku mohon kepada kamu Ya Allah janganlah diaibkan diri aku ini, janganlah hubungan aku dengan si dia berakhir sampai di sini. Kamu Maha Mengetahui, aku redha dengan keputusan ini. Tenangkanlah aku, tenangkanlah juga si dia.,....."

Doalah apa yang korang rasa masa tu.. Luahkan betul-betul sebab Allah mendengar luahan hati korang. Tapi apa-apa pun, korang kena ingat Allah tu Maha Mengetahui yang terbaik untuk korang, jadi, korang kena redha. Redha tu sangat-sangat penting. 

Selesai je korang berdoa apa yang korang nak luahkan, tutupkan doa tu dengan bacaan ni...

Allahumma Habibni Qulba (sebut nama orang yang korang admire tu).

Hatta ta tiyaa ilayya kha di aa'n zaa li laan
Min ghairi muhlatin 
Wash ghulha
Bi mahabbatii 
Inna ka a'ala kulli syai in qadir

Amin.

Insya Allah. Allah akan lindungi korang. Allah akan tenangkan korang. Allah jaga perhubungan korang. Allah pasti akan beri yang terbaik kepada korang.

Kenapa aku cerita pasal benda ni??? Jangan takut untuk mencuba apabila suka kat seseorang. Jangan fikir malu. Lagi kita pendam perasaan kita kat seseorang, lagi mudah kita berangan, lagi mudah kita lalai, lagi mudah kita didampingi setan... Jadi lelaki yang berani!!! GENTLE... Kalau dia terima, alhamdulillah. Kalau si dia tak terima, Allah kan sentia ada?

Susah Sangat Ke Nak Doakan Untuk Dia???

"Abang kenapa susah sangat mak ayah saya nak doakan untuk saya ye???" ada la sorang bro tanya kat aku.

"Pehalnya chor??? Cer citer..." aku start layan bro tu.

"Macam ni abang. Saya ada la suka kat sorang minah yang baru je graduate dari IPT. Saya kasitau la kat parents saya yang saya ada hati dengan awek tu. Saya minta diorang doakan saya berjaya pikat awek tu.. Itu jeeee..."

"Then???" tanya aku lagi...

"Parents saya reject bulat-bulat. Diorang kata tak payah la cari awek yang baru graduate ni. Susah... takde kerja lagi.. sekarang susah nak cari kerja... kalau kerja pun konfem tak menentu... Diorang cadangkan saya pikat perempuan yang ada kerjaya stabil... Mudah, jamin masa depan..."

"Ooooooooooooooo... parents ko tu tuhan ek? Macam ni la bro, lu pergi cari mana-mana bomoh minyak dagu, lu pergi settlekan awek yang lu minat tu. Calit dia habis-habisan... Ada mak bapak pun tak guna. Berlagak macam tuhan macam boleh menentukan rezeki. Susah sangat nak kasi restu kat anak. Aku cadangkan, sila la derhaka dengan mak bapak ko..." balas aku.
"Saya follow cadangan abang... Idea yang bijak.." 

Ok push stop.... Tamatlah perbualan antara seorang pemuda dengan aku yang konon2nya setan yang menghasut..

Ni lah akibatnya, bila mak bapak tak pernah faham perasaan anak. Last-last anak buat tindakan sendiri. Kalau si anak bagitau mak bapak dia pun, bukannya dia dapat restu daripada mereka pun. Sia-sia je. Kadang-kadang anak derhaka disebabkan perbuatan mak bapak sendiri. Kadang-kadang anak membenci agama sendiri disebakan mak bapak sendiri. 

Macam dalam cerita kat atas tu, si anak minta mak abah doakan untuk dia  untuk memikat gadis yang dia minat tu je. Tapi mak bapak bangkang bulat-bulat???!!!! APA PUNYA PERANGAI TU??? Apa akibatnya??? Akibatnya anak tu dihasut syaitan lalu dia menggunakan alternatif minyak dagu, satu perkara yang boleh  menduakan Allah sebagai satu cara untuk memikat gadis yang dia minat. Restu mak bapak dah takde, restu setan la pulak...

Jalankan peranan sebagai mak bapak... 

FIKIR FIKIRRRRR FIKIRRRRRRRRRRR....... Fail kes Kuala Kangsar.

Kalau Admire Kat Seseorang, Terus Terang Je..

Aku cukup bengang dengan awek yang suka korek rahsia orang dari belakang. Serius aku bengang. Kalau seorang wanita tu nak berkenalan dengan seorang lelaki misalnya, takyah la nak pakai pihak ketiga. Gentle terus, say hi directly kat lelaki tu. Kan senang... Mulakan persahabatan... Offer dia nasik ke, cokelat ke... Kan senang?

Bila seorang awek admire kat seorang lelaki, dia plak cuba-cuba korek rahsia laki yang dia admire tu thru stalking facebook laki tu, then gosip-gosip dengan kawan-kawan perempuan, tanya kawan rapat lelaki tu, hek eleeeee.. tu just buat proses perkenalan ko jadi lambat je.. Plus, akan buat si awek tu lagi keliru.

Ni terjadi kat aku last week,

Telefon hp aku berbunyi,

"Heloooo???"

"Helooooo... Wan... aishah ni..." jawab member aku.

"Haaa ngaper?"

"Aku nak belanja korang tengok wayang boleh???" kata Aishah.

"Korang tu siapa???" aku tanya.

"Ko dengan Joe...." dia balas.

Siapa lagi ikut?? Aishah kata dia nak bawa kawan perempuan dia sekali nak tengok wayang. Aku tak kenal kawan dia pun.  Hmmmm... ok set..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

GUA

Blogcatalog

_____________________________
My BlogCatalog BlogRank