Aku datang ke anjung melihat opah sedang membelek sebuah album gambar.
“Opah, belek gambar siapa tu???”
“Ishhhhhh terkejut aku. Ni haaa… gambar-gambar arwah atuk ko dulu. Bulan pose ni teringat plak aku kat arwah….” Nenek mengelap air mata yang mengalir.
Aku tak pernah kenal atuk aku. Yang aku tahu, lahir je aku kat dunia ni, aku ada mak ayah dengan opah aku. Aku merupakan anak tunggal dan satu-satunya cucu opah.
“Kamu tau Fahmi, atuk ko dulu ni gagap….” Sambung opah aku lagi.
Haaa gagap???
“Tipu laaaaa… Bukan ke opah dulu gadis hot kat kampong ni??? Takkan la orang gagap jadi pilihan opah???” aku mencari kepastian.
“Hek eleeeee…. Betoi arrr!!! Ingat opah ni cerewet ke? Walaupun opah ni merupakan gadis hot di kampong ni suatu ketika dahulu, opah tak cari yang hensem-hensem tau,”
“Camne opah boleh sangkut kat atuk??? Cer citer cer citer!!” tanya aku.
“Begini ceritanya….”
AND THE STORY BEGIN
Tanggal Tahun 1938,
“Ass… asssalaaaa…. Mu.. muuu …. Alai… Kum………” opah terdengar ada orang menyapa opah dari belakang. Opah menoleh ke belakang..
“Cik…. Du….duit cik ja…jatuh…..” lelaki yang menyapa tadi menghulurkan duit yang tercicir semasa opah mengeluarkan duit nak beli barang dekat kedai.
“Terima kasih…” balas opah.
“Sama-sama”…
Kesian…. Opah masa tu simpati betul kat laki tu. Dah la gagap, tak cukup dengan tu, tauke kedai tempat opah beli barang tadi pun sindir-sindir kat lelaki tu. Tapi opah tengok, walupun lelaki tu disindir, sikit pun laki tu tak marah. Malah, mukanya sweet je.
“Hoiiii gagap!!! Tak payah laaaaa ngorat anak dara tu…. Awak tu gagap, mana sepadan dengan cik puteri tu…” jerit tauke kedai tu bila lelaki tu hulurkan duit tercicir tadi kepada opah.
Lelaki tu senyum dan tak membalas apa-apa pun walupun disindir tauke kedai tu.
Itulah kali pertama opah kenal pemuda tu. Nama je sekampung, tapi tak pernah pun kenal orang-orang kat sini. Opah ni skema orangnya. Jarang-jarang keluar rumah dan tak bersosial.
CHAPTER 2
“Puteri…. Oooooo puteri!!!!”
“Ye makkkk….” Opah menyahut panggilan mak opah.
“Puteri, malam ni temankan mak pergi terawih ye. Dah seminggu kite berpuasa tapi tak pernah pun lagi jejak kat surau berjemaah.”
“Baik mak…”
Opah anak tunggal tapi yatim sejak kecil lagi. Kalau la ayah opah masih ada lagi, ada la juga peneman kepada mak opah dekat rumah ni.
Malam tu kami pergi terawih sama-sama. Tak tau plak kami yang dekat surau tu ada imam muda menggantikan imam tua bagi menunaikan solat terawih. Masa berterawih tadi, opah tertanya-tanya siapa la yang jadi imam tu? Sedap betul bacaannya. Kata mak opah, yang jadi imam terawih tadi ialah Hussein.
“Hussein mana mak? Tak kenal pun….” Tanya opah.
“Tu la koooo…. Duduk bertenggek je dalam bilik…. Hussein gagap, anak sulong pak imam!!!”
Hussein gagap??? Kenapa gagap? Tadi bacaannya masa terawih lancar jeeeee… Kenapa nama dia Hussein gagap? Aaaahhhh biar laaaaaa….
Esok malamnya, kami terawih lagi. Begitulah seterusnya. Bacaan Hussein gagap tu betul-betul sentuh jiwa opah. Teringin sangat opah nak jumpa imam Hussein gagap tu.
Ada suatu hari tu, opah uzur perempuan, tapi opah tetap teman mak opah ke surau untuk berterawih. Opah duduk di luar surau sambil mendengar surah-surah bacaan terawih Hussein gagap. Syahdu sungguh opah rasa. Elok je habis solat witir, hari pun hujan, masa tu tak plak bawa payung. Terpaksa la opah duduk di tepi tangga surau jemaah lelaki yang ada bumbung. Nak masuk, opah tengah datang haid…. Masa jemaah lelaki keluar dari surau, semua pandang opah.
“Payung takde ke? Nak saya payungkan cik puteri balik???” tiba-tiba ada plak lelaki nak mengayat opah… Opah buat deeeeeekkkk je. Nasib baik, mak opah dah turun dari surau menuju ke tangga surau jemaah lelaki. Idakkkk jenuh opah nak melayan laki-laki gatai tu.
Semua jemaah lelaki dan perempuan dah balik, tinggal mak opah dengan opah kat surau tu menanti hujan reda. Tambah sengsara lagi, air hujan plak masuk dalam pelita kami. Dah tak boleh nak menyalakan api lampu pelita. Tiba-tiba kami nampak kelibat seseorang menutup pintu surau dan turun dari tangga menuju ke arah kami….
“Keeee….keeeee… napa du…duduk dalam ge…gelap ni makcik???” tanya pemuda tu.
“Owhhh ko ke Hussein……. Makcik ingat siapa la tadi….” Balas mak opah bila pemuda tadi menghalakan lampu pelita ke arah kami.
Bersambung…