Malas nak cakap laaaaa.... Korang tengok la sendiri...
Bila Korang Buat Salah Dengan Orang, Apa Patut Korang Buat?
Aku pernah bergaduh dengan seseorang dulu, last-last terus lost contact. Tapi bila fikir-fikir balik, kalau aku tak emo, maybe aku masih berkawan dengan dia sampai sekarang. Seronokkk wooo kawan dengan dia, tapi alih-alih satu perkara je boleh menyebabkan kita putus kawan.
Aku cuba juga hubungi dia, tapi tak dapat. Dia tukar number phone. Aku just nak minta maaf je. Sampai la satu hari, aku tanya seorang kawan,
"Rosli.. ko tau apa-apa cara untuk aku jumpa kawan-kawan lama aku balik??"
"Dulu ayah aku ada cakap kalau nak jumpa orang yang kita rindu, baca ayat pengasih dalam diri kita sendiri.."
Haaa??? Ayat pengasih yang ada dalam diri kita???
Rupanya apa yang dimaksudkan oleh Rosli tu sebenarnya amalan yang akan kita lakukan setiap hari iaitu ayat-ayat surah al fatihah.
Aku cuba amalkan apa yang dicakapkan oleh Rosli tu. Korang tau apa yang terjadi, 3 hari lepas aku amalkan benda ni yakni semalam bersamaan Hari Sabtu 29hb Otober 2011, aku jumpa dengan kawan lama yang aku pernah gaduh tu kat Teluk Intan. Plus, dia tegur aku dengan cara baik betul... Takde pun dia ungkitkan kisah-kisah lama especially zaman gaduh dulu. Kami lepak sama-sama kat kedai mamak, borak-borak... just KITE BERDUA saja. Happi beb!!!
Nak tau apa amalan untuk memudahkan orang lain memaafkan kita?
1)Sedekahkan al fatihah kepada orang tu sebanyak 15 kali.
2)Apabila sampai ke ayat iyya kanaa' budu waiyya ka nas ta in, baca ayat tu sebanyak 7 kali kemudian terus sambung dan habiskan surah fatihah tu. Ulang perkara yang sama sebanyak 15 kali.
3)Apabila nak baca fatihah jangan baca secara wasal. Baca ikut di mana ada waqaf. Setiap kali waqaf, ambil nafas dan baca.
Insya Allah.
Minyak Dagu? Ish Ishh Ishhhh
"Aku nak bunuh budak tu!" ujar Mahmud geram. Penumbuknya dikepal. Urat tangannya terik.
"Kau pasti ke dia yang buat kerja khurafat tu?" Udin bertanya. Dia risau melihat kawannya diselubungi dendam.
"Aku yakin sangat. Selagi dia hidup tah berapa ramai lagi anak dara orang akan jadi mangsa dia." kata Mahmud muktamat. Tiada keraguan lagi.
"Mana kau tahu." Udin masih cuba mengusul agar Mahmud bertenang dan berfikir. Mungkin sahaja dia tersilap kerana manusia tidak sunyi dari kesalahan.
"Adik aku sendiri yang cakap. Sebelum ni adik aku baik, tak layan budak lelaki yang nak ngorat, nak mengayat. Lepas jumpa budak ni dia dah jadi lain. Mak bapak pun dia lawan." terang Mahmud dengan nada tinggi. Macam kawan kat depannya pula yang bersalah.
"Kau tak bawa dia pergi berubat?" tanya Udin.
"Dah. Orang tua tu kata dia kena minyak dagu siam. Nasib baik baru kena, kalau dah lama boleh jadi sasau. Siap dia suruh kahwinkan aje diorang. Gila hape nak kahwinkan adik aku dengan setan laknat tu." nada Mahmud semakin meninggi. Mukanya dah naik merah.
"Kau tak bawak jumpa orang alim? Manalah tahu bomoh tu buat penilaian rambang aje, tak pasal-pasal kena bunuh pulak budak laki tu." Udin terus mencuba agar ada ruang untuk akal berfungsi. Hati yang marah jarang berhubungan dengan akal.
"Dah jugak. Haji tu taknak cerita, dia suruh adik aku minum air tawar aje. Aku tanya pun dia taknak cakap, takut jadi fitnah katanya. Habis tu aku tanya balik, kalau kena lagi macam mana? Dia kata berubat le lagi. Kompom budak tu buat adik aku." Mahmud menambah lagi satu sebab kenapa tanggapannya diyakini benar.
"Kau pernah nampak ke adik kau keluar dengan mamat tu?" soal Udin lagi.
"Tak. Tapi adik aku yang mengaku sendiri. Dia dah banyak kali keluar dengan budak tu senyap-senyap. Pergi tuisyen konon, pergi mengorat rupanya. Kau ni macam nak menyebelah budak tak guna tu pulak!" kini Mahmud betul-betul bengang dengan sahabatnya.
"Takdelah. Aku cuma nak bagi kau fikir masak-masak. ni bukan kecik-kecik anak punya hal. Silap gaya melayang nyawa tak pasal." Udin cuba merasionalkan persoalan yang dia timbulkan. Sememangnya dia sikit pun tak setuju dengan hasrat temannya yang dirasuk amarah.
"Aku tak kira dah, nyawa aku ke nyawa dia, kalau aku mati pun aku tak menyesal. Sekurang-kurangnya aku dah buat sedaya upaya aku untuk menghapuskan seorang manusia setan demi kebaikan keluarga aku, dan mungkin keluarga sesiapa sahaja yang mungkin anak dara diorang akan jadi mangsa dia yang seterusnya." Mahmud menjelaskan pendiriannya. Dia tidak mungkin berkompromi dalam hal ini. Hal maruah keluarga. Hal kesejahteraan adik kesayangannya. Mahmud bangun meninggalkan Udin sendirian menghabiskan sisa-sisa kopi dan terus menjelaskan bayaran keduanya.
-------------------
"Korang pun tahu aku ni jenis orang macam mana. Senang cakap, aku ni bukan orang baik. Dah banyak nyawa terebang dari kerja tangan aku. Sekurang-kurangnya aku buat semua ni untuk kebaikan orang-orang yang tak dapat keadilan dari sistem yang ada sekarang. Kelak kat sana sekurang-kurangnya aku tahu nak jawab apa kat depan Tuhan. Aku bukan buat kerja ni suka-suka." terang Deris The Destroyer, samseng kampung yang paling digeruni ramai.
"Saya faham bang. Kalau ikutkan hati saya buat sendiri, nak saje saya sembelih budak tu macam lembu korban tapi masalahnya dia bukan manusia, dia berkawan dengan setan. Saya taknak jadi mangsa dia yang seterusnya, cukuplah adik perempuan saya disihirkannya." Mahmud menyusun ayat dengan sopan. Dia taknak cari pasal dengan Deris.
"Bab setan-setan ni kau jangan risau. Aku dah ada pengalaman. Memang betul apa yang kau buat ni. Kalau kau pergi sendiri, silap-silap kau yang kena sembelih. Elok nak bunuh setan, kau pulak jadi mangsa setan. Kau tinggalkan kerja ni kat aku. Tau le aku nak buat macam mana. Kau kena jelas dalam hal ni. Kita bukan nak kerjakan orang suka-suka hati. Kita nak hentikan benda jahat dari terus berlaku dalam kampung kita." Deris juga teliti memilih perkataan. Dia tak mahu Mahmud menganggap perbuatan ini suatu kesalahan sebaliknya suatu kewajipan, khidmat masyarakat.
"Terima kasih banyak bang. Berapa abang nak abang cakap je. Duit tak jadi hal, ni ikhlas, bukan kata nak menilai kerja abang. Bagi saya apa yang abang buat tiada ternilai dengan wang ringgit." Mahmud bukan berduit sangat tapi walau berapa pun harga yang perlu dibayarnya dia sanggup.
"Duit tu kita kira kemudian. Yang penting budak setan ni mesti kita tamatkan riwayatnya secepat mungkin sebelum dia buat banyak lagi benda yang tak baik kat kampung ni." Deris pun bukan berduit juga namun dia tak seronok mengambil kesempatan pada orang yang dalam kesusahan.
"Kalau macam tu saya minta diri dulu lah. sekali lagi, terima kasih banyak bang. Asslamualaikum." Mahmud lega bab duit tak jadi keutamaan. Deposit pun Deris tak mintak.
"Waaliakumsalam" jawab Deris sambil memandang Mahmud yang turun dari anjung rumahnya dan beredar menaiki kapcai tuanya.
-----------------------
"Ni kenapa aku tengok muka kau keruh semacam aje ni, macam ada masalah aje. Ada apa yang aku boleh tolong?" tanya Ustaz Fuad pada Mahmud yang dah lama belajar fardhu ain dengannya selesai sesi pengajian malam itu.
"Ustaz, takde apalah. Biasalah. Mana ada manusia yang takde masalah dalam dunia ni." Mahmud masih nak berahsia dengan gurunya.
"Memang le camtu tapi kalau dah keruh macam air lecak tepi jalan, apa la salahnya bermuzakarah, kita bawak bincang. Kalau tak setel pun masalah kamu, kurang-kurang benda yang terluah boleh mengurangkan tekanan pada jiwa. Aku pun bukannya ada tauliah jadi kaunselor atau pakar motivasi macam Datuk Fadilah Kamsah tu tapi mana aku boleh tolong aku tolong. Tolong dengar masalah orang pun kira tolong jugak." jelas Ustaz Fuad. Menolong sesama saudara Islam suatu kewajiban.
"Ustaz tahu kisah adik perempuan saya yang kena minyak dagu tu kan. Saya mulanya bengang gila kat mamat tu sebab menganiaya adik saya. Kena pulak bab ni memang tak boleh nak diadili dengan undang-undang dunia, mana ada mahkamah nak percaya benda-benda supernatural camni. Sudahnya saya buat pengadilan saya sendiri. Tapi bila dengar ustaz mengajar tadi tentang hakikat manusia yang tak sepatutnya mudah menghukum, saya rasa saya dah tersilap langkah. Tu yang saya jadi konfius sekarang ni." Mahmud terus-terang. Selama ini dia merujuk apa sahaja kemusykilan pada Ustaz Fuad. Tapi bab ni dia ralat sikit.
"Hmmm...Kalau nak kira, apa saja yang berlaku kat dunia ni semua dah ditakdirkan oleh Allah. Mungkin ada yang kita kata tak adil, tak patut, tak sesuai, tapi kita kena ingat bahawa Allah Maha Adil. Manusia tak mampu berlaku adil walau sebijak mana pun, sehebat mana pun dia. Sebab tu ada pengadilan di Padang Mahsyar nanti. Masa tu baru tertegaknya keadilan yang sebenar. Takde yang terlepas pandang walau sebesar zarah sekalipun. Kalau kita beriman dengan seyakin-yakinnya, maka kat situ kita akan dapat ketenangan walau berapa celarunya keadaan disekeliling kita. Kau dah faham kan?" terang Ustaz Fuad penuh hikmah. Dia pun tak tahu apa jenis pengadilan yang dimaksudkan Mahmud.
"Yelah. Sekarang saya kena betulkan kesilapan saya sebelum terlambat. Terima kasih ustaz, saya mintak diri dulu. Assalamualaikum." Mahmud bergegas meninggalkan surau. Dia mesti membatalkan rancangannya. Deris mesti diberitahu segera.
"Waalaikumsalam." jawab Ustaz Fuad perlahan. Dia yakin Mahmud tahu apa yang baik untuknya.
--------------------
"Assalamualaikum" salam Mahmud mencari penghuni rumah Deris.
"Waalaikumsalam, anak ni cari siapa?" jawab seorang makcik tua. Ibu Deris barangkali.
"Saya cari Abang Long. Dia ada ke makcik?" tanya Mahmud. Dia mula berasa bimbang.
"Tadi baru dia keluar. Ada kerja nak buat katanya. Kerja apa tetengah malam ni tak tahulah makcik." jelas mak Deris mengesahkan kebimbangan Mahmud. Nyata Deris tak bertangguh menjalankan tugasnya.
"Errr...Terima kasih makcik, saya pergi dulu." Mahmud melompat turun. Dia tiada masa walau untuk memberi salam.
--------------------
"Kalau ikut hati, nak aje aku kerat kau jadi lapan belas pastu bagi makan anjing." bentak Deris garang. Pondok dalam kebun durian yang jauh dari kampung bergaung dengan suaranya.
"Abang yang nak marah sangat kat saya ni kenapa?" Zamri tak gusar dengan ancaman Deris. Tangannya terikat pada tiang kayu ditengah pondok.
"Kau kenakan anak dara orang dengan minyak dagu. Baik kau mengaku. Abang dia mintak aku kerjakan kau sampai mampos." Jelas Deris. Dia bukan mengharapkan jawapan. Dia hanya algojo yang menjalankan hukuman.
"Astaghfirullahalazim. Saya ni memang takde rupa, takde harta, tapi saya tak buat kerja gila tu bang. Memang ada budak perempuan kampung ni gila kat saya tapi saya tak buat dia. Dia yang suka kat saya. Entah hape yang dia nampak kat saya pun saya tak tahu. Saya sedar siapa saya jadi saya cakap kat dia saya taknak buat dia berharap, saya taknak terus berhubung dengan dia. Dia keras kepala, dia nak jugak hubungan kami berakhir dengan pernikahan. Tu yang dia buat cerita saya buat dia dengan minyak dagu siam. Pastu dia upah pulak dukun kampung ni supaya mengesahkan cerita dia, siap suruh nasihat kat keluarga dia tu suruh kahwinkan aje dia dengan saya sebab kononnya minyak dagu ni takde penawarnya kecuali orang yang terkena tu berkahwin dengan orang yang buat. Tau-tau saya pulak yang dapat nama buruk, siap abang dia suruh abang bunuh saya. Saya nak cakap apa lagi. Dah nasib saya macam ni. Saya redha ajelah kalau dah macam ni lah kesudahan hidup saya." terang Zamri. Dia sikit pun tak takut dengan takdir yang menimpanya. Dia yakin Allah Maha Mengetahui, cukup Allah saja mengetahui kebenarannya.
"Dah-dah! Tak payah nak bertumpah darah. Aku dah dengar kesemuanya. Abang Long, saya tarik balik hasrat saya tu. Saya maafkan dia. Bukan itu saje, saya nak mintak maaf kat kamu sebab bersangka buruk. Aku ikutkan sangat nafsu amarah yang bersarang dalam hati ni. Aku ingat kau setan tapi sebab marah tak berusul periksa, aku yang setan kat sini. Aku mintak maaf sangat-sangat kat kau. Kalau macam ni, aku rela terima kau jadi bakal adik ipar aku. Apa macam?" ujar Mahmud dalam mencungap. Dia sempat mendengar penjelasan Zamri setibanya di luar pondok usang itu.
"Allahuakbar. Saya takde nak marah kat abang. Kalau saya kat tempat abang pun tentu saya ambil tindakan yang sama kot. Takde apa yang nak dimaafkan, saya tak salahkan abang. Tapi bab nak ambil saya jadi adik ipar tu saya tak mampu nak terima. Bukan sebab abang tapi saya tak sanggup kahwin dengan orang yang buat cerita bohong sampai hampir saje saya hilang nyawa malam ni." kata Zamri ikhlas. Semua orang kampung tahu dia seorang pemuda yang jujur dan berhati mulia namun setelah tersebar fitnah ke atasnya dia dicemuh. Mudah benar orang ramai menilai seseorang berdasarkan cakap-cakap yang tidak berasas.
"Aku faham. Yang aku tak faham sekarang ni ialah macam mana adik aku yang selama ni aku anggap innocent tu boleh buat cerita macam ni, saje nak buat fitnah kerana nak kahwin dengan pilihan hati dia." Mahmud nyata kecewa dengan kebenaran tentang sikap sebenar adiknya. Kasih seorang abang boleh sahaja mengaburi hakikat sebenar.
"Tu sebab orang kata kita orang laki takkan faham orang perempuan. Aku pun nak mintak maaf jugak kat korang. Engkau sebab aku heret ke sini, kau pulak sebab aku kata hari tu aku biasa buat kerja-kerja camni. Sebenarnya aku tak pernah buat orang. Toksah kata nak bunuh, pukul orang pun aku tak pernah. Mentang-mentang rupa aku macam samseng kampung, apa saja cerita tak baik tentang aku orang percaya. Aku nak cakap cemana, takkan aku nak mengaku baik pulak. Niat aku tadi nak kaunseling je budak ni, habis-habis pun aku nak nasihatkan dia tinggalkan aje kampung ni sebelum ada orang lain betul-betul datang nak bunuh. Itu je." Deris The Destroyer juga tidak terkecuali dari kata-kata fitnah. Rupa parasnya dijadikan kayu pengukur akhlaknya. Dia tak kesah apa orang tohmahkan padanya.
"Hehehe. Kita semua ni semua dah terfitnah oleh dunia. Tuhan punya adil dia jelaskan benda yang hak, kebenaran yang sebenar seterang-terangnya dalam kegelapan malam ni. Aku dah kering tekak ni, apa kata kita sambung kat kedai kopi. Amacam." ajak Mahmud.
"Ok jugak tu. Moh kita." Deris menyingai setuju. Janji Mahmud belanja.
Angkuh!!! Edisi Diri Sendiri
Ok.. Aku nak mencarut... BA ALIF BA YAA... Susah betul nak kejar impian kita. Kadang-kadang apa yang kita harapkan tak pernah pun sekali tercapai. Aku dah berusaha. Aku dah berdoa. Aku juga dah bertawakal. Malah istiqamah dalam buat sesuatu perkara. Tapi alih-alih seksa yang aku dapat dan akhirnya kesedihan. Usaha aku selama ni sia-sia.
Ba Alif Ba Yaa... Kepada siapa? Diri aku sendiri. Aku tak boleh terima ketetapan Allah. Aku jenis seorang yang hati keras, kalau aku nak sesuatu benda, aku nak juga benda tu. Aku langsung tak boleh bertolak ansur. Sedangkan aku ni HAMBA. HAMBA ALLAH!!! Tapi berlagak macam aku ni raja dekat dunia ni. Macam pemerintah semesta alam. Mungkin Allah nak bagi benda tu kat orang lain dan bukannya untuk aku tapi aku masih persoalkan ketentuan Allah. BA ALIF BA YAAA betul aku ni...
Aku rasa kawan-kawan yang baca blog ni mungkin pernah persoalkan Allah. Ada tak? Kalau takda, alhamdulillah. Jangan jadi macam aku. Aku masih lagi berlatih untuk menjadi hamba sehamba hambanya. Tu lah, kadang-kadang aku terlanjur ikutkan sangat nafsu sampai tahap aku boleh persoalkan Allah. Berani betul aku buat macam tu. Macam lah aku setarafNYA. Kalau aku dicabut nyawa, hangus la aku kat neraka.
Apabila aku persoalkan Allah, apa yang korang boleh nampak? Angkuh tak diri aku ni? Yaaa!!! Macam perangai setan tak? Ingat tak lagi kisah semasa syaitan mempersoalkan Allah kenapa dia harus tunduk kepada Nabi Adam? Haaaa... ada tak aku ciri-ciri macam tu? Yaaaaa!!! Ba Alif Ba Ya betul aku ni...
Kisah Budak Praktikal Edisi Lelaki
Dulu aku pernah buat satu entry pasal budak praktikal perempuan kat tempat kerja aku. Tapi, sekarang ni, aku nak cerita pasal seorang budak lelaki yang praktikal dengan aku 4 bulan lepas.
Mula-mula dia datang praktikal, aku tengok dia ni macam tak berdisiplin je orangnya. Sebab apa tau, mula-mula dia masuk praktikal, dia selalu datang lewat ke ofis. Lepas tu, kalau waktu lunch, dia lepak rehat sampai pukul 245 petang. Ishhhh...ishhhh... Surau dekat ofis aku tu dah jadi katil dia dengan kawan-kawan praktikal dia yang lain untuk beradu time lunch. So, first impression aku, aku tak boleh bergantung pada dia untuk tolong dia untuk buat kerja-kerja ofis aku.
So, almost a month la gak aku ignore dia sedangkan bos suruh aku untuk guide dia. Tapi aku sikit pun tak guide dia. Aku suruh dia buat kerja-kerja fotostat je. Lepas tu, jadi ofis boy pergi beli barang. Ngeh ngeh ngehhh...
Sampai la nak masuk bulan Ramadan yang mana musim workload paling banyak yang dihadapi di pejabat agama ni, terjadi satu peristiwa yang best yang mana aku respek dekat mamat praktikal ni. Mamat praktikal ni tanya kat aku,
"Abang Wan... takde kerja ke? Saya bosan ni..."
"Ada... tapi aku risau ko pening je. Haaaa... susun buku kupon zakat fitrah tu... Kita kena agih-agihkan kupon ni kat amil-amil ikut susunan laporan ni..." jawab aku sambil aku tunjukkan 3 kotak besar kupon-kupon zakat fitrah yang probably ada 600 buah buku.
"Makkkkkkkkkkkk... banyaknyeeee..." dia terkejut.
Masa tu aku tengok dia buat kerja-kerja menyusun kupon zakat fitrah. Sedikit pun dia tak merungut. Waaaaaaahhhh.... terkenang aku dekat budak praktikal lama aku si Izzati dulu. Bukan sedikit nak susun tu, banyak wooooo..... Tapi pelan-pelan dia settlekan. Dia sanggup balik lewat semata-mata nak selesaikan kerja dia. Ada satu hari tu, hari sabtu, dia temankan aku buat kerja-kerja agihan amil fitrah. Dari pukul 9 pagi sampai la 5 petang. Kita berdua je..
"Yezzzaaaaa!!!! Settle!!! Fuhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!" aku cakap. Aku sambung lagi,
"Bro.... jom... aku belanja nasi ayam penyek dengan ice blended,"
"Eh tak payahla abang Wan. Saya ingat nak balik la. Dah settle ni, saya nak balik." dia cakap.
"Eh hujan beb... Ko naik motor. Jom laaaa. Isnin nanti puasa, kang tak merasa ko nak makan nasi ayam penyek aku belanja kang.." balas aku.
"Takpe laaaa...." dia packing dia terus balik naik motor redah hujan. Aku intai je dari jendela dia redah hujan dengan skuter dia. Kesian..
Start from that day. Dia la insan yang meringankan beban kerja aku. Dari kerja akaun dia buat, kerja kira-kira zakat dia buat, kawalan kewangan dia buat, dia lah juga my lunch delivery, dia juga la tukang kirim surat dan duit ke bank. Tukang basuh pinggan pun dia gak. Haaaaa... yang bab basuh pinggan tu, aku tak suruh yeeee... Dia yang sukarela. Mana nak cari lelaki yang rajin basuh pinggan beb??? Meja makan kat pantry ofis aku tu, perggggghhhh.... makanan basi 2 3 hari punya stok, dia la yang bersihkan meja tu. Bagus betul. Dia gak dah tak macam aku kenal masa mula-mula dulu. Suka tidur kat surau. Sekarang, dia la yang paling awal masuk after lunch.
One day, aku tanya kat mamat praktikal tu,
"Bro... lu ada facebook?? Gua nak add..."
Aku ni seboleh-bolehnya memang mengelak dari ofismate aku dari add aku kat facebook. Tapi entah macam mana, dengan dia aku plak yang beriye-iye nak add dia. Mungkin sebab aku suka kat dia kot. Gay!!!
After he approved me on facebook, aku baca la status-status kat profile dia. Wowwwww man!!! Alim rupanya mamat ni. Most of facebook status dia banyak berdakwah. Jarang orang guna facebook untuk berdakwah, tapi dia ni guna facebook untuk berdakwah. Fuhhhh.... IMPRESS!!
Satu lagi perkara yang aku suka kat mamat ni ialah, dia really nice person. Aku pernah cerita kat dia masalah aku dengan awek aku si Wani yang cinta kami dihalang oleh orang tua. Dia la insan yang dengar luahan hati aku dari A TO Z in which A TO Z tu aku repeat berapa kali ntah aku tak hingat, dia pasang je telinga dengar luahan hati aku. Konfem dia bosan.... Tapi tu la hakikatnya, dia tetap setia melayan luahan hati aku. Bila aku nyanyi lagu Aishah bertajuk Janji Manismu, dia sing a long sekali. Fuhhhh feel beb feel!!!! KITA SAMA2 SEDIH NYANYI LAGU JANJI MANISMUUUUUU...
Bukan takat kawan kat ofis je, dekat luar pun kami berkawan. Pergi gym sama-sama. Dia la yang mengajar aku cara-cara nak angkat berat..Dia la juga peneman aku tatkala aku mengulat kat ofis sambil layan teh tarik dengan pisang goreng kat medan selera. Huhuhuhuhu... Best laaaa budak ni... Aku suka dia laaaa...
18 November 2011 adalah hari last dia praktikal. Alamak.... rasa sedih la plak... Aku cadang nak kasi dia hadiah handphone sebab dia baru je lost handphone dia. Tapi mahal la plak... Dia ada beli handphone baru yang secondhand, jenis touchscreen punya, tapi aku rasa kesian plak dia pakai handphone tu. Ada je orang kutuk-kutuk handphone dia. Aku pun tak tau pasal apa masalah dia dengan handphone tu sampai dia kena kutuk kaw-kaw dengan ofismate. Maybe sebab handphone dia tu bukan dari golongan jenis Samsung kot. Watevaaaa!!
Hmmm... nama budak praktikal tu Fakhri Ismail. Bro... kalau gua ada duit lebih, gua promise gua beli lu handphone. SAMSUNG CORBY... Or at least something worth with our frenship.... Jangan jadi macam Izzati tu, aku beli hadiah mahal-mahal dia tak pakai... Hok tuiiiihhhhh!!! Hmmmm... or maybe, aku kasi ko rokok satu katon nak?? Konfem ko hisap punya... Yeaaaahhh!!!
Kepada siapa-siapa nak berkenalan dengan budak hensem bernama Fakhri ni, boleh roger aku yeee...
Masihkah Ada Harapan Untuk Aku Kurus???
Susah bila jadi orang debab ni. Nak buat kerja pun payah. Buat kerja sikit dah tercungap-cungap. Buat kerja sikit dah sedut pam asma. Buat kerja sikit rasa nak mengamuk sebab tak mampu nak buat. Last-last, satu hape pun tak buat. I hate to be debab!!! Say no to debab!!
Selain dari payah nak buat kerja, menjadi debab juga menyukarkan proses lelaki kasanova macam aku ini untuk mencari jodoh terutamanya jodoh-jodoh yang bercirikan gadis-gadis hot. Owh man!!! Kalau ada yang nak layan aku pun, pastinya akak-akak atau makcik-makcik yang simpati dengan aku sebab aku gagal menawan sebarang gadis. Haiiiihhh... akak... makcik... terima kasih kerana beri saya peluang... Kalau makcik dan akak takde, konfem saya takde konfiden nak ngorat gadis lagi.
Debab juga menyebabkan aku menjadi seorang yang tak boleh berfesyen. Memang la banyak baju-baju yang stylo yang bersaiz besar ada dekat pasaran tu. Tapi............. HARGA tu!!! HARGA tu!!!!!!! Harga tu menyakitkan hati tau tak!! Baju mahal, seluar mahal, spender pun mahal. Spender pun berkira ke???!!!! Jahanam punya tauke spender!!!
Hari-hari aku jogging. Hari-hari aku kontrol pemakanan aku. Tapi berat badan masih sama je. Kalau berkurangan pun setakat 1 gram. Kalau 1 kg takpe gak, ni 1 gram??? Macam tak berbaloi je. Jogging ni menyebabkan badan aku ni jadi berbau. Peluh non stop... Dekat ofis yang ada aircond tu pun boleh aku berpeluh. Habis awek-awek dekat ofis aku pasti mengutuk aku dari belakang. Maklum la, aku ni debab, berpeluh, bau busuk plak tu... Plus aku tak reti berfesyen....
Kepada kawan-kawan... Korang yang masih slim and steady tu, kawal-kawal la pemakanan korang. Jangan la asyik jumpa restoran mewah je, restoran fast food je terus korang terjah. Lepas tu ambil gambar tengah makan, then tampal kat blog. Jangan la buat macam tu. Esok-esok, bila korang jadi debab, gambar-gambar korang tengah enjoy makan kat restoran mewah tu dah takde makna dah... Muahahahahahahahha!!! Ayat jelesss... Kawan-kawan ku gak, jangan la korang lupa bersenam. Lakukan aktiviti riadah dengan kerap. Sebab, once korang dah terdebab macam aku, mungkin akan mengambil masa yang lama untuk korang slim balik or mungkin takde harapan langsung.
Yang ikhlas,
Wan Botaq aka Kisah Cinta Nasi Lemak.
Income Dari Innity
Fuhhhhhhhhhhhhh!!! Fuuuuhhhhh!!!!!!!! Terliur mata aku tengok minah ni punya income dari blogging hanya dari jadi agen pengiklanan Innity je.
RM1300 ke RM1900 sebulan.Bapakkkkkkkkkkkkk!!! Kalau la income aku sebulan macam ni, benda pertama aku buat, aku pergi beli kereta. Angkut VIOS. Tak tahan aku.
Aku ni dah 3 tahun berblogging. Dapat dari Nuffnang pun, hek elaaaa... jap ada jap takde. Bila la blog kisahcintanasilemak ni boleh cecah 4000 pembaca sehari? Haiiiihhh...
Pautan kepada owner blog yang income riban-riban ni, sila klik sini..
Saya Sayang Awak... Saya Dah Sewel
Semalam awak call saya. Saya tak angkat call. Saya sengaja tak nak jawab call tu. Awak kasi saya masa seminggu boleh? Nak alone seketika.
6 tahun kita bersama ek??? Tup... tuppp... kita macam tak menjadi jeeee... Apa-apa pun akur je lah keputusan mak ayah kita. Redha...
Nurul Hidayah Syazwani, saya sayang awak. Sayang awak sangat-sangat. Hopefully awak baca ni.
60 Tahun??? Penderitaan Kepada Lelaki Miang
Apabila kakitangan awam dilanjutkan persaraan ke umur 60 tahun, orang-orang macam aku ni konfem terasa datang ke ofis macam datang ke rumah orang-orang tua.
ANGKUH!!! Edisi Maki
Aku pernah buat silap 3 bulan lepas. Kesilapan besar aku buat ialah aku memuji orang. Aku puji dia, aku sokong dia, aku doakan dia. Silap… silap… silap…
Dalam seumur hidup aku, aku tak pernah puji orang melampau-lampau kecuali adik saudara aku, Saiful Akhiar nama dia. Tapi entah macam mana, ada sorang hamba Allah ni muncul dalam hidup aku dan dia datang untuk tujuan menuntu ilmu. Sudah ku sokong kamu, sudah ku doakan untuk kamu, ralatnya, apabila kita bertemu semula, kamu berperangai macam taik… Hihihihihihi..
Anjing, kalau aku berikan tulang, 3 minggu selepas tu, anjing tu akan cam lagi kepada aku sebab dia hargai apa yang aku kasi. Tapi, kalau ada makhluk yang aku beri tenaga aku, masa aku, kongsi ilmu aku, then bila berjumpa balik, makhluk tu buat tak kenal aku, huhhhhh… Apa tarafnya makhluk tu?
Born to be a hero, but as you become a hero, you jadi angkuh. Haaaaaaaaaaaaaaaaa… speaking ni… Jangan main-main. Kalau aku speaking ni maksudnya aku marah la ni.
So loooooooooooooongggg sucker!!!
Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2011
Berikut adalah kenaikan gaji mengikut sistem saraan baru (SBPA). Kenaikan gaji tahunan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Gred 1-16 :RM80
Gred 17-26 :RM120
Gred 27-40 :RM160
Gred 41-48 :RM220
Gred 52-54 :RM260
JUSA A,B,C :RM320
Andaika la jadi sistem ini dilasksanakan, aku berharap sangat-sangat jangan la barang-barang pun naik harga. Kalau dah naik harga, takde guna la kenaikan gaji ni pun. Punahlah impian aku nak memiliki kereta baru menggantikan kereta lama aku yang tiada siapa sanggup naik disebabkan bau kereta ku yang terlalu 'wangi'. Aku sendiri pun pening dengan bau wangi kereta aku ni.Fuhhhhh!!! Fuhhhh!!! Jangan la naik harga!! Aku nak beli kereta baru wooooiii!!!
Bongok Bin Badigol Soot!!!
Tiap-tiap bulan aku bayar RM70, tak pernah miss bayar langsung, tapi hakikatnya broadband aku tetap slow macam siput. Broadband mana tu? CELCOM!! Diulang CELCOM!!!
Aku rasa dah sebulan lebih dah broadband Celcom ni menjadi tersangat la lembap. Apa yang Celcom buat ni? Kutip duit servis dari pelanggan tapi bagi pelanggan servis yang hampeh. Tak malu ke? Orang-orang atasan yang mengendalikan syarikat Celcom tu tak buat apa-apa tindakan ke pasal ni? Sibuk trim bulu ketiak ek???!!!
Macam haremmmmmmmmmmmm..
Sepatutnya orang-orang atasan ni ambil la tindakan segera. Sekurang-kurangnya announce kat Televisyen yang mengatakan tiang signal korang untuk memancarkan internet ke pengguna-pengguna Celcom tu dah nak dekat roboh dah.. Haaa kan senang? Baru la orang ramai tau.. Ni tak, korang biarkan pengguna-pengguna Celcom ni terus buat dosa dengan mencaci the whole syarikat Celcom. Bongok!!! Ha tengok macam dalam entry ni, ni entry kutuk mengutuk tau!!! Dosa tu!!!
Kesian la sikit kat pekerja bawahan korang tu terutamanya yang kat bahagian customer service tu. Aku berani jamin la, dalam sejam mereka bertugas, konfem ada 3 maki hamun mereka terima. Apa!! Hangpa ingat diorang yang kerja kat customer service ni dibayar gaji untuk dimaki hamun ke??? Sepatutnya orang yang jawab call kat bahagian customer service tu adalah orang-orang atasan CELCOM sendiri. Baru la orang-orang atasan celcom ni tau bagaimana perasaan pekerja customer service serta perasaan pengguna celcom ni.
Kalau la kat area rumah aku ni ada broadband selain dari Celcom, dah lama dah aku campak simcard broadband aku ni ke lubang taik tau tak!!!
Ni la perangai Celcom sepanjang aku menggunakan perkhidmatan dia:
- baru 15 hari settle bayar bil, reminder untuk next pembayaran dah sampai kat msg box.
- tiap-tiap hujung bulan, bandwidth akan kurang padahal aku bukak internet 3 jam je sehari.
- kalau aku lewat sehari bayar bil, ada reminder tulis macam ni, "Weih, bila mau bayar? Nak kena kerat jari?"
- kadang aku terlupa bayar bil sampai seminggu, sedar-sedar rumah aku dah kena simbah cat warna BIRU.
- tu baru seminggu, ada kawan aku tak bayar bil sebulan, alih-alih awek dia kena kidnapped!!
MUAAHAHAHAHA!!!! Korang percaya tak??!!!
Aku tak tau la line broadband celcom kat tempat lain ok ke tak. Tapi kat tempat aku ni, memang serius butthurt. Aku harap Celcom jangan la sajikan gaji kepada pekerja korang dengan duit yang tak halal. Kenapa tak halal? Sebabnya, korang janji korang akan serve service based on customer subscription packages but the fact is none of them were delivered to us. Tuuuutttt you!!!
Aku Angkuh Sangat... Sebab Tu Aku Tak Hensem
Tadi dekat ofis baitulmal dalam pukul 4.30 petang, ada satu famili datang ke sini. Ayahnya datang berjumpa dengan aku kata nak minta pertolongan segera sebanyak RM100 sebab nak tampung makan minum famili.
Aku tanya si ayah,
"Tak kerja ke???"
"Saya tak bekerja encik. Saya kerja kampung ambil upah buat tembakau. Sekarang tak boleh nak cari rezeki, hujan asyik turun, so tuan saya cakap saya kena stop kerja sementara. Jadi saya takde duit nak belanja untuk sara anak bini."
"Pendapatan sehari berapa?" aku tanya lagi.
"RM10"
"Berapa orang duduk dalam rumah?"
"3 orang encik.... Yang dekat sana tu anak dengan isteri saya"
Aku tengok kat kerusi menunggu, kecik lagi anak dia. \
Siasat punya siasat, aku rasa nak hulur la duit baitulmal kat dia. Aku pun pergi kat peti besi check kot-kot ada duit boleh diberikan. Sekali hampehhhhhhhhhhhh....... Tinggal RM10 je... Lalu aku kembali berjumpa si ayah tadi, cakap,
"Mintak maaf la abang, saya tak dapat nak tolong la. Peruntukan dah habis..."
"Takkan takde langsung encik??? Saya anak beranak makan roti je 2 hari ni encik. Dompet saya ni je yang ada, tu pun nak isi minyak motor sat lagi..." balas si ayah sambil tunjukkan wallet dia yang ada RM7.00.
"Takde......" pendek aku jawab.
"Tolong la encik.... " si ayah buat muka simpati.
Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhh...... benci aaaahhh!!! Aku cakap takde takde laaaa... Tak reti bahasa ke? Bukannya tak nak tolong, tapi duit baitulmal takde.
"Ok la bang.. saya nak balik ni, abang cuba pergi ke Jabatan Kebajikan kot-kot diorang boleh tolong ke." aku buka pintu aku persilakan si ayah tu keluar dari pejabat. Aku tengok jam dinding, dah pukul 5.10 petang. Memang waktu dah balik. Ganggu orang je orang ni..
Famili tadi pun blah dari ofis dan ke tingkat bawah. Ofis aku ni 2 tingkat je. Ground floor and 1st floor. Aku cadang nak balik lewat dari ofis. So, aku pergi solat asar dulu. Masa aku solat asar tadi aku cuba intai kat jendela surau tengok pandangan kat luar. Aku tengok famili tadi tunggu kat motor sambil duduk kat bahu jalan. Aku intai kelakuan diorang. Aku tengok si ibu menuju ke paip air buka botol susu dan masukkan air paip tu dalam botol susu tu. Kemudian aku tengok budak tu minum air paip tu.
ASTAGFIRULLAH...
Apa aku buat ni???!!! Aku buka wallet aku, aku tengok ada RM250. Aku cadang nak kasi depa RM100. Aku delay solat aku. Terus keluar dari surau, turun ke bawah dan nak menuju ke diorang. Elok je aku nak sampai kat tempat aku nampak famili tadi, aku tengok diorang dah blah naik motor bertiga pergi ke mana ntah aku tak tau. Aku jerit panggil diorang... Tapi diorang tak dengar...
Apa laaa aku ni........... Kalau la budak tu sakit macam mana? Kalau la satu famili tu sakit macam mana? Aku yang breakfast nasi lemak pagi tadi pun, tengah hari dah rasa lapar, ni kan plak makan roti 2 hari berturut-turut.
Tak semestinya aku kena pakai duit bantuan baitulmal untuk tolong orang. Aku sendiri boleh tolong orang kan?
Balik rumah aku tengok cermin, perut boroi... hidung kembang.... mata merah.... sekali pandang macam muka orang takde budi pekerti... Macam sial jeeeeee aku...
Aku Nak Seorang Kawan Boleh??? Edisi Bengang
3 hari lepas, ada kursus kewangan. Ingatkan, kursus saja la, rupanya semua kakitangan bahagian kewangan akan diberikan tanggung jawab baru. Tunggu masa nak dapat pekeliling daripada orang atas je. Sudah la keadaan sekarang pun kerja dah berlambak-lambak, orang atasan plak kasi tambah beban tugas lagi kat kami semua. Kalau, orang atasan kasi gaji berbaloi takpe la jugak.
Kadang-kadang rasa menyesal plak masuk sektor government ni. Siapa kata kerja government senang? Aku rasa kerja government la yang paling work load paling banyak. Takde langsung satu pengkhususan kepada pekerja-pekerja. Semua pekerja kena multi tasking. Sudah la naik gaji RM50 setahun, kalau aku kerja swasta dulu, increment salary RM200 setiap tahun.
Dulu masa aku kerja kat construction company, kerja banyak la juga tapi at least aku specialized dalam satu tugas je. Kalau yang maki aku pun, bos aku je... Tapi kat government ni, bos marah aku, customer pun marah, even supplier mesin fotostat pun marah kalau diorang tak terima payment on time. Haaaaaiiihhh, stress stress...
Korang nak tau kenapa aku berblogging? Satu reason je, aku nak cari duit lebih. Tapi haprak gak, duit dari blogging bukan la dapat banyak mana pun. Aku spend masa untuk blogging je almost 4 hours a day. Sebulan 120 jam, tapi income tarak masyuk pun.
Dulu masa kat KL aku aktif main muzik, itu memang sumber pendapatan sampingan aku totally. Jual demo band aku, jual t-shirt band aku, duit show boleh la tampung hidup sikit-sikit malah lagi banyak daripada duit aku blogging. Enjoy pun ada gak. Kawan-kawan ramai, awek pun ramai gak walaupun muka aku ni muka pecah rumah... Huhuhuhuhuhuhu..... Tapi sejak aku berpindah ke Teluk Intan dan menjadi kakitangan kerajaan, cehhhhhhhh... semua aku hilang. Nak kontek member kat KL pun telefon je tanya khabar tapi dah tak boleh hang out macam dulu. Dah kerja government ni kawan pun orang-orang steady je. Yang ada perangai gila-gila pun jenis yang giler bikin kereta, bikin motor.... Giler punya olang... Duit banyak-banyak bikin kereta proton jadi kereta evo... Apa ke bongok???!!! Baik ko kumpul duit banyak-banyak, beli terus kereta evo. Lagi baguih.... Kereta sebulan RM400 ko bayar, lepas tu tiap-tiap bulan ko make up kereta belanja sampai RM300. Tak ke bodoh???????!!!! Kalau RM700 sebulan tu beli je terus kereta evo.......
Jenis lain member aku plak, suke sangat perabih duit beli handphone. Ni lagi sewel.... RM1000++ dia spend beli handphone baru tiap bulan. Konon teknologi sangat la tu.Walaupun dia ni trade in handphone dia tiap bulan, tapi boleh calculate la berapa dia belanja untuk tukar handphone dia tu. Paling koman, RM200 tiap bulan. Kan ke bagus kalau guna RM200 tu simpan kat tabung haji? Bodoh!! Bongok!!!
Aku ni maki-maki orang ni sebenarnya aku memaki diri aku sendiri. Lantak la kawan-kawan ofis aku nak buat apa pun pasal tu duit diorang. Aku ni sebenarnya takde satu benda pun yang aku minat. Eh jap jappp... Ada laaaa... Aku suka muzik tapi.................... Gua takde member main muzik laaaaaaaaaa!!!!!!!! Aaaaaahhhh stressssssssssssssssssssss!!!!!!!!! Bila aku rasa sunyi je, aku menangis... Aku tak tipu, aku memang menangis. Aku rindu kawan-kawan lama aku yang sama minat dengan aku.
Aku masih ingat, abah aku pernah pecahkan gitar pertama aku. Gitar kapok je pun gara-gara aku main gitar waktu maghrib. Masa tu, aku tingkatan satu lagi. Seminggu lepas tu, abah aku gantikan aku gitar baru. Tapi feeling gitar tu dah takde dah... Sedih, sebab perasaan dia sama macam seorang lelaki kehilangan kekasih, dan digantikan dengan kekasih baru sedangkan aku masih sayang kat kekasih lama aku... Haaaa, faham tak perasaan tu???
Berita Terkini, Kemalangan Di Teluk Intan
SEMALAM, TELUK INTAN.
Berlaku satu kemalangan di Sungai Manik yang menyebabkan satu kematian dan satu lagi cedera parah. Kejadian berlaku apabila seorang pemilik kereta telah melanggar seekor ayam milik Wak Suparjo, penghuni di kampung tersebut. Ayam tersebut cedera ringan sahaja, tapi perbalahan berlaku antara pemilik kereta dan Wak Suparjo kerana pemilik kereta enggan membayar ganti rugi kepada Wak Suparjo dengan mengatakan Wak Suparjo kononnya lalai kerana tidak menjaga ayamnya hingga menyebabkan belaku kemalangan antara ayam dan kereta miliknya. Wak Suparjo yang hilang sabar dengan keangkuhan pemilik kerete tersebut bertindak membelasah pemilik kereta tersebut dan akhirnya belaku satu kejadian tumbuk menumbuk dan akhirnya Wak Suparjo telah meninggal dunia dikerjakan oleh pemilik kereta tadi.
Ayam cedera ringan, pemilik kereta cedera parah dan dikejarkan ke hospital manakala Wak Suparjo meninggal di tempat kejadian.
Sekian berita...
Subscribe to:
Posts (Atom)












