Ustazah!!! Can I Ngorat You??? - SEBUAH IKLAN DIGI

Tahun 2002. Masa tu umur aku baru je 19 tahun, budak semester ketiga jurusan perakaunan kat Uitm Seri Iskandar. Dulu, aku masih ingat lagi aku ni memang seorang student yang bermasalah. Ponteng kelas, result exam kantoi, dan paling aku ingat, aku pernah crush kat seorang ustazah yang ajar pendidikan Islam kat kelas aku dulu.

Tak banyak beza pun umur aku dengan ustazah tu, yang umurnya 24 tahun. Hek elaaaa, beza 5 tahun je. Still leh buat bini pe? Ngeh ngeh ngehhhh...  Ada satu hari tu aku pernah tanya kat ustazah tu, 

"Ustazah, ustazah ada boyfren spesial tak?"

"Huhhh? Kenapa tanya..." dia tanya.

"Kalau takde,saya nak ngorat..." direct cakap. Well... gua gentleman beb...

"Awak nak ngorat saya? Awak belajar kasi grad dulu... Ni asyik repeat paper jeeeee... Saya tak layan orang-orang bengap ni..." selamba je dia balas lalu blah daripada aku yang berada kat luar kelas lepas kelas agama tamat.

Agak-agak dalam 10 meter dia kat belakang aku, aku jerit..............

"USTAZAHHHH!!!! LEPAS SAYA GRAD NANTI, SAYA NAK NGORAT USTAZAH!!!"

"OK!! SAYA TUNGGU!!!" dia jerit.

Semua pelajar yang ada kat situ jeling kat aku... 
Mesti diorang cakap 

'Mangkuk hayun punya budakkkkkkk...' 

Ye yeeeee... aku tau, aku mangkuk hayun, mangkuk jamban. Lantak pi laaaa, janji aku dah crush tak hingat kat ustazah Haryati tu... 

Itulah Ustazah Haryati... The 1st lady yang aku pernah crush. Betul cakap orang, bila jatuh cinta ni, jiwa kita akan lebih bersemangat. Elok je semester 3 aku tak kantoi sebarang paper. Siap paper yang aku repeat pun boleh pass dengan cemerlang. Semester demi semester berlalu, dan akhirnya aku grad on time.

Masa last semester tu, aku kasi satu kad dekat ustazah.
"Ustazah... ni last semester saya. Kalau saya grad, izinkan saya ngorat ustazah ye... Ni number phone saya... 016543558... Jangan lupa call..." haaaaaa number DIGI tu.... ALWAYS THE SMARTER CHOICE. Panggilan murah walaupun berlainan line dan liputan seluruh kawasan.... Hehehehehe...Iklan kejap...

Macam tu la aku tulis. 

Hampehhhh... Memang hampeh sehampehnyaaaaa.... Aku dah siap sambung degree kat Shah Alam dah. Takde pun ustazah tu call. Bertahun lamanya aku pakai number phone tu, tapi tak pernah-pernah pun ustazah Haryati nak call aku. Ustazahhhh!!!! U break my heart!!! 

Tahun 2006, genap aku berumur 24 tahun. Dah bekerja dekat USM sebagai tutor. And still aku pakai nombor phone DIGI yang sama seperti nombor yang aku kasi kat ustazah Haryati. Masih takde terima panggilan atau sms daripada ustazah Haryati. Memang sunyi je rasa... Ye laaa, takde teman. Aku pun takde langsung berkenan kat mana-mana awek walaupun kat USM ni berlambak jeeeee awek-awek hot. Tapi hot lagi ustazah Haryati.

Satu hari, aku terima satu kad. Ada satu kad bersampul pink diletakkan kat tingkap cermin depan kereta aku. Aku ambil kad tu dan aku masuk dalam kereta lalu aku buka sampul tu....

"Hi Encik Razif. Ni Linda ni kelas B. Just nak cakap, take care and hapi always... I always think of you..."

Dalam sampul tu gak ada beberapa keping gambar aku dalam keadaan kandid. Bila masa minah ni tangkap gambar aku ntah... Haiiiiiiiiihhh...
Linda yeeee??? Linda?????????? Kelas B?????? Hmmmmmmmmmmmm... kelas B yeee... HAAAAAAA????!!! Wat Da Tuuuttt?????!!! Linda gemokkkk, suka ponteng, and malas buat assignment tu???!!! Oh tidakkkkkkk!!!

Apakah budak Linda ni syok kat aku.. Mampossssssss...
Tahun 2011, cuba teka umur aku berapa??? Korang kira la sendiri... 

Pertengahan 2011, semester baru buka, so aku tengok student-student aku yang baru dalam kelas aku...

CISSSSSS.... takde muka lain ke nak repeat paper?????????? LINDA LAGI........... Haihhhhhhhhhhhhh...

Ya Allah Ya Tuhanku... Ko buka la pintu hati si Linda ni supaya tak kantoi lagi paper ekonomi lagi... Aku tak nak jadi tutor dia lagi dahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!! Amin... Aminnnn... Ya Rabbal A'alamin....

Baru la aku tau, macam mana Ustazah Haryati dengan aku dulu. Dulu aku repeat paper kelas Ustazah Haryati  3 kali berturut-turut sebab aku suka kat dia and aku nak ngorat dia. No wonder la, Ustazah Haryati izinkan aku ngorat dia, supaya aku cepat-cepat grad. Rupanya dia nak halau aku dari hidup diaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..... Cissssssssss!!!!!!

Hari ni, 12 Ogos 2011. Aku dapat sms dari unknown number... Number DIGI.... ALWAYS THE SMARTER CHOICE... Hehehehehehe... Iklan lagi...

"Assalamualaikum....   : )"

"Waalaikumsalam... who is this???" aku reply...

"Linda ni... Your student...hehehehehehehe...." 

LINDA?????????????? TIDAKKKKKKKKKK!!!!!!!!!!! MANA DIA DAPAT NUMBER AKU????!!!

Ex Awek Aku Bos Aku Sekarang!!!

"Heloooo Aus!!! Weh company ko ada keje kosong tak? Aku nak keje!!!" aku kontek member aku Aus bekerja sebagai HR manager kat Sime Darby.

"Pehal ko???!! Dah elok-elok kerja dengan gomen nak cari kerja lain plak???" Aus balas.

"Ko ingat lagi Rokiah, ex awek aku kat Uitm dulu???"

"Haaa... ingat... Ngaper???"

"Semalam, dia lapor diri kat ofis aku, dia sekarang bos aku... Gred 44!!!"

"Wat da heavennnnn!!! Apa lagi, ko buat la macam ko dengan awek ko si Wani tu... Grab tangan then KENTUT laaa!!! Huahahahahahhahahahha!!!"

Jahanam lu Aus!!!

Ok push stop............. Aku tengah pening ni!! Pening!!!! Aduuuuuuuuuuuuuuuhhhh!!! Pening!!! Apa la nasib aku. Last month, aku dapat notis dari ibu pejabat yang seorang pegawai baru akan replace bos lama aku. Cantik!!! Aku memang menyampah dengan bos aku ni. Bos lama aku tu, aduhaiiii, pantang nampak aku baca newspaper, ada je kerja nak suruh. Lepas tu suka maki-maki aku. Selama 3 tahun aku jadi kuli dia, tahan je la karenah dengan bos lama aku tu. Nak buat macam mana, dah memang nasib aku dapat bos yang zalim.Aku rasa satu ofis tak suka kat bos aku tu.

Hari-hari aku berdoa minta-minta la bos aku tu ditukarkan kat tempat lain. Siap pasang niat, kalau la bos aku ni pindah ke tempat lain, aku nak belanja satu ofis makan Ayamas. Last-last doa aku dimakbulkan..... Yahoooooooooooooo!!!!! Sementara nak menunggu bos baru dihantar ke sini daripada ibu pejabat, ofis tu takde laaa disupervise oleh sesiapa pun.... Yahoooooooo!!! Satu bulan ofis aku ni takde bos yang membolehkan semua pekerja-pekerja kat sini bawak bantal ke ofis. Ada member aku yang sorang tu, bawak tv dengan playstation ke ofis. Lagi gempak!!!! Hidup tanpa bos!!!! Yippppppaaaa!!!

Camne Darah Saya Boleh Naik Doktor?

"Isssshhh....issshhhh... tingginya darah awak!!! Dah tahap macam orang tua dah awak ni ye!!" cakap doktor tu kat aku.

Last week aku jumpa doktor sebab aku rasa macam demam. Doktor cakap aku tak demam, lepas tu dia check blood pressure aku. Huh??? Tinggi???

"Awak banyak kerja ke sejak akhir-akhir ni?" tanya doktor tu kat aku.

"A'ahhh... lepas raya ni memang berlambak-lambak kerja nak buat."

"Tidur cukup???"

"Tak juga... Kadang 5 jam je saya dapat tidur. Tu pun kejap bangun kejap tidur balik sebab risau terbangun lewat... kesimpulannya saya memang tak cukup tidur..." aku balas.

"Makan banyak manis tak???" tanya doktor.
"Hmmm banyak gak laaa.. Sebab open house raya, kat ofis lagi kuih raya bersepah kat pantry..."

"Awak nak tahu kenapa awak punya blood pressure naik???"

Aku angguk nak tahu.

Kata doktor, aku tak cukup tidur. Then aku banyak makan benda-benda yang high kalori, manis... Bila aku banyak makan benda yang high kalori and manis, badan akan senang rasa letih. Tambahan lagi, aku tak cukup tidur. Lagi la cepat aku akan rasa lemah. Lepass tu ofis dengan workload yang bertimbun-timbun. Badan aku tak mampu nak buat kerja yang banyak, tapi aku paksa juga nak buat kerja tu. So, dekat sini aku akan stress. Bila stress, darah akan naik dan urat akan jadi tegang. Bila urat tegang, aku susah nak tidur, susah nak bergerak, rasa sengal-sengal badan. Aku jadi tak selesa, lepas tu akan cakap macam ni...

"Ya Allah... kenapa la kau duga aku macam ni..... dah la keje berlambak-lambak..... dapat tau darah naik plakkkkkkkkk......haiiiiiiiihhhhhh....."

Aku mempersoalkan Allah... Allah pun murka and nahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... HIGH BLOOD PRESSURE!!!

So, that's the story....

Doktor cakap,

Bersyukur dengan apa yang ada. Jangan asyik sumbat je makanan kat mulut.

Gunakan tenaga untuk berkebajikan bukannya jaga sampai lewat malam semata-mata nak buat maksiat.

Doktor cakap, kalau 2 ni ada, INSYA ALLAH, Allah akan tolong dan darah aku akan normal balik... Terima kasih doktor. Nama doktor tu Mohd Razak.

5 Tahun Bergaduh, Sekarang Aku Rindu Kat Dia


Apa la gunanya ego, sedangkan hati ni rasa macam sunyi je tanpa dia.
Pernah tak korang bergaduh dengan seseorang (pasangan berlainan jantina)  lepas tu terus lost contact dengan si dia macam tu je?

Pejam celik pejam celik, dah 5 tahun masa berlalu, sedikit pun antara korang yang tak cuba untuk bertolak ansur. Kalau ada sekalipun benda yang cuba untuk mendamaikan keadaan, hati korang tetap ego untuk menjarakkan hubungan korang dengan dia. Korang sendiri yang cuba untuk menjarakkan hubungan tu.

Ni la aku... Aku pernah gaduh dengan seorang awek gara-gara satu benda je... Isu falsafah.... That's all. Aku dengan dia takde la perasaan feel apa-apa pun, cuma aku memang selesa sangat dengan dia. Dia boleh layan aku borak apa benda je. Mungkin sama minat kot, sama-sama suka dekat duit, muzik dan falsafah. Silap-silap kalau aku tak gaduh dengan dia, mungkin dia dah jadi bini aku kot... Who knows??? Ekekekekekekekeke... Ye laaaa, mula-mula kawan biasa-biasa je lama-lama kang? Haaaaaaa!!!

Aku cube delete dia dari kepala otak aku tapi tak boleh... Memang tak boleh. Happiness moment aku dengan dia tu memang susah nak delete dalam otak ni. Aku kenal dengan dia kat laman myspace. Mula-mula aku tengok gambar minah ni, stylo gileeeeeee... Default picture dia, dia pegang gitar macam tengah perform kat satu stage besar...  Aku pun add minah ni. Sekali dia pun approve. So, aku pun mula la berborak dengan dia. Serius, minah ni frenly giler... Baru la aku tahu, minah ni ada band sendiri wooooooooo!!! Dahsyat tu... 

Dia Dah Berumur 41 Tahun Tapi Muka Hensem Giler!! Pheeewwiittt!!! Apa Petua Kecantikan Dia??


Ada la seorang staff baru pindah datang ke ofis aku. Aku sangkakan dia tu umur dalam lingkungan 27 tahun ++ at first time aku jumpa dia sambil berjabat tangan. Risik punya risik, staff baru ofis aku tu, Hamdi namanya,  umurnya dah pun cecah 41 tahun. Dah ada 4 orang anak, seorang isteri. Mak aiiiiiihhh... macam mana dia boleh nampak muda macam tu??? 

Wahai Abang Hamdi....... Apakah rahsia kehenseman itu??? Tolong jawab pleaseeeeeeeee...

Kata Abang Hamdi, dalam badan kita ni terkandung banyak asid yang ada dalam badan kita. Asid ni berpunca daripada apa yang kita makan selama ni. Kata abang Hamdi, kalau nak hensem, kena nyah toksid-toksid dan asid-asid yang ada dalam badan kita. Dia cakap kena banyak makan benda-benda beralkali untuk menuetralkan asid yang ada dalam badan kita. Apa benda yang dia makan? Dia banyak makan sayur-sayuran serta dia makan spirulina. Apa kesannya kalau bila asid terlalu banyak dalam badan kita? Bila asid terlalu banyak dalam badan kita, badan kita akan rasa lemah dan bila badan lemah, maka wajah kita pun akan kelihatan seperti tak bermaya. 

Selain dari tu, abang Hamdi juga selalu minum air zam zam. Air zam-zam ni dia beli kat pembekal air zam-zam kat tempat dia tinggal. Katanya, dia selalu menyapu air zam-zam kat muka dia supaya air zam-zam tu dapat singkirkan sel-sel mati kat kulit wajah dia serta kandungan mineral dalam air zam-zam tu sendiri ada manfaat untuk membentuk sel-sel baru yang sihat di wajahnya. Apabila hendak menyapu atau meminum air zam-zam, dia akan membaca selawat sebanyak 3 kali dan niatkan di dalam hati untuk kekalkan kesihatan yang baik. Kemudian, dia akan menghadap ke arah kiblat lalu minum atau menyapu air tersebut ke mukanya. 

Aku Ingat Dia Bela Beruang Panda, Rupanya Anjing!!

Cuba tengok gambar-gambar  ni. Sekali tengok macam amoi ni bela panda banyak-banyak, tapi rupanya binatang -binatang kat dalam gambar ni ialah anjing. Perggggggghhhh!!! Ni sebenarnya adalah trend masyarakat Taipei yang suke dyle bulu binatang peliharaan mereka kepada binatang-binatang yang liar. Esok-esok jangan terkejut kalau adalah penternak kambing biri-biri dekat Taipei ni yang dyle kambing diorang jadi seakan-akan singa. Huhuhuhuhuhu........ 


Kisah Zorro, Robin Hood dan Amir Raja Lawak


Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan kehebatan masing masing menggunakan senjata. Ada 2 peserta yang dapat masuk akhir, Zorro ngan Robin Hood. Mereka berdua pun masuk dalam hutan untuk berjalan jalan sambil mencari idea untuk pertandingan mereka. Sedang berjalan jalan, mereka terjumpa seorang perempuan dari kaum orang asli yang sungguh cantik.

Mereka berdua sepakat untuk bertarung dan siapa yang menang akan dapat perempuan tersebut. Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan meletakkan sebiji epal d iatas kepala perempuan itu. Memula Zorro nak mulakan pertandingan. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu dan membaling PEDANG nya kearah epal diatas kepala perempuan tu. Zuuupppp, terbelah dua epal tu. Perhgggg, dengan bangganye, si Zorro jerit... "I AM ZORRO... .."

Kemudian giliran Robin Hood plak. Dia mengambil jarak 100 meter. Kemudian menggunakan ANAK PANAH nye. Zuuupppp, terbelah dua epal yg baru diletak atas kepala perempuan asli tu. Dengan jobonye jugak... . si Robin Hood kata... "I AM ROBIN HOOD..."

Sedang mereka bertarung, lalu lah seorang penduduk lelaki Amir Raja Lawak disitu.

Dia merasa tercabar kerana dengan senang lenang nye pompuan kaum dia nak kena kawin ngan orang luar. So, atas rasa tanggungjawab, dia pun masuk pertandingan tu jugak. Dengan menggunakan sumpit dan jarak 150 meter, kini giliran Amir Raja lawak tu plak. ZZZZUUUUUPPPPP... ... ... ... .!!!! PPRRAAPP.

Kena kepala pompuan tu dan mati. Dengan selamba Amir tu kata...
"I'M SORRY... .!!"

Couple Hollywood Bila Laki Jadi Perempuan, Perempuan Jadi Laki

Aku, Wani dan Jamban Ajaib!!

Tengah syok-syok aku jalan-jalan dengan awek aku, Wani, kat shopping mall, tiba-tiba...

"Eh... nak pergi tandas laaaaaaa... tunggu sekejap..." Wani hulurkan beg tangan dia kat aku.

Pantang nampak tandas, mesti nak pergi.  Lepas tu, aku la yang kena pegang handbag dia. Itulah kepelikan yang aku lihat pada buah hati aku. Jamban shopping kompleks tak boleh dipisahkan dengan dirinya. Dah la aku kena pegang hand bag pompuan, lama plak tu dia dalam tandas. Malu aku... Orang-orang yang lalu lalang kat situ semua menjeling kat aku. Ye laaaaaaaaaa.... Dah la muka ganas, tapi pegang handbag pompuan warna pink. Lepas tu ada corak-corak hati. Haiiiyaaaaa!!! Nampak macam sakai je...

1/2 jam kemudian,

"Lamanya dalam tandasssssssss... Berak cirit ke?" aku tanya.

"Awak tau tak??? .... Tandas tu besaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarrrrr!!!!" Wani depakan tangannya, matanya terbeliak menunjukkan betapa syoknya dia dalam tandas tu.

"Habis tu??? Awak tidur kat dalam tu???" aku tanya lagi.

"Takkkk...amik gambarrr..." selamba dia jawab.

Kepala hotak koooooooooooooooo!!!! Ko berposing kat tandas ke??? Dalam banyak-banyak tempat kat dunia ni, ko boleh bantai ambil gambar dalam tandas??? Hek elaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Sehari selepas kejadian tu, aku stalk profile Wani kat facebook. Dia upload gambar-gambar baru. Gambar-gambar dia berposing dalam tandas. Hek elaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! Dia siap buat satu album khas untuk berposing dalam tandas. Dalam album tu je dekat 200 keping gambar. Aduuuuuuuuuuuuuuuuuhhhh.... Ni la awek aku.

Apa la istimewanya berposing dalam tandas tu Wani ooiittt??? Tempat pembuangan najis tuuuu... Kamu tau tak najis? Air kencing dan taik... Taik tu plak ada kategorinya, yang keras, yang lembik dan cair... Semua kategori najis tu ada dalam tandas tu....  Kat situ ke tempat menariknya untuk berposing? 
Apakah ko tak malu, makcik cleaner yang dalam tandas tu tengok je perangai kamu berposing gedik-gedik dalam tandas tu? 

Aku rasa bukan Wani sorang je yang suke posing dalam tandas. Ramai giler kot awek-awek sekarang yang suke berposing dalam tandas. Kalau la ada CCTV dalam tandas perempuan, kan ke bagus. Boleh aku tengok macam mana Wani tu berposing macam beruk dalam tu... Panjat sinki, main-main flush, duduk kat mangkuk jamban plus aksi paling best tonggek bontot sikit, pegang kamera handphone, lepas tu ngadap cermin then tekan button snap!! 

After this what will be the trend??? Berposing kat loji kumbahan perhaps??


Lagu Cover From Brono Mars Yang Best By Legaci

Tadi aku tengok video Najwa Latif nyanyi lagu Brono Mars, rasa macam nak cekik-cekik jee dia rosakkan lagu feveret aku tu!!! So, kalau korang rasa nak telinga korang pecah, silalah layari kat youtube, cari Najwa Latif cover song Brono Mars. Hahahahahahahaha!!!! Jahat giler ayat...

Then aku browse punya browse lagu cover Bruno Mars, aku terjumpa satu video daripada Legaci. Band daripada California yang also pernah jadi back up singer masa konsert Justin Bieber kat  California. Aku rasa aku dengar lagu ni dah dekat 100 kali kot... Layan dowhhhhhh...... Rasa macam dating dengan Katrina Kaif kat kedai mamak je.... Fuhhhhhhh!!!

Jom layan.....


Seksi Betoi Awek Ni.... Rasa Nak Gigit-gigit Je!!!

Pehanya gebu...
Betisnya tak berbulu...
Rambutnya menawan....
Mukanya errrrrr... macam Shah Rukh Khan... Aaaaahhh lantak arrrrr... Janji seksi...





Kenapa Diorang Tiba-tiba Bercita-cita Nak Jadi Kucing?

Ni gambar Jue Aziz. Tengok betul-betul kat gambar ni, apa sebab tiba-tiba diorang ni nak bertukar menjadi kucing? Agak-agak kalau aku ambil gambar  letak kucing kat dada sambil baring then aku tampal kat facebook, ada tak dapat komen macam ni??? Ngeh ngeh ngehhhh....



Gambar Unilembu Adik Beradik Unicorn

Ni gambar unilembu... Beza dia dengan unicorn, unilembu tak boleh terbang. Kalau la dia boleh terbang konfem dah lama bumbung-bumbung kereta kat New Zealand dipenuhi dengan tahi-tahi unilembu. Gerenti punya. Dan kalau la binatang ni boleh terbang, jangan terkejut tiba-tiba kelihatan seekor lembu menghigap kat tiang-tiang lampu jalan atau tiang-tiang letrik..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

GUA

Blogcatalog

_____________________________
My BlogCatalog BlogRank