SELAMAT HARI RAYA 1432 Hijrah 2011 Masihi

Pejam celik pejam celik, tamatlah sudah Ramadan. Sebulan puasa, bukan naik pahala tapi sebaliknya naik perut, naik berat badan. Namanya puasa, tapi masa dihabiskan dengan tidur kat surau ofis, tidur kat rumah, melantak makanan-makanan. Cerita pasal makanan, aku rasa 15 hari daripada 29 hari kita berpuasa, semuanya aku makan kat merata tempat. Makan kat jamuan masjid untuk penyampaian bantuan zakat program ofis aku buat je dah dalam 10 lokasi. Masa makan kat masjid India untuk program bersama mualaf, lauk kambing... Fuhhhhhhhh!!! Ayam plak tandori style.... Fuhhhhhhhhhhhh.... Pelahapppppppp!!! Then ada plak program kat kampung orang asli, makan plak makanan orang asli. Sebab tak biasa makan, pastu sedap plak, terus jadi orang gile makan tak henti-henti...

Lepas tu, ada plak gathering dengan famili makan kat hotel. Haaaaaaaaaaaaa... lagi la pengsan. 2 jam non stop makan. Dari makanan laut, makanan darat, sampai makanan awan-awanan. Balik-balik rumah rasa pening. Ni belum citer lagi selera aku kat bazaar ramadan yang macam-macam aku beli. Ayam percik, char kuey tiaw, cendol, roti john.... Perggggggghhhhh, tak pernah bazir pun, semuanya selamat dalam perut comelku ini.

Sepatutnya, bulan puasa ni la aku kena latih supaya jadi orang yang boleh mengawal nafsu, tapi last-last guwe jadi hamba nafsu. Yang ok sikit bulan ramadan, aku takde perasaan tengok awek seksi. Selalu kalau jumpa awek seksi, aku rasa macam nak gigit-gigit je, tapi time ramadan.... hmmmm quite ok la.. 

Wani Yang Poyo

Truuuuuttttttt truuuuttttttt... bunyi sms kat handphone aku.

"Awak... marah lagi ke??? Maafkan saya pleaseeeeeeeeeeee...." Wani sms kat aku.

"Marah laaaa... bweeeeeeeeeeekkk!!!" aku reply.

"Alaaaaaaa... jangan la macam ni. Meh saya belanja awak makan..." Wani cuba pujuk aku.

"Tak moooooooooooooo..." aku reply.

"Saya belanja ice blended vanilla choc nak???" Wani.

"Dengan puding sekali. Pastu nak 1 slice blueberry cake...." aku.

"Waaaaaa... banyaknyeeee... Ngandung ke aperrr... hmmmmmm.... ok... forgive me ok..." pujuk Wani lagi, membodek.

"Hmmmmmm... ok... but next time, jangan buat lagi...Promise???" balas aku...

"Promise!!! Tak buat lagi...."

HAAAAAAAAAA!!!!!!! Kenapa aku merajuk dengan awek aku si Wani tu??? Jeng jeng jeng!!! Seorang lelaki yang budiman, kacak, tough, tibe-tiba merajuk dengan awek... hmmm.. agak tidak sinonim dengan diri aku. Tapi 3 hari lepas, aku tewas, tiba-tiba plak jadi jantan cepat merajuk... Adehhhhhhh...

Begini ceritanyaaaaaaaaa......... *Flashback*

Tiga hari lepas aku cuti, Wani masa tu pun cuti sama dengan aku. Jadi, siang tu, kami planning nak round-round kat KL nak beli baju raya. Round-round kat KL ni bukan senang beb tambah-tambah lagi kalau nak memandu. Memang leceh sungguh. Trafik jem la, nak cari parking la, tambah plak time-time puasa ni. 

"Awak larat ke tak ni? Macam lembik je? Nak saya drive???" Wani tegur aku yang kelihatan lembik nak drive kereta dalam kesesakan.

"Haaaa... ok laaa.. sakit pinggang saya drive." aku pun parking kereta kat tepi jalan sebab nak tukar driver. 

"Haiiihhhh awak ni, kurang stamina betul. Tengok macam saya ni. Ni tahun pertama saya puasa. Ok je. Awak yang dah bertahun-tahun puasa pun still tak tahan puasa ke???" Wani perli aku.

Watch Hantu Bonceng Online

Kalau nak tengok movie ni, korang mesti kena ada akaun youtube dulu. Kalau takde, sila register terlebey dahulu yeeee...
Layannnnnnnnnnnnn...

PART 1


PART 2



Kencinglah Dengan Berhemah... Jangan Jadi Macam Laki Ni...


Apa perasaan korang kalau tengok ada orang kencing macam ni kat tandas awam??? Giler daring bai!!!

Top 5 Reason Kenapa Laki Tu Tak Jadi Ngorat Awek Tu

Wahai wanita, pernah tak korang dingorat lelaki? Mula-mula korang rasa bangga je bila ada lelaki nak try ngorat korang, selang beberapa minggu, terus lelaki tu tak kontek korang. Lepas tu, korang plak terhegeh-hegeh kontek lelaki tu dan tertanya-tanya kenapa lelaki tu tak kontek korang lagi... Haaaa pernah tak terjadi situasi macam ni??? Nak tau pasal apa??? Haaaaa, ni top reasons kenapa diorang tak kontek korang lagi..

Pertama, mungkin sebab korang ni terlalu poyo or terlalu perasan bagus. Aku pernah ngorat seorang perempuan dulu, dengan cara yang gentle dan jujur aku ngorat awek tu yang mana aku cakap face to face dengan awek tu.
"Shiha, boleh tak saya tau nombor phone awak???" 

"Nak buat apa???" tanya Shiha, awek yang aku nak ngorat tu.

"Nak berkenalan... Huhuhuhuhu..." 

"Kat dalam kelas ni tak boleh berkenalan???" dia jawab.

BOLEH JALAN DAAAAAAAAAAA!!! Bisik aku dalam hati. Tu baru intro dah jual mahal. Memang la kita sekelas, tapi takkan hubungan nak kenal tu takat dalam kelas je? Hek elaaaaa!!!  Minah ni... Poyo nak mampus.. Sia-sia je gua drop ego untuk berkenalan minah jual mahal poyo tu. Aku tau, memang perempuan ni ada perasaan jual mahal, tapi aku bukan la lelaki yang terhegeh-hegeh or sincere sangat nak kenal ko tu. Banyak lagi list wanita yang aku nak tackle. 

Rupanya Cantik Tapi Sayang Dia Tak Sedarrrrrrr...........

Zipnya TERBUKAK!!!!!!!!!!!!!!


Nasib baik zip tak ternganga luassssss......................

Kenikmatan Bermula Dengan Gigitan.. Iklan Ganas Ni!!

Haaaaaaaaaaa!!! Cuba bayangkan korang gigit lengan korang, jangan gigit terlalu kuat dan jangan gigit terlalu perlahan, gigit selama 5 saat, lepas tu korang tarik nafas dalam-dalam. Rasa nikmat tak??? Kalau rasa tak nikmat, korang sah normal... 

Tapi aku rasa aku sikit tak normal akhir-akhir ni, aku rasa tiap kali aku gigit lengan aku, aku rasa nikmat. Macam aku tengah makan aiskrim magnum... Huhuhuhuhu...Huisssshhh sedapnya aiskrim magnum. Tambah-tambah aku tengah stress tahap melampau ni. Plus, cuaca panas kat Teluk Intan pergggghhh lagi la ngidam nak makan aiskrim magnum.

Sekarang ni, pantang je nampak orang kulit licin, laki ke perempuan ke, konfem aku nak gigit... NIKMAT!!!! Ni semua gara-gara video kat bawah ni...




Kisah Cinta Fara dan Digi Always The Smarter Choice

Nama I Fara. Alaaaaaa...kalau u all dulu pernah baca entry I pasal kentut-kentut tu, haaaa I laaa tu!!! Sekarang I dah tak kentut kuat lagi dah. I sekarang dah ada moraliti and I'm proud of it!!! Ow yeahhh!!!

Hari ni I nak promote sikit pasal Digi. I rasa Digi ni terlalu laaa berjasa dengan I. You all nak tau, kekasih I ni seorang Bangla. Alaaaaa..... Bangla yang jual karpet dari rumah ke rumah guna motosikal tuu. Betapa susahnya bercinta dengan Bangla ni, you all tau!! Ye laaaa, boyfren I tu dah la Bangla, susah sikit nak berinteraksi dengan orang Bangla ni. Diorang yang bangla ni, mana la terror cakap melayu macam kita. Kalau nak tanya khabar dalam sms pun,

"Hi sayang..... U tengah buat apa tu???" 

Mau dekat 1/2 jam nak tunggu respon daripada balak bangla I tu nak reply sms. Nak tau pasal apa, diorang tengah tanya kawan-kawan melayu diorang macam mana nak eja SAYA TENGAH BASUH BAJU. 

Diorang mana reti eja!!!!!! Diorang tau cakap Melayu je. Kalau nak suruh membaca atau mengeja perkataan Melayu, apa pun balak bangla I tu tak tau.... GILER STRESSSSSSSSSSSSSS!!!!!!!!! Jadi I nekad, I kalau nak bercinta dengan bangla ni, jangan bercinta pakai sms-sms, direct call je senang.  Mudah dan FEEL!!! Ow yeahhh!!!

Nak harapkan balak bangla I tu call I, hmmmm susah laaa... Walaupun dia tauke karpet, tapi poketnya tak la banyak sangat, nak kasi duit kat mak bapa dia nuuunnnnn kat bangladesh tu yang kerap banjir tu je dah boleh menyebabkan pendapatan sebulan dia tinggal suku. Haiiihhh... Jadi nak tak nak, I la yang sacrifice untuk call dia. Takpe laaa, janji cinta sejati.

Tapi I sering hadapi masalah dengan call ni iaitu credit I cepat habis. Geram I!!! I call boyfren I yang orangnya bangla yang menetap di Ipoh sama seperti I. Tapi I tengok kredit phone I ni cepat habis macam I ni call manusia dekat negara Bangladesh!! Call tak sampai 1/2 jam, tapi kredit telan sampai RM10.00 ++. Cekik darah betul!!! Pernah sekali tu, tengah syok I guling-guling atas kati sambil bergayut dengan boyfren bangla I, mengeluarkan kata-kata jiwang, tiba-tiba TUUUUUUUUUUUUUTTTTTT...

PUTUS!!!! Hilang terus stim!!!!! Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!! I ingat bateri hp habis ke, rupanya kredit I yang habissssssssssssss!!!!!!!!!!! I top up RM50 cakap tak sampai 70 minit. I malas nak cakap line apa yang I pakai tu. Nak sebut pun menyampah... Line cekik darah!!!

Top 10 Reasons Kenapa Aku Debab


Aku tengah menjalankan kajian kenapa aku debab.... Mungkin ini sebab-sebabnya...

  1.  Aku tak bersenam. Aku bersenam 3 kali je setahun.
  2. Aku tamak, dah kenyang pun aku sumbat gak makanan kat mulut. Kononnya tak nak bazir makanan la bila dah beli makan banyak-banyak kat pasar malam.
  3. Aku baca doa time makan, tapi aku tak faham erti dan tujuan doa tu.
  4. Aku banyak menikmati, tapi aku kurang mensyukuri. Nak makan sedap-sedap tapi bila nak solat, aku lewat-lewatkan waktu. Solat sunat? Jangan harap...Kita makan kan untuk tenaga? Apa salahnya tenaga tu digunakan untuk jariah? Haiiihhhhh....
  5. Aku simpan duit aku dalam akaun conventional sedangkan berlambak je bank-bank yang sediakan akaun berkonsepkan Islamic.
  6. Aku beli makanan untuk diri aku je, tapi aku tak pernah hadiahkan makanan untuk adik beradik ke, mak abah ke, sedara mara ke... Kalau ada pun, boleh bilang dengan jari berapa kali aku belanja. Weeeeeeeeee!!!! So, dekat sini aku dah ada sifat kedekut, pasal tu poket perut ni penuh.
  7. Masa aku makan dengan kawan-kawan, kami buka topik kutuk mengutuk orang. Rupanya makanan-makanan yang kami makan itu dihiasi dengan dosa-dosa yang penuh kolestrol.
  8. Aku tak jaga kebersihan diri. Sebab tu, setan suka dekati aku. Maka aku sentiasa dilatih untuk jadi malas.
  9. Rupanya aku tak berzakat. 1/40 daripada duit aku adalah hak milik asnaf. Asnaf sengsara sebab tak dapat hak mereka. Aku pun turut sengsara dengan penderitaan penyakit-penyakit sama seperti golongan fakir miskin. Bezanya diorang sakit sebab tak cukup makan, aku plak sakit terlebih makan.
  10. Aku jarang bertaubat dan minta maaf kat orang serta makhluk Allah yang lain. Berat badan bertambah sebab badan penuh dosa.
Sekian terima kasih.

Sedikit Kita Dengan Sedikit Rasulullah

Perbezaan 'SEDIKIT' kita dgn Rasulullah ï·º. Rasulullah  marahnya SEDIKIT & kita pula SIKIT-SIKIT mahu marah.

Perbezaan 'SEDIKIT' kita dgn Rasulullah ï·º. Rasulullah tidurnya SEDIKIT & kita pula SIKIT-SIKIT mahu tidur.

Perbezaan 'SEDIKIT' kita dgn Rasulullah ï·º. Rasulullah makannya SEDIKIT & kita pula SIKIT-SIKIT mahu makan.
 
By: Arief Fitri Zubaidi

Ada Berapa Banyak Jari Tengah Kat Gambar Ni?

Ada bendera Malaysia.
1 MALAYSIA or .... Malaysia??? Tapi gambar ni memang stylo. Deep meaning. Cuba faham gambar ni betul-betul dan hayati perasaan mereka. Terkini pasal Namewee, filem Nasi Lemak 2.0 arahan dia kena boikot kat Perak. Huk elaaaa, filem pun kena boikot ke? Yang filem barat boleh memesongkan aqidah macam cerita  wira setan lawan tuhan semua tu takde plak orang nak boikot???



Tahu Tak Korang Tentang Masjid Al Aqsa?


Masjid Al-Aqsa adalah sebuah tempat suci Islam di Kota Lama dari Jerusalem. Masjid ini dianggap sebagai kawasan ketiga tersuci dalam Islam dan diakui oleh kedua puak Syiah dan Sunnah selepas Masjidil Haram Mekah dan Masjid Al Nabawi di Madinah. Kedua puak ini percaya bahawa Nabi Muhammad SAW diangkat dari Masjidilharam di Mekah ke Al Aqsa ketika Israk Mikraj. Sejarah mencatatkan Nabi Muhammad memimpin doa terhadap kawasan ini sehingga ketujuh belas bulan setelah Hijrah yang mana ketika tu, Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad untuk berpaling ke arah Kaabah.


Anjali Kuch Kuch Hota Hai Tak Laku Bila Dah Dewasa

Pernah tengok movie hindustan Kuch Kuch Hota Hai tak??? Ingat tak watak Anjali anak kepada Rahul (Shah Rukh Khan) dan Sonia Tania Malhotra (Rani Mukherjee) yang comel tu??? Movie KKHH ni dikeluarkan pada tahun 1998. Dah lebih 10 tahun dah usia movie ni, namun tetap menjadi pojaaannn hatiku!!! Watak Anjali kecil ni dibawa oleh Sana Saeed yang sekarang dah pun berumur 23 tahun pada tahun 2011. 

Kalau tengok lakonan Sana Saeed kat movie KKHH ni, macam ada harapan je, budak ni bila dah besar boleh jadi heroin popular. Tapi sangkaan aku meleset, Sana Saeed ni boleh dikatakan tak glemer langsung kat pentas Bollywood. Dia ni setakat menjadi hos rancangan kanak-kanak dan berlakon dalam drama bersiri kat India. Itu pun watak supporting je.... Aiseyyyyyyyyyyyyy....

Kalau nak tengok dari segi rupa, boleh tahan gak muka dia ni. Tapi mungkin industri perfileman kat Bollywood sekarang suka actress yang terror bercomolot, serta seksi berbikini dan melakukan aksi ranjang depan kamera kot. Tu pasal Sana Saeed ni prefer jadi hos rancangan kanak-kanak kot. Dia tak suke buat kerja-kerja tak senonoh kat industri bollywood sekarang. SIKIT-SIKIT COMOLOT!!! SIKIT-SIKIT BIKINI!!! 


Memahami Wanita? Betul Ke Artikel Ni???



Boleh pakai ke artikel ni??? Ni guwe nak study pasal awek2 ni... Mak dah start suruh kawin... Haiiihhhh....

Untuk memahami psikologi wanita adalah suatu perkara yang susah. Ini adalah kerana sifat mereka yang sukar untuk diramal, ia berubah mengikut situasi dan keadaan. Tetapi ada juga tindakan atau perlakuan mereka yang mungkin anda boleh jadikan panduan untuk meramal pemikiran seseorang wanita itu.

Apa yang dinyatakan didalam artikel ini tidaklah seratus peratus tepat. Ia adalah berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap sebahagian wanita sahaja. Mungkin dengan cara ini akan membantu anda untuk memahami psikologi wanita dengan cara yang lebih dalam lagi.

(1) Perbualan- Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, perbualan seorang wanita yang kurang bijak biasanya tidak mempunyai arah tuju didalam komunikasi mereka. Ini adalah kerana psikologi wanita sebenarnya lebih fokus jika dibandingkan dengan lelaki. Tetapi, walaupun pemikiran mereka agak fokus, mereka lebih gemar untuk berpegang satu-satu cerita itu berdasarkan khabar angin dan bukannya fakta.

(2) Kerap memeriksa telefon bimbit- Perwatakan wanita yang seperti seorang CEO sebuah syarikat, ahli perniagaan atau sebagainya, tetapi sebenarnya mereka tidak, hanya untuk melihat fb atau sms, menunjukkan bahawa psikologi mereka yang tidak menghargai masa yang diluangkan bersama rakan-rakan atau keluarga. Selain daripada itu, wanita seperti ini juga dikatakan tidak peka terhadap sensitiviti orang lain. Boleh dikatakan mereka ini lebih mementingkan diri sendiri.

(3) Berhenti sebentar sebelum memberikan jawapan- Pada kebiasaannya, wanita yang berhenti sebentar sebelum memberikan jawapan, walaupun ditanya dengan soalan yang mudah seperti bertanyakan mengenai hobi atau kegemaran, menunjukkan bahawa mereka seorang yang bijak. Ia adalah kerana kepekaan mereka untuk memikirkan sesuatu terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa tindakan. Selain daripada itu, psikologi wanita seperti ini juga dikatakan gemar untuk memperdayakan orang lain.

(4) Cara pemanduan- Sekiranya seorang wanita itu berjaya mengikut peraturan jalanraya dengan baik dan pemanduan yang lancar, ia adalah petanda bahawa mereka seorang yang bijak. Tetapi, ia bukan mengenai pemanduan sahaja, sekiranya ketika mereka memandu tetapi tidak dapat memberikan perhatian terhadap perbualan anda, ia menunjukkan bahawa mereka hanya mampu untuk memfokuskan satu tugsan sahaja pada satu-satu masa. Psikologi wanita seperti ini pula dikatakan lebih mudah untuk ditipu.

(5) Facebook profile picture- Berikan perhatian yang lebih terhadap perkara ini. Ia kerana adalah merupakan cara paling mudah untuk anda memahami psikologi wanita. Kebiasaannya wanita yang lebih bijak akan meletakkan gambar mereka sendiri, simbol-simbol mengenai isu semasa, atau gambar/simbol mengenai sesuatu perkara mengenai perjuangan hidup mereka. Mereka tidak akan sesekali meletakkan gambar yang tiada langsung berhubungkait dengan kehidupan mereka.

(6) Keraguan yang terlampau- Sebagai contoh, “anda keluar bersama teman wanita anda, kemudian seorang wanita lain menghubungi anda. Apabila sudah selesai  berbual, teman wanita anda bertanyakan mengenai siapakah yang menelefon anda. Kemudian anda menjawab nama wanita yang menelefon anda dan menyatakan bahawa anda dan dia hanyalah seorang kawan”. Sekiranya kekasih anda seorang yang bijak, mereka akan menamatkan soalan mengenai orang ke 3 sehingga ke tahap itu sahaja. Sekiranya perkara yang kecil tadi berlarutan hingga menjadi masalah pula, ia menunjukkan bahawa psikologi kekasih anda yang lebih mudah untuk dipengaruhi oleh emosi. Seseorang yang gemar menggunakan emosi untuk membuat pertimbangan adalah seorang yang kurang bijak.

Dialog Tak Bley Blah...


Style Giler Anjing Ni??? Dia kencing sambil breakdance... Meh tengok!!

Ni la anjing yang terror shuffle tau!!! Sampai kencing pun dia nak tunjuk skill gak... Mesti pembela anjing ni seorang kaki shuffle kat Downtown Cheras. Idak, mana mungkin anjing ni boleh buat skill macam ni... Ngehhh ngehhh ngehhhh...


Bagaimana Unta Disembelih? Unta disembelih dalam tempoh 3 saat.

Kalau kat mekah, unta ni memang binatang yang akan jadi hidangan kepada para jemaah haji. Jom tengok video kat bawah ni, penyembelih tu baca Allahuakhbar lalu sembelih unta tu macam RAMBO.... Kalau dah banyak sangat unta nak disembelih, tak mustahil kaedah ni akan digunakan... 



Iblis Ni Dari Golongan Malaikat Ke Jin?

Dulu aku ingat Iblis ni dari golongan malaikat in which malaikat yang dibuang dari syurga kerana ingkar sujud kepada Adam...

Rupa-rupanya, Iblis adalah dari golongan Jin. Dalam banyak-banyak golongan Jin, Iblis adalah jin yang ingkar. 

Ini dibuktikan di dalam ayat ke 50 surah Al Kahfi.



"Kami berfirman kepada para Malaikat 'sujudlah kamu kepada Adam', maka mereka semua bersujud, melainkan Iblis, dan Iblis itu dari kalangan Jin"

Bacalah dalam mana-mana tafsir pun, dalam ayat ke 50 surah Al Kahfi tu, memang telah dinyatakan terang-terang bahawa Iblis adalah golongan jin.


Raja-raja Yang Terkaya Di Dunia

Kalau dilihat betul-betul, kebanyakan raja yang terkaya ini ialah orang Islam... Dan hasil kekayaan mereka ni ialah disebabkan petroleum..

Senarai Raja Terkaya di dunia

1. Raja Bhumibol Adulyadej, Thailand Harta: RM96 bilion
2. Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Brunei : RM64 bilion
3. Raja Abdullah bin Abul Aziz, Arab Saudi : RM58 bilion
4. Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahayan, Emiriah Arab Bersatu (UAE) : RM48 bilion
5. Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Dubai : RM14 billion
6. Putera Hans-Adam II von und zu Liechtenstein, Liechtenstein : RM11.2 bilion
7. Raja Mohammed IV, Maghribi : RM8 bilion
8. Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani, Qatar : RM8 bilion
9. Putera Albert II, Monaco : RM3.2 bilion
10. Putera Karim Al Husseini, Aga Khan : RM2.6 bilion

Sedikit latar belakang mengenai Raja Terkaya:

Sultan Hasanal Bolkiah

Seorang Raja Melayu , pemerintah beraja Negara terkaya di dunia, Brunei Darul Salam. Sejak dilahirkan lagi, baginda sudah makan dan minum menggunkan garfu dan sudu emas seta memakai pakaian yang di saluti emas tulen. Istana baginda yang bernilai USD350j terdiri daripada 1788 bilik dengan perabot disaluti emas dan berlian. 257 bilik mandi di saluti emas dan perak dan sebuah garaj kereta untuk mempamerkan 110 buah keratanya. Di istana ini terdapat 650 suites dan setiap satunya bernilai tidak kurang 150,000 ribu euro.

Beliau memiliki koleksi 7,000 kereta mewah dengan anggaran harga keseluruhan mencecah AS$5 bilion (RM15.9 bilion termasuk kapalterbang yang berlapis emas. Banyak barangan sekitar kehidupan baginda adalah barangan emas. Kereta dari emas, closet emas, tangkai bunga emas, senjata api emas, tempat tidur emas , meja dan kursi makan emas , bilik air dari emas.

Seorang Putera kepada Sultan Brunei dilaporkan membelanjakan 10.2 Billion dalam tempoh satu dekad (memiliki 2000 buah kereta, 17 kapal terbang dan pelbagai jenis barang kemas, kapal layar dan sebagainya. Lihatlah koleksi ini:-

Kenali Bahasa Makian Dengan Betul... Jangan Main Maki Je!!


Tadi masa buka puasa kat surau, lepas makan, aku terasa nak kentut... Depan-depan hidangan tu yang mana masih ada lagi tetamu-tetamu surau nak makan, aku lepaskan kentut aku..... Perggggggggghhh!!! Bau telor!!!!!

Tiba-tiba, seorang member aku sound kat aku,

"Kot ye pun nak kentut, boleh tak tala pungkoq tu kat tempat lain. Ni depan hidangan ko kentut!! Aku tengah makan nih!!! Bodoh!!! Bangang!!! Badigol soot!!! Bahalol!! Tolol!!! Tahalol!!!!!!!!

Ok push stop..... Bodoh bangang badigol, tolol dan bahalol tu aku faham ialah satu kata-kata makian yang mempunyai sama erti.... Tapi untuk perkataan TAHALLOL tu....... Hmmmmmmmmm... Aku musykil... Kenapa dia selitkan perkataan TAHALLOL tu ye dalam makian tu?

Tahallol tu bererti mencukur atau menggunting rambut untuk bebas daripada ihram selepas melakukan ibadah haji atau umrah. Hmmmmmmm.. kenapa member aku maki aku sebut perkataan tahalol ek? 

Kisah Asal Usul Makhluk Bunian


Kisah kewujudan makhluk bunian belum ada lagi bukti dari hadith yang sahih. Kisah kewujudan makhluk bunian ni adalah cerita dari rentetan masyarakat Islam secara turun temurun. 

Pada zaman Nabi Muhammad SAW, wujud satu kaum yang sangat miskin. Usahkan nak beli baju, nak beli makanan harian pun mereka kais pagi makan petang. Begitulah susahnya kaum itu. Pada suatu hari, kaum ini mendapat tahu yang Nabi Muhammad SAW akan datang berkunjung ke kampung mereka. Kaum ni berasa amat gembira dengan kedatangan baginda SAW dan mereka merancang untuk menyambut kedatangan baginda dengan hidangan-hidangan yang lazat.

Malangnya, mereka gagal untuk menyediakan makanan yang lazat, kerana kedaifan mereka yang terlampau.Akhirnya kaum ni berpakat untuk menyembelih kucing untuk dihidangkan kepada nabi muhammad. Sesampainya Rasululllah SAW ke kampung kaum tersebut, mereka menghidangkan makanan kucing sembelih tu kepada Rasulullah SAW dan alangkah terkejutnya Rasul SAW kerana kaum tersebut menghidangkan kucing sembelih kepada baginda. 

Kucing kan haram dimakan? Tak cukup dengan tu, kucing gak adalah binatang kesayangan Rasulullah SAW. Maka, Rasul SAW menegur kaum tersebut perihal perbuatan mereka yang keji itu. Disebabkan malu, kaum tersebut meminta agar Rasulullah S.A.W berdoa kepada Allah, agar mereka dan keturunan mereka tidak dapat dilihat oleh manusia lain. Maka Rasulullah S.A.W mendoakan mereka, lalu kabullah doa Rasulullah. Itulah dia asal keturunan bunian yang wujud sehingga kini.

Wallahualam...

Kisah Chef Yang Perasan Bagus

Ada sebuah hotel mewah sedang mencari seorang tukang masak yang berpengalaman dengan gaji USD5000. Pemilik kepada hotel bertaraf 7 bintang itu ialah seorang mat salleh bernama Robert. Setelah ditapis-tapis permohonan yang dipohon oleh pelbagai pemohon-pemohon yang terror, Robert hanya memilih 2 orang untuk menghadiri temuduga nya iaitu Shamsul dan Reza.

Reza, 32 tahun, adalah seorang yang mempunyai pengalaman hampir 10 tahun dalam bidang masakan. Malah dia juga adalah pelajar berkelulusan ijazah dalam bidang masakan. Tak cukup dengan tu, beliau gak pernah memengangi pertandingan masakan berpuluh-puluh kali.

Manakala Shamsul pula, adalah seorang lelaki lembut ala-ala Usop Wilcha dalam Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Seorang yang baru berumur 24 tahun dan graduan UiTM dalam bidang masakan. Pengalaman? Huh... Yillekkkkk....

Pada hari yang ditetapkan oleh Robert untuk menghadiri temuduga, datanglah mereka berdua ke hotel Robert. Shamsul dan Reza saling berpandangan antara satu sama lain, dalam hati mereka,

"Laaaaaaaaaaaaa??? 2 orang je ke yang temuduga?"

Reza dalam kepala hotak dia terfikir konfem kerja ini akan menjadi milik dia memandangkan dia mempunyai pengalaman yang banyak serta telah menjuarai banyak pertandingan masak. Aaaaaahhh apalah sangat dengan Shamsul tu... Lembut semacam je, then takde pengalaman plak tu......

Reza dipanggil masuk ke bilik Robert untuk ditemuduga. 

Semasa ditemuduga, Reza menjawab segala pertanyaan yang diberikan dengan penuh konfiden. Dalam banyak-banyak soalan yang ditanya, ada satu soalan Robert tanya kepada Reza,

"Adakah awak bersolat?" 

Reza berfikir sejenak...

Dalam situasi sebuah hotel mewah, pastinya keadaan sangat sibuk. Tambahan lagi pemilik hotel tersebut adalah Robert, seorang mat salleh. Sebagai seorang chef yang berdedikasi dan komited, kita tak boleh buang masa selalu. Kena selalu ada kat dapur untuk memantau keadaan di dapur.  Lalu Reza menjawab,

"Saya jarang solat tuan. Saya lebih fokus kepada kerjaya saya. Bagi saya, kerjaya adalah yang paling utama,"

Selesai interview pertama bersama Reza, Robert kemudian memanggil Shamsul.

Seperti biasa soalan-soalan yang sama ditanya kepada Shamsul, dan soalan solat,
"Errrrrrrr.... you solat tak???" tanya Robert membahasakan diri  I  & YOU bila berkomunikasi dengan Shamsul. 

"Eh of koz la I solat tuan!!!" jawab Shamsul sambil melentikkan tanggannya gaya Usop Wilca. 

"You solat??? You tau tak ini hotel sangat busy di dapur? You nak korek hidung pun takde masa tau..."

"Sibuk macam mana sekalipun,  solat wajib didirikan you.........................." jawab Shamsul.

Favourite Sahur Anak Remaja Kite...

Benda ni ku ambil kat fanpage facebook REMAJA... Sahur pun ada gak yang ngidam telur masin yee??? Hahahahahahahha!!! Giler lawak....




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

GUA

Blogcatalog

_____________________________
My BlogCatalog BlogRank