Magic Paling Ngeri

Fuhhhhhhhhhhh!!! Dahsyat!!! Dahsyat!!! Siapa sangka ahli magician ni bertukar menjadi seorang pembunuh isteri ye?



Solat Menghormati Waktu


Pernah tak korang yang gadis-gadis comel lote ni sedang menaiki bas dan tiba-tiba stuck dalam trafik jam kat tengah pekan? Jam pada masa tu pukul 6.50 petang tapi rupa-rupanya korang masih belum menunaikan solat asar. Masa tu plak korang berpakaian tudung, t shirt dan seluar jeans. 
Dalam hati korang,

"Aaaaaahhhh.... nak dekat habis waktu dah ni, qado je la solat asar ni... Nak tunggu habis trafik jam ni, mau pukul lapan malam sampai rumah......"

Huhhhh??? Nak qado solat??? Wah wah wahhhhhhh!!!!!!! Ooooooooooo ingat senang-senang ke boleh qado solat??? Alasan, sebab tak menghadap kiblat? Alasan sebab tak berwuduk? Alasan sebab tak pakai telekung??? 

Mana boleh tinggalkan solat senang-senang macam tu je..... Kalau kita tinggalkan solat umpama kita kehilangan ahli keluarga dan saudara mara terdekat kita. Jadi, dalam apa situasi pun, korang pelihara lah solat korang.

Dalam situasi ni, korang mula-mula kena cari jalan gak macam mana nak tunaikan solat korang. Cuba slow talk dengan driver bas,

"Encik... tolong berenti kat mana-mana surau, saya nak solat sat...."

"Boleh blahhhhhhhhhhh!!!" jawab drebar bas tu...

Kalau drebar bas cakap macam tu, korang turun je dari bas tu, carilah mana-mana surau untuk korang bersolat. Lepas tu, naik bas lain..

Kenapa aku cakap macam ni? Islam memang mudah, tapi jangan pandang mudah dengan peraturan Islam. Kalau korang kehilangan saudara mara atau mereka tu bakal dibunuh, bukan ke korang akan kelam kabut?  Haaaa itu lah perumpamaan sekiranya kita tinggalkan solat. Kalau kita tinggalkan solat, kita akan kehilangan saudara mara kita. Kita patutnya menggelabah apabila belum menunaikan solat wajib kita...

Dalam situasi tadi, andainya pakcik drebar bas tu tak nak layan permintaan kita untuk solat, lepas tu plak kita tak boleh nak naik bas lain selain dari bas tu sebab kita ada dua puluh sen je dalam wallet (tak cukup tambang naik bas lain), maka baru la kita gunakan alternative ni...

Mula-mula, niatkan dalam hati,
"Sahaja aku tunaikan solat solat asar bagi menghormati waktunya kerana Allah"

Buat segala dalam rukun solat. 
Misalnya korang sedang duduk dalam seat bus, korang boleh bayangkan je atau lakukan perbuatan takbir dalam keadaan duduk, seterusnya rukuk, iktidal, sujud dan lain-lain sampai laaaa ke salam dalam keadaan mengikut tertib. Macam tu sajaaaa...

Apabila korang dah sampai rumah, korang qado balik solat asar korang tu.

Ada sesetengah ulama cakap, apabila korang dah solat asar menghormati waktu, korang tak perlu lagi nak qado solat sebab solat tu dianggap sempurna.

Tapi pada pandangan aku, korang qado je solat tu.... Jangan ambil mudah dengan benda-benda solat ni. Sebab dalam solat menghormati waktu tadi, korang tidak sempurna solatnya kerana tidak cover aurat sepenuhnya, korang tidak menghadap kiblat dan korang tidak berwuduk. Yang menentukan solat kita diterima adalah Allah. Entah-entah Allah tak terima solat tu sebagai solat yang sempurna apa macam??? Haaaaa!!! Baik qado balik solat asar tu... Waalahualam...

Madah Cinta

✿~ SINGLE ~•> Jgn bersedih kerana Allah akan memberi yg terbaik nanti.

✿~ COUPLE ~•> Jgn terlalu seronok kerana di waktu inila saham dosa menaik.

✿~ TUNANG ~•> Jgn terlalu lama kerana ia akan menimbulkan pelbgai masalah.

✿~ KAHWIN ~•> Jangan terlalu leka kerana telah diberikan tanggugjawb yg akan dipersoalkan di akhirat kelak.

Edisi Bengang

Bila seseorang tu tak hargai sesuatu yang diberi, maka dia adalah manusia angkuh. Dia mungkin dicaci dunia akhirat. Assalamulaikum.

Doa Buat Orang Sayang Kat Kita

Nak elak daripada diri ini dibenci orang? Ha.... cuba korang praktik kan doa dan amalan ni. Bila bangun tidur pada pagi hari sebelum ke bilik air, letakkan kedua-dua ibu jari tangan ke langit-langit, baca surah Tiga Kul sekali, dan ayat Qursi sekali dan sapukan hujung ibu jari kanan ke tapak tangan kiri dan ibu jari kiri disapukan plak pada tapak tangan kanan.

Gosok kudua-dua tapak tangan tersebut sebanyak 3 kali and then sapukan ke muka macam korang nak tampal bedak kat muka sambil baca Selawat Nabi 3 atau 7 kali. 

Insya Allah, dengan praktikkan benda ni, orang yang benci dekat korang akan sayang kat korang and kalau korang ada menyampah kat seseorang, korang plak akan sayang kat diorang. Haaaaa, bila dah takde perasaan saling benci membenci ni, dapat la korang elakkan dosa pada orang lain malah dapat pahala plak sebab saling menyayangi antara satu sama lain. Wallahualam...

Universiti Islam Terunggul Di Dunia

Ada cita-cita nak belajar kat Universiti Islam? Kat bawah ni adalah Islamic University yang diiktiraf dunia.

Universiti Al Azhar, Mesir
Universiti ni adalah satu pusat utama pendidikan sastera Arab dan pengajian Islam Sunni di dunia.Universiti ni gak adalah universiti kedua tertua di dunia . Universiti ni dibina pada zaman Kerajaan Fatimiah dan mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan sepenuhnya.


Universitas Islam Indonesia
Universiti ni terletak kat Yogjakarta dan ditubuhkan pada tahun 1945. Asalnya, Universiti ni ialah sekolah tinggi agama je dan lama kelamaan ia dinaiktaraf menjadi satu pusat universiti dan sijilnya diiktiraf di seluruh dunia. Universiti ini didirikan oleh Timbalan Presiden Indonesia yang pertama iaitu D. Muhammad Hatta.


Universiti Islam Rotterdam Belanda.
Universiti ini lebihj fokus kepada pengajian sains Islam pada asalnya. Kemudian, Universiti ini memperkenalkan beberapa fakulti lain seperti Fakulti Kesusasteraan Islam dan Fakulti Bahasa Peradaban. Universiti ini didirakan pada tahun 1997 dengan keluasan 1980 kaki persegi. Universiti ni terletak kat Bergsingel Rotterdam. Bangunan Universiti kat sini sangat STYLO weh!!!

Universiti Abu Dhabi Emiriah Arab Bersatu
Universiti ni ada 2. Satu dekat Abu Dhabi dan satu lagi kat Al-Ain. Universiti ni diperkenalkan sekitar awal 2000an dan dalam tempoh sekejap je, universiti adalah universiti yang mendapat pengajian tinggi terbaik di dunia setaraf universiti Harvard.


Universiti Damascus Syria.
Fakulti di sini lebih menekakan kepada course perubatan Islam. Ditubuhkan pada tahun 1903 pada era Ottoman. Universiti ni gak sangat-sangat la cantik tak hingatttttt...... Dekat sini gak, ramai awek-awek medic yang cun, so dekat sini disarankan kepada pelajar-pelajar lelaki cari jodoh kat sini. Huhuhuhuhu...


Universiti Islam Antarabangsa
Tun Hussein Onn adalah insan yang bertanggung jawab mendirikan universiti ni.Universiti ini ditaja oleh Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan beberapa negara Islam. UIA ni adalah universiti yang sangat popular di kalangan dunia kerana konsep pembelajaran secara Islam dan meluaskan bidang pilihan kepada umat Islam dalam pengajian peringkat tinggi.  UIA ni didirikan pada 10 Mei 1983.

Ayat Motivasi Yang Power Bila Ada Orang Down Kan Kita

"If someone ever tells you that you are useless, remember that at one time you were the strongest, fastest little sperm out of millions!"
Tak faham??? Haishhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.... Payahhhh...   :)

Cara Wardina Didik Anak Solat

Ini antara artikel yang ditulis selebriti dikenali ramai, Wardina di Facebooknya dengan tajuk “BERBALOI PENAT LELAH KU…

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…

I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…
tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat 

2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….

ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”

3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..

4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????
She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.
Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?

Ni nak marah ni!!!

Nombor 1:
Korang ada satu bangunan. Kemudian korang niat nak wakafkan tanah tu kepada satu badan organisasi untuk dijadikan tapak rumah anak yatim. Jadi, korang pun prepare la segala dokumen untuk korang wakaf kan tanah tu kepada organisasi tu. Selang beberapa tahun, korang tengok hajat korang untuk tanah tu dijadikan rumah anak yatim tercapai. Tiba-tiba, suatu hari rumah anak yatim tu dijadikan satu tempat untuk ahli politik berpolitik. Korang pun rasa bengang la, tanah wakaf korang tu disalah gunakan untuk tujuan lain. Bagi korang, itu ialah salah guna kuasa dan pecah amanah. 

Nombor 2:
Seorang bukan melayu ada syarikat besar, tiap-tiap tahun buat profit puluh juta sampai tax company mamat tu kena bayar RM100,000 ribu. Selain dari tu, syarikat mamat tu juga kasi kebajikan dengan memberi peluang kerjaya kepada ramai orang. Ada satu company melayu, yang kecik jeeeeeee... Profit pun sikit je tahun tu, bayar tax dalam RM1000 je. Pekerja ada la dalam 7 ke 8 orang. Tapi bila tang nak dapat bantuan kerajaan, dapat kat melayu je. Yang mamat tadi tu persoalkan la kepada kerajaan, kenapa bangsa aku tak dapat sama seperti diorang? Sedangkan dia contribute lebey pe??? Hmmmmmmmm...


Nombor 3:
Semasa pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz, Yahya Ibn Sa'id telah ditugaskan di Afrika untuk mengutip zakat. Sebagai amil pada ketika tu, Yahya mengutip zakat dan juga mengagihkan zakat. Pada zaman tu, umat Islam sangat kaya dan boleh dikatakan lebih daripada separuh penduduk yang membayar zakat. Apabila hendak mengagihkan duit zakat tu kepada golongan asnaf, tiada siapa yang layak dalam negara Afrika tu untuk menerima duit zakat kerana tiada golongan yang boleh dikategorikan sebagai asnaf. Hanya yang ada untuk diagihkan duit zakat ialah dengan cara membebaskan golangan Riqab iaitu golongan hamba. Apabila Yahya gagal untuk mengagihkan duit zakat kepada golongan asnaf sebab negara tu terlalu kaya, maka Khalifah Umar mengarahkan untuk memulangkan kembali duit zakat kepada pembayar zakat. Begitulah terjadi bertahun-tahun sampai la kemudiannya duit lebihan zakat tu disimpan di dalam baitulmal untuk projek-projek pembanguanan Islam which means dah tak dipulangkan balik kepada pembayar. Ok, pada zaman sekarang, ada satu golongan ini bertanya kepada kerajaan,

"Cukai macam-macam ada!!! Dari makanan, kereta, sampai laaaaaaa cukai pendapatan!!! Tapi golongan yang memerlukan bantuan tak dapat apa-apa pun. Takrif kemiskinan masih lagi sama!!! Asyik fokus nak jadikan negara sebagai negara yang membangun. Projek sana!! Projek sini!!! Duit juta-juta habis kat projekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk jeeeeeee... Rakyat yang perlukan duit untuk tujuan fisabilillah macam bina jalan rosak, jambatan rosak yang pakai duit ciput tu pun nak makan masa untuk diagihkan... Hok tuihhhh.."


Sebab tu mereka cakap pemerintah ni,

Pecah Amanah
Tak Adil
Menindas

Sekadar menyampaikan... Aku masih berfikir lagi....... Tak memihak sesiapa. Fikir, peranan manusia selain dari patuh kepada Allah, kita juga kena memakmurkan bumi. Siapa yang boleh mamakmurkan bumi? Siapa lagi bagus dari segi memakmurkan negara? Tiada siapa yang perfect. Siapa lagi bagus yang akan melindungi agama Islam nanti?

Alasan dan Jawapan Kepada Mereka Yang Tak Tutup Aurat


Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.


“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”


Jangan Simpan Gambar Anjing Dekat Rumah



Kalau korang berjalan-jalan kat rumah kawan Islam, pernah tak korang terperasan yang tuan rumah tu ada letak gambar-gambar anjing dekat rumahnya? Contohnya macam gambar poster filem Firehouse Dog, gambar kartun disney anjing yang nama Plutto tu, atau any replika yang berkait dengan anjing macam patung mainan berbentuk anjing, ataupun t shirt ada gambar anjing? Kalau ada, pesan kat diorang, jangan simpan benda-benda tu dalam rumah.

Dalam satu riwayat Ibn Umar R.a, pada satu hari, Rasullah SAW berjanji dengan malaikat untuk berjumpa. (tak dinyatakan di mana, masjid ke, rumah ke, tu tak tau la plak). Maka Rasul SAW pun tunggu la kedatangan jibrail untuk bertemu dengannya. Tapi Jibrail masih tak masuk-masuk dan tidak la pula terdengar salam daripada Jibrail daripada luar. Kemudian, Rasul SAW keluar kerana takut-takut Jibril sedang menantinya di luar. Memang betul, Jibrail sedang menanti Rasul SAW di luar. Rasul SAW pun bertanya kat Jibril,

"Kenapa tak masuk???"

"Sesungguhnya kami tidak memasuki rumah yang ada anjing dan gambar."

So dekat sini, kita boleh tahu, malaikat Jibril takkan masuk rumah yang ada gambar anjing apatah lagi yang ada anjing hidup-hidup. Bukan takat Jibril je, malaikat-malaikat lain yang tugasnya memberi rahmat pun takkan masuk ke rumah macam-macam ni. Bukan takat tak masuk, BERI SALAM PUN IDAKKKK!!!
Mungkin sebab ni yang kita selalu rasa tak seronok berada dekat rumah. Mungkin sebab ini juga kita selalu berada luar rumah, kita lebih selesa dengan kawan-kawan, sedangkan keluarga sendiri buat deeeeekkkk je. Rahmat tu tertutup. Kadang-kadang ahli keluarga lebih seronok menjalankan aktiviti Islam di luar rumah macam buat kerja-kerja kebajikan tapi bukan di rumah sendiri. Kenapa gamaknya? Sebab takde nya malaikat yang menadah tangan kepada Allah untuk memberi kesejahteraan kepada kita semua kot.... Waalahualam...

Ok kalau ada cover cd, dvd atau kaset yang ada anjing tu, pandai-pandai la korang nak buat apa. 

Gambar Anwar Ibrahim Terlantar Di Hospital Selepas Bersih



Menurut kata orang, DSAI kena tembak tang kepala, tapi bukan bukan peluru la, ni peluru gas. Selepas je kena tembak DSAI terus lembik dan dimasukkan ke hospital.

Menurut kata PAPAGOMO, DSAI sekarang berada dekat Hospital Pantai, dan semalam semasa berlakunya Bersih seramai 20,000 penyokong yang datang tu, 1000 daripadanya berkumpul di Hospital Pantai untuk menghalang daripada DSAI ditangkap polis seperti terjadi kepada Hadi Awang. 


Kalau Tengah Stress, Cuba Dengar Yang Ni...

Kenalkan, Mohammed Taha Al-Junaid, anak muda yang berusia 17 tahun. Dari kecik dah dididik dengan ayat-ayat Al Quran, sekarang dah berumur 17 tahun dah dikenali sebagai seorang qari peringkat international. Aku cadangkan TV9 kena buat Program Imam Muda Versi Under Age plak laaaa.. Baru kita boleh lahirkan Mohammed Taha Al Junaid versi Malaysia plak... Huisssssssssshhhh!!! Bangga wooooo kalau Malaysia ada qari macam Mohammed Taha ni, satu dunia boleh menitik air mata bila dengar bacaan Quran dia.

Watch 3 2 1 Cinta Online

Ok kawan-kawan dinasihatkan supaya tengok movie ni cepat-cepat sebelum youtube BLOCK movie ni. Karang nanti macam cerita filem Karak, ramai yang menyesal tak dapat tengok movie Karak sebab youtube dah block movie tu... So, kali ni jangan lewat-lewat nak tengok movie free ni... 

Sam seorang  gadis yang berpewatakan kasar seperti lelaki yang baru sahaja berpindah untuk menyambung pelajaran di sebuah kolej. Dia bertemu semula dengan kawan baik semasa sekolah iaitu Fariz di situ. Dalam masa yang sama, Sam mula ditakut-takutkan dengan fakta bahawa dengan sikap kasarnya itu, dia akan ditakuti oleh semua lelaki dan dia akan bersendirian sampai mati.

Ini Secara kebetulan, Sam terserempak dengan Nazril, lelaki idaman seluruh kolej. Dia tercabar dengan sikap Nazril yang hanya melayan perempuan cantik sahaja menyebabkan dia tekad untuk memikat Nazril. Pelbagai peristiwa yang melucukan dan romantis berlaku sepanjang usaha Sam untuk memikat Nazril termasuk cuba merubah penampilan dan sikap kasarnya. Dalam masa yang sama, hubungan Sam dengan bapa tirinya dan adik tirinya, Mimi juga semakin pulih dan erat. Akhirnya, Nazril jatuh cinta dengan kesungguhan Sam apabila Sam sanggup membantunya untuk menguruskan rumah anak yatim yang dibinanya.

Sam juga sanggup mengajar anak-anak yatim itu dengan caranya yang tersendiri. Namun, rupa-rupanya Fariz selama ini menyintai Sam dalam diam. Fariz meluahkan perasaannya pada Sam. Sam yang keliru dengan luahan Fariz itu cuba berfikir kembali tentang perasaan dirinya terhadap Fariz dan Nazril. Dan ketika Nazril pula meluahkan perasaan kepada Sam, Sam sedar dan yakin siapa sebenarnya yang harus dipilihnya.

Lady Gaga Sawan Sampai Jatuh Tergolek Masa Show

Bahana terlampau bersemangat atas stage, last-last makan diri.... Kalau korang tengok betul-betul masa saat 0.03 tu, korang boleh terdengar Lady Gaga cakap AUUUUUCCCCHHHH...

Video ini ditujukan kepada Alyah. Sekian terima kasih.



Watch Maharaja Lawak Final Online


Rasanya semua dah tahu keputusan final Maharaja Lawak kan? So takyah la aku cerita. Aku rasa dalam banyak pemenang-pemenang tu, Nabil la yang paling untung sebab dia bolot RM150,000 tu sensorang dia je takyah nak share dengan sape-sape walaupun dia berada kat tempat ketiga... Huhuhuhuhuhu...

Pusingan Pertama

Pusingan Kedua

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

GUA

Blogcatalog

_____________________________
My BlogCatalog BlogRank