Hebatnya Mamat-mamat Ni... Macam Mana Dia Boleh Hebat Macam Tu Ye?
Kisah Pertama:
Kisah pasal Mohamad Fahmi, bekas kawan aku kat UiTM dulu. Kawan aku ni dalam kelas selalu je tidur. Dia tak boleh duduk diam melebihi 1/2 jam, kalau lebih 1/2 jam mulalah satu kelas boleh tengok dia ni bertafakur sambil mengeluarkan elemen suara dengkuran yang boleh didengari satu penghuni kelas. Aku jarang tengok dia study, dia study pun kejap-kejap je. Belek buku gitu-gitu je, tapi bila test, kuiz or exam, result sure gempak punya. Budak-budak lain cakap dia ni ada otak fotostat. Senang tangkap bila belajar.Sekarang dah pun 6 tahun berlalu, Fahmi sekarang bekerja sebagai Senior Auditor dekat big four audit company. Kereta dia kereta camry beb!!!
Kisah Kedua:
Ramli ni umurnya 36 tahun, dah berkahwin dan mempunyai 2 anak. Walaupun dia dah berumur 36 tahun, tapi muka dia macam muka orang berumur 23 tahun. Aku kenal dia sebab dia ni suami ofismate aku. Ofismate aku tu baru je berumur 27 tahun. Tapi boleh tahan cun gak bini si Ramli ni. Kalau aku lepak-lepak dengan ofismate-ofismate aku, ada je cerita pasal si Ramli ni. Cerita yang tak habis-habis memuji pasal tingkah laku si Ramli yang sopan, muka hensem, and so-so on. Tak pernah pun aku dengar cerita-cerita yang buruk pasal dia. Padahal Ramli tu bukan satu ofis pun dengan kitorang.... Hmmmm... pelik...
Kisah Ketiga:
Seorang amil zakat bernama Hj Kamarul selalu je datang ke baitulmal serahkan duit dalam lingkungan RM10,000 setiap bulan hasil daripada pelanggan Hj Kamarul yang membayar zakat perniagaan. Kadang-kadang dalam sebulan, Hj Kamarul mampu kutip zakat perniagaan daripada syarikat-syarikat sampai RM80,000 sebulan. Bayangkan, Hj Kamarul yang dah berumur 72 tahun, masih lagi gagah berdiri tegak dan mampu convince syarikat-syarikat besar untuk membayar zakat perniagaan. Amil-amil profesional yang masih muda yang lepasan Mesir pun belum pernah pecah rekod kutipan zakat harta melebihi RM100k setahun tapi Hj Kamarul memegang ranking tertinggi sebagai amil zakat harta dengan kutipan RM500k setahun. Komisen Hj Kamarul pada tahun sudah dalam RM30,000 (1/16 daripada kutipan zakat yang berjaya dikutip).
Kisah Keempat:
Hj Shuhaimi baru je berumur 43 tahun bekerja sebagai penghantar notis di makhamah syariah. Tangga gaji dia sekarang, baru RM 1400 sebulan. Isteri tak bekerja, anak ada 4 orang masih bersekolah. Yang best nya, Hj Suhaimi ada sebijik kereta exora, sebijik kereta kancil, sebijik kereta savvy dan sebijik motor. Dia also dah pergi haji bersama isteri dia plus berkemampuan membeli sebuah rumah. Macam mana orang yang bergajikan RM1400 sebulan mampu miliki semua tu? Bila aku tanya dia, dia ada buat side income ke? Dia jawab takde.
Ciptaan Merepek Dari Jepun, Daging Yang Diperbuat Daripada Tahi
Semua benda nak recycle. Nuuuunnnn dekat singapore tu, air najis pun boleh recycle jugak. Tapi tak boleh lawan negara Jepun, Jepun lagi hebat!!! Diorang recycle tahi jadi bahan makanan untuk manusia. Ni bukan recycle untuk jadi baja tapi untuk dijadikan daging dan dijual kat pasar-pasar untuk manusia santap!! So, esok-esok kalau korang melancong kat Jepun, jangan sesekali order daging. Eeeeeeyyyyaaaaaarrrrkkkkhhh!!!
Mitsuki Ikiyeda dan team pengkajinya adalah insan yang bertanggung jawab menghasilkan daging yang diperbuat daripada najis ni. Diorang ni mengumpulkan najis-najis dan kemudian mengekstrakkan tahi tersebut untuk mengasingkan bakteria-bakteria dan kuman-kuman yang ada dalam tahi tu. Kemudian, tahi tu dikeringkan dan dan dicampurkan sedikit bahan-bahan kimia untuk dijadikan daging. Hokkkk tuihhhhhhhhhh!!!!
Menurut kata Mitsuki Ikiyeda, daging tu kalau dimakan, mengandungi 63% protein, 25% karbohidrat, 9% garam galian dan 3% lemak.
3% lemak????????????!! Haaa, teringin nak makan daging tanpa lemak? Silalaaa cuba daging tahi.
Sah Memang Sah!!!!! Justin Bieber Gay!!!
Tengok gambar ni....
Bulu kaki takde.... shave....
Muka buaat muka jambuuuuuuu....
Posing ala-ala model wanita dalm iklan susu diet...
Pakai spender jenis pompuan punyaaaa...
SAH!!!! BELIAU GAY!!!
Angry Birds Yang Tengah Hot Di Kalangan Awek-awek
Aku rasa sekarang ni, heboh pasal Angry Birds terutama dekat area Pahang, KL and Selangor. Angry birds ni bagi yang tak tau, bukan la sejenis serangan burung yang bakal menyerang Malaysia, tapi ni adalah satu game online and also satu perisian handphone yang tengah hot di kalangan awek-awek. Bila awek-awek dah tergila-gilakan angry birds yang comel ni, maka lahirlah produk-produk Angry Birds dalam bentuk aksesori macam patung, stiker, beg, sarung bantal dan lain-lain.
Kalau korang jalan-jalan kat bandar, korang boleh tengok betapa ramainya awek-awek yang sorong bawa beg angry birds, pakai baju angry birds, ada key chain angry birds... Yang bestnya, orang dewasa pun layan angry birds ni. Selalu kalau aksesori-aksesori macam ni, kanak-kanak ribena je yang suka. Tu dia penangan Angry Birds...
Semalam ada seorang awek call aku,
"Helooooo....??" aku tanya.
"Helooooo... ni abang Wan ke?"
"Yeeeeeeee" jawab aku.
"Ni Ida... esok abang Wan balik Ipoh tak???" Ida, budak praktikal kat ofis aku.
"Haaaaa balik, esok kan hari sabtu...Balik kampung la kat Ipoh... Kenapa nya?"
"Nak minta tolong...."
Sekali dia minta aku tolong belikan dia patung aksesori kereta Angry Birds la..... Sebab kat Teluk Intan, belom lagi ada jual produk Angry Birds ni kot, so maybe dekat Ipoh ada la kot jual aksesori ni.
So, hari sabtu esoknya, aku pun pergi la ke Ipoh Parade nak mencari patung angry birds ni. Aku pergi ke gift-gift shop and also cartoon shop kot-kot ada jual aksesori angry birds ni. Memang ada laaaa.. Dari akseori yang kecil macam key chain, sticker sampai la benda-benda besar macam patung peluk saiz sebesar lembu tu... Aku tengok harga, bapakkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!! Patung aksesori kereta yang sebesar tapak tangan tu pun harganya RM35. Kalau yang macam bantal-bantal dalam kereta tu plak harganya RM60. Wallaweeeeiii!!!!! Entah-entah China Made. Kalau China made pun dah hentam mahal, yang original konfem lagi mahal kot. Aku tengok ada satu amoi tu beli bantal kereta angry birds 4 biji, RM240 kot semua sekali!!! Kalau aku jadi dia, RM240 tu aku beli emas 2 gram. Lagi berbaloi...
CASING ANGRY BIRDS UNTUK IPHONE
Pelik la perempuan ni, sanggup ye diorang berhabis duit untuk produk yang macam ni. Aku tengok benda ni macam seasonal product je... Produk yang popular sekejap je, later on terus lenyap dari muka bumi...
Tadi aku try main online game angry birds. Cuba punya cuba, sekali... Bolehhh laaaaaa... Best sebab tengok gelagat burung-burung tu je. Sebab nampak comel, tapi kalau nak enjoy main game tu, errrrrr... takde laaa sangat. Biasa je. Aku main Pac Man lagi syok.... Nak try main game Angry birds? KLIK SINI.
Kalau nak tengok produk Angry Birds, KLIK SINI. Aku rasa kalau beli secara online lagi murah daripada korang beli kat shop mall. Aku berani jamin yang produk-produk angry birds kat shop mall tu semuanya China made. Konfemmmm...
Happy Birthday To Me!!!
16 Jun 2011, genap la umur aku menjadi tuuuuuuuuuuuuuuuttttt.......... Tak payah la aku cerita umur aku berapa sekarang. Biarlah umur aku ini disebulungi misteriiiiiiiiiiiiiiii..... Hopefully, panjanglah umur aku.
Sehari sebelum harijadi aku, ada seorang pengkomen kat blog ni yang menggelarkan diri dia 'Insan Perihatin' yang menegur aku pasal entry POSING YANG TENGAH HOT SEKARANG, dia marah kat aku pasal aku kutuk gambar orang yang berposing dengan duit yang banyak bagi attract bisnes diorang. Ok, kepada Insan Perihatin, aku dah pun delete entry tu. Niat aku memang aku nak mengutuk kaw-kaw orang-orang tu... Seriussssssssssss..... Sebab aku cukup benci pada orang yang takabur, angkuh, serta meletakkan duit sebagai ukuran kejayaan. Tapi kalau lah gambar-gambar berposing dengan duit tu adalah tujuan untuk attract orang untuk join bisnes diorang, aku terfikir juga, why not... As a part of promotion kan? So, tak fikir panjang, aku delete entry tu. Bersalah juga aku, sebabnya, aku tutup periuk nasi orang nak buat bisnes kan??? Ok.... korang posing-posing la dengan duit banyak-banyak ye lepas ni.................... Tarak hal untuk aku....
Posing laaaaaa kaw-kaw..... Pastikan korang bayar zakat yeee
Sehari sebelum hari lahir aku juga, ada seorang cikgu perempuan cakap muka aku macam Zed Zaidi. Gilaaaaa bai!!! Zed Zaidi tu!!!!! Hensem tuuuuu!!! Balik dari ofis sampai ke rumah, aku tengok cermin hampir setengah jam, sah memang sah, muka aku hampir sama macam Zed Zaidi.... OK MUKTAMAD!!! Korang nak kata aku perasan, or kata Zed Zaidi tak hensem ke, Aaron Aziz lagi hensem ke, lantak korang laaa... Janji muka aku macam Zed Zaidi, dan Zed Zaidi tu K.A.C.A.K!!!!!!! Dah 2 orang cakap muka aku macam Zed Zaidi, sorang mak member aku kat Ipoh, terbaru cikgu tu.... Haaaaaa!!! 2 orang dah cakap... Yezzzzzzzz.... aku Zed Zaidi!!!
Kulit Putih, licin, bibir yang mengiurkan, mata yang mendebarkan hati wanita asia...Itulah Zed Zaidi
Hari ni plak dekat ofis, ada la 2 unknown call tiba-tiba wish aku birthday. Aku pun tanya la diorang ni siapa, sekali syarikat insurans daaaaaaaaaaaaaa.... Pantang dengar lelaki tua punya birthday, ada je nak jual life insurans.... Ingat aku dah berumur sangat ke... Weiiiiiihhh, kahwin pun belum lagi dekkk..
Hari ni gak, CELCOM broadband tak wish aku birthday, tapi seperti biasa pau duit customer. Aku baru je bayar last 10 days, dia bley kasi notification exceed bandwidth. Cam celakaaaaaaaaaaaaaa!!!! Semoga ko bangkrap Celcom!!!!!! Jahanam!!!!!
Yang wish aku birthday,digi.... DIGI siap kasi aku free top up RM5 lagi.... Weeeeeeeeee!!! TQ!!! TQ!!! Ok, kawan-kawan, jom jadi customer DIGI, say no to Celcom... Harapkan Celcom, sms dia tau pau duit jeeeeeeeee..... Sms lain tak reti...
Bukti Celcom Kaki Pau Customer... Sama jeeeee mcm Astro....
Terima kasih gak korang-korang yang wish birthday kat aku, yang call, sms, facebook, mespes... and also to Mak abah, kakak aku, kak cik aku, abang-abang ipar aku. Aku tak tau pasal apa famili aku kali ni, wish birthday kat aku in advance. Abang ipar aku sorang tu wish aku seminggu awal. Kakak aku plak kasi hadiah 2 minggu awal. Abah mak dengan kak cik aku, sehari sebelum birthday aku.
Thank you also kat member-member ofis, Ustaz Isa for the kain pelikat, Ustaz Khairul Amal yang belanja aku makan nasi ayam penyekkk, Ustaz Kamaruzzaman yang kasi aku RM20, Pak Khatib yang kasi aku RM50..... Fuuuuhhhh kaya aku rini... And also, Ustaz Fodzin yang kasi aku belalang... Hek elaaaaaa?? Ada ke belalang... Yang wish aku, semua dari JAIPk dengan AJK-AJK masjid, dari pejabat baitulmal dengan makhamah syariah, sorang pun takde... Nampak sangat aku tak popular di kalangan diorang. Padahal satu bangunan yang sama tuuuu..
Sempena harijadi aku ni, aku berazam nak kuruskan badan.... Yaaaaaaaaa!!! Kalau muka dah macam Zed Zaidi tapi badannya seperti ahli gusti sumo takde gunanya juga. So doakan aku makin kurus yeeee... Arigatoooo...
Kisah Lirik Lagu, Aishiteru Means I Love You Bukan Menunggu
Aku selalu dengar lagu ni kat komputer aku ni. Entah siapa yang letak dalam komputer aku, housemate aku kot... Sebelum ni aku tak tau pun nama lagu ni, hari ni baru la aku tau nama tajuk lagu ini AISHITERU. Aku ni jarang dengar radio, so maybe aku ketinggalan sikit tentang lagu-lagu hit kat Malaysia sekarang ni.
Bila aku dengar je lagu Aishiteru ni, aku rasa macam naaaaaaakkkk jeeeee menari twist dengan awek aku. Seriussss best siottt!!! Menari-menari, lepas tu main kejar-kejar dengan awek kat taman permainan... Fuhhhhhhhhhhhhh..... Romantiknye!!! Romantiknyeeee!!!!
Bila aku dengar je lagu Aishiteru ni, aku rasa macam naaaaaaakkkk jeeeee menari twist dengan awek aku. Seriussss best siottt!!! Menari-menari, lepas tu main kejar-kejar dengan awek kat taman permainan... Fuhhhhhhhhhhhhh..... Romantiknye!!! Romantiknyeeee!!!!
Aishiteru means I Love You, perkataan dari Jepun. Tapi dalam lagu ni, Aishiteru ni bermaksud "Menunggu....". Tu laaaaaa.... buat lagu tanpa kajian, Aishiteru tu maksudnya I love you, diorang bantai maksud Menunggu plakkkk... Kasi spoil melodi lagu jeee..
Ok nanti dah anak nanti, tak kisah laki ke perempuan ke, aku nak namakan dia Aishiteru. Fuhhhhh macam style je. Sekali, bila dah besar panjang jadi bohjan... Haaaa amekkk!!!
Lirik lagu Aishiteru by Zivilia
Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…
*)
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan
reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru
Bridge:
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali
kembali ke *)
Video klip Aishiterusaat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…
*)
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan
reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru
Bridge:
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali
kembali ke *)
Aneh Tapi Benaq!!! Makcik Ini Adalah Transformer Yang Sebenar
Haaaaa.... siapa laki-laki kat sini suke tengok awek korea? Hisssssssssshhhhh.... jangan mudah jatuh cinta dengan gadis korea, sebab diorang ni bukan la secute mana pun. Tak percaya korang tengok gambar makcik kat bawah ni. Disebabkan kemahiran orang-orang korea ni make over someone, makcik ni berjaya transform diri dia menjadi seorang awek cute. Haaaaaaaaaa!!!!!!! Aneh tapi benaq!!!
Salam Israk Mikraj Dari Saya
Mungkin semua dah tahu tentang peristiwa Israk Mikraj yang mana ia adalah perstiwa Rasul SAW bertemu dengan Allah yang mana pada asalnya Allah memerintahkan umat Islam supaya mengerjakan 50 waktu solat, dan kemudiannya setelah 9 kali Rasul SAW turun naik ke langit bertemu Allah, akhirnya umat Islam hanya perlu mengerjakan 5 kali waktu solat (setiap kali turun naik, dikurangkan 5 waktu solat ) dan pahalanya tetap maintain sama seperti pahala 50 waktu solat seperti yang asal diperintahkan.
Semasa Rasul SAW naik bertemu dengan Allah, Rasul telah melihat beberapa peristiwa seperti orang yang memotong lidahnya sendiri, orang yang menghentakkan kepalanya dengan batu, wanita yang berhias melampau-lampau dan selebihnya aku tak ingat..... Hehehehehehe.... Sepanjang Rasul SAW naik bertemu Allah, hanya ada 2 perkara yang baik dilihat oleh Rasul SAW iaitu:
-Baginda melihat sekumpulan manusia menanam dan kemudian terus menuai gandum. Sepatutnya, tanam dulu, biar dah gandum masak baru tuai kan? Tapi ni, tanam-tanam gandum kemudian terus dapat tuai dan dapat hasil tuaian. Jibrail mengatakan itu adalah golongan orang yang bakal mendapat balasan baik dari Allah kerana kerja-kerja yang mereka lalukan adalah kerana Allah semata-mata.
-Baginda datang ke suatu tempat yang baunya sungguh wangi. Mereka ni kata Jibrail kepada Rasul SAW adalah golongan mereka yang syahid. Golongan ini akan ditempatkan setempat dengan Masyitah iaitu tukang sisir rambut Firaun yang mati dibunuh oleh firaun kerana termelatah menyebut nama Allah ketika sedang menyikat rambut Firaun.
Dari apa yang dilihat dari Rasul SAW selain dari sekumpulan manusia tanam gandum dan tempat berbau wangi tu ialah semuanya benda-benda yang buruk. Apa maknanya ni? Ini bermaksud, baginda Rasul SAW melihat inilah perkara-perkara ingkar yang akan dibuat oleh umat Islam pada masa akan datang. Sila rujuk sini untuk melihat peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh Rasul SAW ketika israk mikraj...
Apa yang kita boleh lihat daripada peristiwa Israk Mikraj ni?
Pertama: Rasul SAW memesan supaya umat Islam jangan sesekali meninggalkan solat. Pentingnya solat tu sebagai salah satu pelaburan kita untuk menduduki syurga.
Kedua: Ketika Rasul SAW melihat orang-orang yang menyeksakan diri mereka sendiri adalah gambaran apa yang bakal diperoleh oleh korang-korang semua apabila ingkari Allah.
Ketiga: Umat Islam akan menghadapi banyak cabaran daripada musuh Islam pada masa akan datang. Sebab apa? Ketika zaman Rasul SAW, umat Islam sangat taat kepada Allah, tapi Rasul SAW tak sangka ketika baginda naik bertemu Allah, dilihatnya hanya 2 perkara saja yang baik dan selebihnya adalah perkara-perkara buruk yang menunjukkan umat Islam akan mengikari perintah Allah pada hujung dunia. Antaranya golongan yang tidak membayar zakat, orang yang membazirkan hayat mereka kerana mengejar dunia, orang yang bermegah-megah dengan kekayaan dan orang yang menerima riba. Apa yang musuh Islam akan buat untuk umat Islam ingkari Allah? Antaranya offer riba (dekat bank-bank yang conventional), media-media yang banyak fitnah (macam Amerika cakap Islam tu pengganas), dan pelaburan-pelaburan yang menggaburi mata sehingga umat Islam akan lalai pada zakat.
Mungkin aku post entry ni lewat, tapi rasanya belum terlewat aku nak berpesan tentang kepentingan Israk Mikraj ni. Jangan la kita sesekali pandang mudah dengan solat. Mungkin antara kita yang tunai solat 5 kali sehari, tapi kaji balik, ada tak sifat riak timbul ketika solat? Masa kita solat, betul ke cara kita amik wuduk? Semasa kita takbir Allahhuaakbar, betul ke tangan kita ni ketika takbir? Semasa kita rukuk tu, rukuk betul atau rukuk nak tak nak je??? Haaaaaaaaa!!!!!! Jeng jeng jeng!!! Ni pun aku berpesan pada diri aku sendiri.... Banyak je ustaz-ustaz cakap aku baca al fatihah tak betul.... Agagagagagagagaga.........
Bagi yang baca entry ni, doakan "kita semua diterima akan oleh Allah". Tadahkan tangan walau 5 saat (jgn malas tadah tangan tu), dan cakap amin.
Ana Catarina Bezerra Silvares, Wanita Yang Dibenarkan Untuk Masturbasi Di Mana-mana Sahaja
Kawan-kawanku, perkenalkan Ana Catarina Bezerra Silvares seorang janda berumur 36 tahun yang dibenarkan oleh pihak makhamah Brazil untuk melakukan onani di mana-mana sahaja asalkan dia bahagia. Ana Catarina Bezerra Silvares ni sebenarnya mempunyai masalah sexual disorder atau bermaksud masalah sangap yang tidak menentu. Ana Catarina Bezerra Silvares telah memohon daripada pihak makhamah sejak dari tahun 2009 untuk melakukan masturbasi di mana-mana sahaja kerana nafsu kuda beliau selalunya tidak menentu. Jadi agak tidak waras la untuk Ana Catarina Bezerra Silvares melakukan masturbasi di dalam ofis, sebab ofiskan tempat nak buat kerja, karang tak pasal-pasal dituduh melakukan gangguan seks terhadap lelaki.
Tapi sejak, kelulusan makhamah membenarkan dia masturbasi dekat mana-mana sahaja, hidupnya bukan saja ceria, malah dia juga popular di kalangan media-media sebagai wanita pertama yang boleh melakukan onani di mana-mana sahaja walaupun dalam tempat ibadah. Dia juga dibenarkan untuk onani setiap 2 jam selama 15 minit di dalam pejabat pada waktu pejabat. Bukan takat tu, makhamah juga meminta pihak accounting firm yang Ana Catarina Bezerra Silvares bekerja untuk membenarkan beliau tengok porn video menggunakan komputer pejabat... Ok, kalau ada meeting dengan staf-staf lain, dia takde masalah nak tengok porn, nak onani depan-depan bos and staf2 lain pun no hal.... Hehehehehehehe...
Kisah Artis Kena Buatan Orang, Sihir Siam serta Saifullah Gambit
Lisa (bukan nama sebenar) terasa badannya berat sangat. Nak angkat tangan pun terasa berat. Sudah banyak kali Lisa berjumpa dengan pelbagai doktor tapi jawapan doktor-doktor tetap sama, nothing is wrong.
"CUTTTTTTTTTTT!!!!!!!!!!!!!" jerit director Ahmad Nisfu.
"Apa yang ko merepek ni syaitan?????!!!!!!!" sambung director Ahmad Nisfu lagi.
"Skrip tak ingat, lakonan kaku, apa masalah kamu ni Lisa????" tanya director Ahmad Nisfu.
Lisa hanya diam. Habislah dia kali ni. Kalau dia terus berperangai macam ni, konfem tiada lagi job yang dia akan dapat. Banyak lagi pelakon-pelakon yang fofular lagi cun daripada dia yang boleh menggantikan dia sebagai pelakon utama yang berstatuskan pelakon wanita terbaik 2008, 2009 dan 2010 serta pelakon wanita popular 2008, 2009 dan 2010. Mungkin sekarang, Nora Danish akan menjadi pilihan produser-produser filem dan pengarah-pengarah filem. Ye laaaaaa, Nora Danish kan seksi? Gambar-gambar seksi Nora Danish ada saja dekat setiap majalah-majalah hiburan (gambar seksi Nora Danish). Tambahan, pengarah muda seperti Saifullah Gambit pasti takkan offer Lisa untuk menjadi model dalam mana-mana video klip, disebabkan, Lisa tidaklah lagi sesolid seperti dahulu yang memiliki dada yang mantap, bontot yang pejal serta wajah yang cun. Saifullah Gambit mesti nak bikin video klip yang ghairah-ghairah seperti yang dihebohkan oleh blogger-blogger satu Malaya, mesti la Saifullah Gambit nak artis-artis yang body solid.
"Kenapa dengan aku ni??? Alahaaaaaiiiii.... dada ku dah londeh, bontot dah penuh selulit..." bisik Lisa sambil tengok bontotnya yang penuh selulit di cermin. Kemudian, Lisa tepuk-tepuk bontotnya.
"Apa hal ko ni Lisa? Main tepuk-tepuk bontot plak... Selekeh betul perangai ko ni..." tiba-tiba Fiza, housemate Lisa juga seorang model terkenal menegur Lisa yang sedang asyik tepuk-tepuk bontotnya kat depan cermin.
"Entahlah Fiza. Aku rasa badan aku ni tak sedap je sekarang.Dekat rumah ok, tapi bila sampai kat lokasi filem je, badan aku sure rasa lemah." balas Lisa sambil menyarung semula seluar dalam kat depan cermin.
"Entah-entah kau kena buatan orang tak? Macam ni la, aku bawak ko jumpa dengan bomoh Mael nak tak? Dulu masa aku nak cucuk susuk, aku jumpa dia laaa.. Dia ni dahsyat!!!" balas Fiza.
Esok malam, Fiza dan Lisa ke rumah bomoh Mael. Hajat di hati nak berubat penyakit Lisa yang disangkakan dirinya kena buatan orang.
Lisa menjelaskan segala masalah yang dia hadapi kepada bomoh Mael. Penekenan masalah lebih ke arah selulit dekat bontot Lisa itu.
"Cuba tunjuk bontot kamu kat pakcik.." minta bomoh Mael kepada Lisa.
Tak banyak cakap, artis itu pun tayangkan bontotnya kepada bomoh Mael.
"Owwwwhhh yeaaaahhh...owwwww yeaaaahhh!!!! Yibbbbaaaa!!!! Angrabeeeee!!!!" cakap bomoh Mael sambil dia gelek-gelek bontot hepi. Mungkin dia seronok sangat sebab artis popular tu tayang bontot kat dia kot.
"Ini sah!!!! Memang sah!!!!!! Kamu kena buatan orang. Tengok bontot pun dah tau...." balas bomoh Mael.
Doa Buka Majlis, Alamak Sheikh, Tak Terror La...
Bayangkan korang ada mesyuarat luar pejabat bersama dengan staf-staf daripada jabatan-jabatan lain, dan korang plak satu-satunya staf mewakili Pejabat Agama... Korang pun pergi la ke mesyuarat tu dan tiba-tiba pengerusi mesyuarat tu cakap macam ni,
"Dipersilakan Encik Wan daripada Pejabat Agama untuk membaca pembuka doa untuk mesyuarat kita ni..."
Haaaaaaaaaaaa???? Alamakkkkkkkkkkkk!!! Mampossss... Aku keje je kat Pejabat Agama, tapi aku bukan ustaz laaaa.. Aku keje kewangan. HAAAAAA!!! Apa macam??
Takkan nak baca doa penerang hati kot? Miahahahahahhaaha!!! Ni la yang terjadi kat aku suatu ketika dahulu.
So, korang semua jangan jadi macam aku,
"Alamak tuan, saya tak pandai laaaaa... Suruh orang lain leeeee..."
"Aiiiiikk? Awak keje pejabat agama, takkan tak tau baca doa kot... HAHAHAHAHHA!!!" balas pengerusi mesyuarat dan disertai gelak ketawa dari jemaah mesyuarat yang hadir kat bilik mesyuarat tu.
Malu beb!!!
Hari ni aku nak ajar korang macam mana nak handle kalau korang berada dalam situasi ni,
Mula-mula, baca Al Fatihah.
Kemudian selitkan dengan selawat tafrijiyah.
Kemudian cakap je bahasa melayu,
"Ya Allah berkatilah mesyuarat ini, semoga kami di sini mencapai kata sepakat dan dapatlah kami sempurnakan segala yang dirancangkan. Amin"
Ha yang ni versi sempoiiiii...
Tapi kalau nak yang nampak kelihatan sebagai seorang yang boleh diyakini oleh orang ramai, baca lah doa dekat bawah ni.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم ، الحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ العَالَمِينَ ، حَمْدًا يُوَافِي نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيدَهُ ، يَا رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِي لِجَلاَلِكَ
وَجْهِكَ وَعَظِيمِ سُلْطَانِكَ . اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ .
اللّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ ، عَاجِلِهِ وآجِلِهِ ، مَا عَلِمْنَا مِنْهُ وَمَا لَمْ نَعْلَمْ ، وَنَعُوذُبِكَ مِنَ الشَّرِّ كُلِّهِ ، عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ ، مَا عَلِمْنَا مِنْهُ وَمَا لَمْ نَعْلَمْ ، وَنَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ ، وَنَعُوذُبِكَ مِنَ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ ، وَنَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ مَا سَأَلَكَ عَبْدُكَ وَرَسُولُكَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَنَسْتَعِيذُكَ مِمَّا اسْتَعَاذَكَ مِنْهُ عَبْدُكَ وَرَسُولُكَ مُحَمَّدٌ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَنَسْأَلُكَ مَا قَضَيْتَ لَنَا مِنْ أَمْرٍ ، أَنْ تَجْعَلَ عَاقِبَتَهُ رَشَدًا .
Dan apabila korang nak tamatkan sesebuah majlis,
Baca surah Al-Asr dan
Tasbih kifarah sebanyak 3 kali
Selamat belajar...
Bini Isteri Keempat Salih Yaakob
Perkenalkan, bini nombor 4 kepada pelakon, pelawak, penyanyi dan deejay radio Salih Yaakob iaitu Emi atau nama penuhnya Samihah Sheikh Ali. Emi ni baru je berumur 24 tahun dan sekarang ni tengah sambung Master dalam bidang perniagaan. Dahsyat tul Salih Yaakob ni yeeee... Boleh kahwin empat! Aku ni patutnya nak cecah umur seorang ayah patutnya, tapi usahkan anak bini, awek yang ada sekarang pun terkapai-kapai dengan aku.
Kalau nak diikutkan kronologi perkahwinan Salih Yaakob ni, sebenarnya Salih Yaakob ni dah berkahwin sebanyak lima kali. Mula-mula, perkahwinan pertama Salih Yaakob gagal disebabkan keluarga bekas isteri tak suka Salih Yaakob bermadu, maka Salih Yaakob pun cerailah isteri pertamanya. Jadilah isteri kedua Salih tu menjadi isteri pertama yakni isteri senior kepada isteri-isteri Salih Yaakob. So, no wonder la isteri pertama (isteri senior) Salih tu tak kisah nak dimadukan kot, sebabnya, dia pun pada asalnya adalah madu jugeeeee...
Aku selalu tertanya-tanya kenapa boleh ada lelaki yang kahwin empat ye? Sedangkan isteri-isteri boleh lahirkan anak, masih cantik... Haaaaa kenapa ye????? Kelima-lima isteri Salih Yaakob (termasuk bekas isteri) dikurniakan anak, takde langsung yang cacat.... Kenapa gamaknya, Salih Yaakob masih nak kahwin empat? Haaaa.... cuba jawab? Tekan Klik Ni untuk tahu nama-nama isteri dan anak-anak Salih Yaakob.
Aku bukan la nak cakap Salih Yaakob ni gatai tapi aku cuma nak tahu kenapa dia kahwin empat? Ikut sunnah ke? Antara alasan-alasan yang diguna pakai untuk kahwin lebih dari satu.
Lagi berita tentang SalihYaakob Kahwin 4:
Subscribe to:
Posts (Atom)

















