Lagu Baru Salma, Juara Mentor 5

Lagu ni dibuat oleh Taja Meet Uncle Hussain, dan lagu yang dinyanyikan oleh Juara Mentor 5 iaitu si Salma ini ialah Akulah Permata. Aku dengar lagu ni takde la best mana pun, aku suka lagi lagu Iqa Mentor ciptaan Edry tu. Tapi tak tahulah, telinga masing-masing. Jom sama-sama layan lagu daripada Juara Mentor 5, Salma yang bertajuk Aku Permata. Aku tak sure la nama tajuk lagu Salma ni, AkuLAH permata atau Aku Permata? Hmmm... Layannnnnnnnn....

Lirik lagu Aku Permata






Lagi Cerita Pasal Juara Mentor 5, Salma:
Video Salma Mentor 5 Final

Juara Mentor 5


Aku frust betul laaaaa bila Shiha tak dapat jadi juara mentor 5. Salma juga pilihan hati juri rupanya ye? Memang betullah Salma tu suara dia mantap, jarang-jarang nak dapat suara macam tu dekat Malaysia ni, tapi persoalannya ada ke komposer-komposer yang boleh cipta lagu yang sesuai dengan suara si Salma tu? Cuba jawab? Cewaaaaahhh.... macam profesional je aku kasi pendapat.

Iqa seperti yang telah ku jangkakan, dia akan berada kat tempat ketiga. Point aku, idea si Edry tu lebih menonjol berbanding dengan bakat Iqa tu. Apabila Edry yang banyak memberi idea, nampak sangat yang si Iqa ni lebih kepada menerima arahan. Peranan Iqa lebih kepada menyanyi dan melakukan gimik si Edry. So, penonton lebih nampak yang kesuksesan Iqa tu berpunca daripada gimik si Edry. Sayang leeeeee..... 

Shiha... Terus terang aku cakap, suara dia biasa tapi ada komersialnya... Dia pula pakej, reti menari (tak macam Iqa), muka cun, tak debab tak pendek, nampak gaya lembut, so memang itu la klass sebagai entertainer. Ngeh ngeh ngehhhhh.... Tapi rata-rata kalau tengok kat youtube persembahan dia, ramai yang mengutuk dia. Kata dia ni takde nilai komersial, muka berlagak, cepat merajuk dan bla bla bla.... Tapi aku rasa dia memang deserve tempat kedua pun berbanding dengan Iqa. Lepas ni konfem berduyun komposer-komposer nak offer lagu kat dia.

Salma, seperti sejarah program mentor yang lepas-lepas, pilihan penonton lebih kepada suara yang tinggi kecuali zaman kemenangan Mohd. Tak dinafikan Salma tu suara dia memang power, tapi tapi tapi...... ada tak komposer yang boleh cipta lagu-lagu sedap untuk suara macam dia tu? Silap-silap, Salma terpaksa akur dengan lagu-lagu bodoh ciptaan komposer yang buat lagu ntah apa-apa untuk lagu dia yang akan datang. Contoh terbaik macam penyanyi Tom juara Mystarz LG tu, suara sedap, tapi lagu dia, hadoiiiihhhhh FRUST!!!!! Hahahahahahhahaha!!!! Celupar gila...

Dalam pemilihan juri, aku rasa juri buat pilihan tepat untuk juara program mentor, tapi salah dari segi pilihan tepat untuk contribute kat industri. Bagi aku, kalau nak pilih siapa juara untuk diketengahkan dalam industri muzik, aku rasa Iqa and Edry lah juaranya. Sebabnya, diorang all out habis-habisan. Ada IDEA!!! Shiha plak ada pakejnya... Tapi Salma, vokal semata-mata. 

Input kemudian diproses akan jadi output.

Kalau input bagus, tapi proses nya out, output tetap besi buruk gak....

Kalau input tak bagus, tapi proses nya terbaik, output konfem ada nilai.

Kalau nak berhibur, biarlah semuanya berhibur. Telinga berhibur, mata pun berhibur, otak pun jadi segar. Baru la totally entertainment.

Aku yang kecewa, Botaq.

Rizal Pun Ada Cita-cita

Rizal bukannya cacat, dia sempurna tapi dia tak boleh ke mana-mana.
Dia tak boleh ke mana-mana sebab restu dari mak ayahnya tak pernah ada.
Bila Rizal nak buat tu, mak ayah tak kasi, bila Rizal nak buat ni, mak ayah tak kasi.
Rizal anak manja mak ayahnya, tapi pada Rizal, mak ayahnya ialah warden penjara.

Mak ayah patutnya mengawal bukannya menghalang.
Kalau betul manjakan Rizal, iringlah Rizal bukannya larang terus...

Rizal ada cita-cita, tapi mak ayahnya halang Rizal dari cita-cita.
Kata mak ayahnya, cita-cita Rizal terlalu tinggi.
Rizal korbankan cita-cita dia...

Rizal minat muzik.
Macam biasa, takde restu, lingkup juga.

Rizal ada awek sekejap masa belajar dulu, tapi pesan ayah jangan gatai...
Takde restu, lingkup jugak. Kawan-kawan Rizal semua dah kahwin, ada anak.

Dulu Rizal, nak jaga badan, pergi gym, tapi mak nya kata bazir duit je peri gym.
Sekarang Rizal dah debab, terhegeh-hegeh maknya suruh Rizal bersenam.

Rizal nak kerja company, tapi mak ayahnya suruh keje gomen.
Rizal sanggup kerja gomen gaji rendah lagi.

Rizal bukan nak disayangi macam kanak-kanak. Minta tu, minta ni...
Rizal tak nak manja-manja.... Melampau sangat rasanya... Rizal dah dewasa...

Rizal bengang dengan mak ayah.
Sebab semua benda dia buat ada je yang tak kena, tak pernah dapat restu.
Bila bengang kat mak ayah, Allah bengang plak kat Rizal. Hidup Rizal tak berkat.

Sekarang Rizal adalah seorang pekerja gomen gaji rendah yang masih single, muka tak hensem, debab, ada penyakit dan tidak ada isteri malah awek pun tak nak kat dia.Rizal totally loser................  Terima kasih mak ayah!!!
Rizal cuma nak restu je........ Rizal nak kepercayaan dari mak ayah.Tu jeeeeee......
Rizal tak happy......
Serius he's not happy....

"JOM  HISAP DADAH!!!!!!!" bisik setan.


p/s : kalau korang jadi mak bapak, korang fikir-fikirkan laaaa.... jangan asyik fikir pengorbanan korang je. anak-anak pun berkorban gak.

Beruang Yang Putus Cinta

Ingat manusia je ke boleh patah hati bila clash dengan awek??? Beruang pun sama macam kita gak. Haaaa... beruang ni lagi dahsyat, dia terus cabut lari sampai ke Russia bila dapat tau, Lisa Surihani sedang hangat bercinta dengan Yusry KRU.


Watch Filem Kongsi Online


Kongsi gelap gabungan orang belah utara dengan pantai timur... Memang takleh blah slang-slang kat dialog cerita ni. Cerita ni lawak tapi aku rasa cerita dia tak best la... Tambah-tambah time ending dia. Tapi kalau setakat nak layan hari-hari cuti ni, layankan je laaaa... Konfem bley gelak punya...

Watch Filem Karak Online


Susah mau cakap la pasal movie ni. Nak kata best, tak...,  Nak kata tak best, Shera Aiyob berlakon plak.... Haiiiiiihhhhhh... Ahhhh senang cerita korang tengok la sendiri movie ni. Aku rasa aku macam familiar je dengan hantu dalam filem ni. Dekat mana pernah jumpa yeeeee???? Haaaaaaaaaa!!!! Kat cover album Iron Maiden.... Yaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!! Tidak syak lagi. Hantu dalam filem ni adalah juga model kepada cover-cover album band rock Iron Maiden. Fuhhhhhhhhhh!! International tu................. Jom layannnnnnnnnnnn...



Ini Sangat Cool


27 MEI 2011
Kerajaan tak jadi naikkan harga  petrol RON95... Yahooooooooooooo!!!!!


Kerajaan luluskan kenaikan harga bil elektrik..... Boooooooooooooooooooo!!!!!!!


Perempuan Zalim Tak Berotak, Perangai Macam Joe Jambul Betul!!!!!!

Ni adalah gambar kebanggaan kepada seorang awek dari negara China. Awek ni cukup berbangga dia menyeksa 2 ekor anak ayam (atau mungkin anak itik) sampai anak-anak ayam tu mati. Gambar-gambar penyeksaan anak-anak ayam yang mana si awek ni menggunakan kaki untuk membunuh anak-anak ayam tersebut dan kemudiannya gambar tersebut telah diuploadkan dalam internet. Siap tunjuk muka dia lagi. Mungkin awek ni stress dekat bekas boyfen dia kot. Dulu, masa bercinta, boyfren dia kasi 2 ekor anak ayam sebagai simbolik cinta diorang. Tapi bila dah putus, haaaaaaaa!!! Anak ayam yang jadi mangsa.

Justin Bieber 30 Tahun Akan Datang

Asyik-asyik Justin Bieber jeeee dalam blog aku ni.... Yaaa!!! Aku kan peminat fanatik Justin Bieber. Ok jom kita guna auto software kita kaji macam mana rupa Justin Bieber 30 tahun akan datang???  KLIK SINI...


Ko Pakai Spender Ke Tak??? Errrrrrrrrrrrr...... Tak....

Mungkin ini dialog yang berlaku di antara Paris Hilton dengan Britney Spears.

"Ko pakai spender ke tak???" tanya Paris Hilton.

"Errrrrrr.... tak.... hehehehehehehe..." balas Britney.

"Haaaa... jangan nak ngade-ngade kangkang bila keluar kereta tu kang... Paparazi banyak kat luar tu!!!" kata Paris.

Britney Spears, kalau korang tak tau, sejak dia clash dengan Justin Timbelake, otak dia mereng sikit. Selain daripada cukur kepala botak, dia gak amalkan kehidupan tidak memakai underwear di mana jua dia berada... And also, dia juga percaya pada teori manusia boleh terbang menggunakan bulu ketiak.


Ada Alien Datang Kat Indonesia

Lagi Crop Circle ditemui tapi kali ni kat Kota Delta Mas, Cikarang, Jawa Barat, Indonesia. Kejadian berlaku bulan Mei 2011. Kalau pasal Crop Circle ni, orang mesti cakap ni perbuatan Alien, kononnya tu simbol untuk Alien menyerang sesuatu tempat. Hisssshhhh... 

Lagi teori pasal Crop Circle. Ada orang cakap crop circle ni adalah perbuatan jin (khadam) yang marah kepada pemilik tanah kerana tak beri jin tu makan. Jadi jin-jin yang selama ni menjaga tanaman padi, jagung atau gandum diorang ni marah, lalu rosakkan tanaman diorang. Jin-jin ni buat satu simbol bulat-bulat sebagai tanda ni adalah perbuatan jin-jin dan bukannya makhluk perosak macam tikus, gajah, ataupun kambing yang kelaparan lalu memakan padi.... Eh, kambing makan padi??? Hentammmmm sajalah labuuuuu..... Tapi dekat negara-negara barat tu ada ke orang bela jin? Ada!!!!!! Dekat negara barat terutama di kawasan tanamam gandum, pada awal 1970an, pengusaha-pengusaha tanaman gandum ni mengamalkan spritual bagi menyeru makhluk-makhluk halus bagi menggalakkan lagi tanaman gandum mereka agar gandum serta menghasilkan gandum yang berkualiti. Masa berlalu, lalu amalan spritual ni tak lagi dibuat pada masa sekarang, maka jin-jin marah lalu rosakkan tanaman gandum diorang dengan buat satu Crop Circle.

Teori lain pulak pasal Crop Circle ialah ni adalah perbuatan daripada jangkitan kuman yang menyerang tanaman yang berkonsepkan ruji. Means, tanaman seperti jagung, gandum or padi. Kuman-kuman ini bergerak melalui terusan air dan tanah-tanah yang basah dan menyerang tanaman-tanaman ini dan membentuk satu corak. Masa kita belajar sains dulu, zarah-zarah bergerak secara rawak kan? Tapi walaupun zarah-zarah ni bergerak secara rawak, akhirnya mereka akan membentuk atom dan molekul. Ehhh, ye ker??? Aku rasa laaa.. Sebab tu corak crop circle ni berbentuk seperti molekul. Aku rasa laaaa...........

Lagi teori pasal Crop Circle ni ialah, ni adalah simbol Alien datang ke bumi. Disebabkan harga gandum, padi serta jagung amat mahal di planet mereka, mereka telah mencuri tanaman-tanaman di bumi ini. Simbol bulat-bulat or dipanggil Crop Circle ni bermaksud "LUBOK" bagi bahasa mereka..  Jadi, kalau next time diorang datang nak curi tanaman, diorang tengok je mana sign dari atas ada tertulis LUBOK.... Ngeh ngeh ngehhhhh!!!!


Pesta Ganja Besar-besaran Di Toronto

BandarToronto ni memang pelik laa.. Hari tu aku citer pasal pesta Pakaian Kondom dekat Toronto, kali ni, aku kisahkan pasal Pesta Ganja Besar-besaran Di Toronto yang baru jeeeeee dibuat Mac lepas. Bertemakan slogan "BEBASKAN DIRIMU", pesta ni bukan takat pesta ganja je, pesta ni termasuk buat seks, muzik dan hiburan sepenuhnya. Pesta ni bukan saja menarik pengunjung dari luar negara malah mat-mat gian yang datang dari 263 bandar besar kat dunia ni, antaranya New York, London dan Paris. Bapakkkkk!!!!!!!!

Kalau pengunjung yang datang menyaksikan pesta ni bukan dari golongan mat gian, aku rasa dah lama dah pengunjung tu mati kot. Bayangkan laaa, sepanjang perhimpunan pesta tu, asap-asap ganja terawang-awang kat langit, nak nafas gerenti susah. Bodoh punya olang!!!



Watch Aku Tak Bodoh Online


Cerita ni banyak pengajaran dia. Tapi ada orang cakap, filem ni tiru I'm Not Stupid, filem Singapore tu. Aku tak pernah pun tengok cerita tu. Tapi bila aku tengok cerita Aku Tak Bodoh ni, aku sedar yang sijil bukan segalanya untuk berjaya. Cewaaaaaaaahhhh... Poyo jeeeee...  Jom layan...

Maki Jom!!!


 Aku rasa dekat Malaysia ni tak payah la ada syarikat Telco tempatan. Apa kita import je dari luar negara, dah konfem-konfem terbaik punya. Syarikat telco kat Malaysia ni, pergi je la meniaga lain, jual karipap ke, kedai jeans bundle ke instead of menipu duit rakyat dengan tulis macam ni, 

"You have exceeded ur bandwidth limit, please reload or we will potong your line... Bayar tau!!! Tata!! Titi!!! Tutu!!!!"


Padahal, last 5 days aku dah bayar bil tu!!!!!! Lepas tu ko potong bulat-bulat line aku yeee!!


Lagi satu pasal syarikat Telco kat Malaysia, pekerja customer service hot line diorang tu, fungsinya bukan untuk menyelesaikan masalah pengguna-pengguna tapi mereka lebih dibayar gaji untuk dimaki hamun. Yaaaaaa mereka dibayar gaji riban-riban hanya untuk mendengar maki hamun dariapada pengguna-pengguna yang kecewa dengan servis syarikat telco tu... Eleeeeee... Keje senang jeeeee... 

Kan ke best kalau ada customer service diorang yang menyediakan perkhidmatan untuk pengguna-pengguna ni melepaskan geram dengan bagi penumbuk atau penerajang?  




Bontot Ku Dicubit Mafia


Aku ada habit yang sangat buruk dengan awek aku. Mungkin jantan-jantan lain suka raba awek dia or suka peluk-peluk awek dia. Tapi, aku tak berperangai sedemikian. Aku lebih hebat dari itu. Aku suka kentut dekat awek aku... Yaaaaaaaa!!! Kentut kat awek aku, awek aku yang bernama Wani!!! Tak kisah la di mana-mana sahaja atau apa situasi sekali pun, aku cukup suka kentut kat awek aku si Wani ni.... Bagi aku, ni adalah satu perkara yang sangat romantik untuk aku bermanja-manjaan dengan awek aku.

Pernah sekali tu, aku kentut betul-betul kat muka dia. Masa tu, dia tengah duduk bersila makan nasi bungkus kat tepi sungai, alaaaa duduk kat atas batu sungai yang besar. Masa tu, aku pula kat sebelah dia, aku minta dia hulurkan sudu yang jaraknya satu meter kat depan dia... Tapi dia bley cakap macam ni,

"Alaaaa... u ambillah sendiri, I nak makan..."

Aku panas... Hati aku membara... Degil benar awek aku ni.. Lalu, aku bingkas bangun yang ketika itu aku berada betul-betul kat sebelah dia. Tiba-tiba aku terasa nak kentut, lalu aku cakap kat Wani,

"Ehhhh, tengok belakang u tu, ada couple tengah beromen laaaaaa...."
"Mana-mana????!!!!" lalu dia toleh ke belakang. Elok je dia nak toleh  ke depan balik,

Prottttttttttttttttttttttttttttttttttt!!!!!!

Nah kau sedassssss Wani!!!! Cantik punya aim aku talakan bontot aku kat betul-betul kat muka dia.... Muahahahahahahhaa!!! Padan muka kauuuuuuuuuuuu!!!!!!

Lepas tu, Wani buat muka capati.... Giler... aku rasa capati lagi cun dari dia  bila dia buat muka time tu.. Bengang la tu ek??? Haaaa, tu la derhaka lagi dengan balak kau!!! Nasib ko tak koma...

Kadang-kadang kalau aku jalan-jalan dengan dia kat shopping kompleks melayan karenah dia yang suka shopping bukan-bukan tu, aku naik fed up. Bila aku fed up, aku terasa nak kentut. Ada satu kali tu, time tu, kitorang kat kaunter pembayaran, aku tengah fed up beratur panjang, Wani plak kat sebelah aku. Aku pegang tangan dia. Konon-konon romantik laaaa berpegang tangan. Tapi, dia silap, itu sebenarnya persiapan untuk aku hulurkan tangan dia ke bontot aku lalu PROOOOOOOOOOOTTTT!!!! Owwwww yeaaaahhh!!! Kau kena lagi sekali Wani!!!! Yahoooooooooooo!!!!!!!! Aku hebat!!!!

Tapi Wani memang best, biarlah aku buli dia macam mana sekalipun, dia tetap sayang kat aku. Tak kisah la bunyi kentut tu kuat ke, busuk macam taik ke, atau pun kadang-kadang tercirit kat tangan dia ke, dia tetap setia dengan aku.... Haaa!!! Tengokkkk!!! Hebat tak aku.... Miahahahahahahha!!!!

Hari ni, aku jalan-jalan dengan Wani kat The Store. Dia nak beli seluar jeans. Layankan je laaaa. Janji dia tak pau duit aku sudeyhhh.. Round punya round dekat The Store tu, tibe-tibe aku teringat,
"Hari ni tak buli dia lagi!!!!!! Haaaaaa... siap la ko Wani..."

Aku plan nak kentut kuat-kuat kat kaunter pembayaran nanti. Nak grab tangan dia, tala kat bontot then press kentut kuat-kuat... Biar dia maluuuuuuuuuu... Biar cashier tu tengok betapa hebatnya balak Wani tu.

Elok je sampai kat kaunter pembayaran, ramai yang beratur nak bayar. Aku cuba control angin-angin yang ada dalam perutku... FOKUSSS!!! FOKUSSSS!!!! Agak-agak dah penuh angin kat perut ni, aku nak kentut kuat-kuat... Biar semua orang tengok cinta kami!!! Tiba giliran kami nak bayar... Wani kat belakang aku. Hehehehehehehhehehe...... Aku grab tangan dia, dan PROOOOOOOOOOOOTTTT!!!!! Yeaaaahhhh, bunyinya sungguh kuat... Tiba-tiba,

"HOOOOIIIIII!!!! BODO PUNYA OLANGGG..."

Aku toleh belakang, aiseyyyyyy...... tangan amoi mana plak aku pegang ni.... Rupanya salah tangan daaaaa!!!!

Aku lepaskan tangan amoi tu... Amoi tu pergi kat husband dia yang berpakaian singlet... Tangan dan lengan dia ada tattoooooo...... 

"Apa pasai u pegang tangan wife I haaaaa??????? Sudah laaa u pegang tangan dia, u kentut pulakkkkk!!! Bodooooo punya olanggggggggg!!!!!" cakap laki cina tu...

Aaaaaaaaaaahhhh sudahhhhhhhhhh....

"Sori sori..... Saya tersalah tangan, saya mau pegang tangan dia, " sambil aku menunding kat Wani...

Korang nak tau, Wani buat apa??? Dia cakap macam ni,

"Saya tak kenal dia............." lalu dia blah lepas settle bayar kat cashier.

Tinggal aku terpinga-pinga.....

Guess what happen after dat?????

On the way aku nak balik hantar Wani ke rumah dia, Wani tak habis-habis gelak macam orang gila.... Ooooooooooooooooooooo!!!!!!! Kuang ajaq!!!!! Takpe-takpe... Hari ni hari kau... Esok-esok siap la ko!!!

Selesai hantar Wani ke rumah, aku balik rumah, aku tanggal seluar, tengok bontot aku kat cermin... Biru beb biruuuuuuuuuu!!!!! Biru gara-gara lebam, laki cina tu cubit bontot aku..... 

Ni dah masuk 8 jam, kesan lebam cubitan laki cina tu masih cun melakat kat bontot aku... Nak duduk pun payahhhh... Haiiiiiiiiiiiiiiihhhhhhhhhhhhhhhhhh.....

Juvana Episod 3

Aiseymannnnn.... hari tu aku tak dapat tengok Juvana episod 3 sangat. Dapat tengok sekerat je... So, kalau siapa-siapa yang termiss tengok Juvana espisod 3, dan malas nak tengok dekat tonton.com.my tu, haaa ni pilihan alternatif kedua korang... Tengok kat sini je... Ngeh ngeh ngeh.....
p/s : Tunggu episod 4...

PART 1



PART 2



PART 3

Sambutan Harijadi Yang Paling Takkan Dilupakan

Mak!!!!!!! Abang Spender Datang!!!!

Aku ni tak biasa mencuci baju. Memang malas sangat. Biasanya aku hantar baju-baju pergi ke dobi je. 
 
Hari Khamis lepas aku pergi ke kedai dobi tempat yang biasa aku pergi. Kedai dobi tu owner dia adik beradik perempuan. Sorang dah kawin, sorang lagi belum kahwin. Yang belum kahwin tu, bapakkkkkkkkkkkkkkkkkk, cun tak hingatttt... Selalu bila aku sampai je kat dobi tu, yang tolong timbangkan berat2 baju tu, si awek cun tu laaaa... Kalau dah siap je baju, dia akan sms kat aku,
"Abang Wan, baju dah siap..."
 
ABANG tuuuuuuuuuu!!! Dia panggil aku abang!!! Ngeh ngeh ngehhhh!!! 
Truuuutttt...truuuuttttt.... *Bunyi call*
 
"Helooooo" aku jawab.
"Heloooooo.... ni abang Wan ke. Ni dari kedai dobi Narina (bukan nama sebenar), nak bagitahu yang baju abang dah siap..." balas awek dobi tu...
 
"Ok, petang nanti lepas habis kerja, saya pick"
Habis je kerja hari Jumaat tu, aku terus shoot pergi ke kedai dobi tu...
 
Aku pergi ke kaunter dobi... Tapi awek cun tu takde, ada seorang budak laki under age yang ada kat kaunter... Aku pun cakap kat budak tu yg aku nak amek baju. Budak tu minta resit, tapi aku cakap aku tak bawak... Alaaaaaa, klien tetap, takkan tak kenal kot..

"Makkk... ada orang nak amek baju..."

"Nombor apa?" tanya mak budak tu A.K.A kakak kepada awek cun tu. 

"Abang ni tak bawa resit" jawab budak kecik tu.

"Nama apa???!!!"

"Dia cakap nama dia Wan, alaaaaaaaaaaaaaaa!!!! Abang spender tuuuuuu!!!" jawab budak tu.

ABANG SPENDER???????!!!!!! HAAAAAA!!! ABANG SPENDER???

KENAPA BUDAK TU PANGGIL AKU ABANG SPENDER?

"Shilaaaaaaaaaaaa!!!!!!!! Tolong sat kat kaunter tu, ada orang nak amek baju!!! Resit takde.." jerit mak budak kecik tu...

"Siapa???!!!!" suara orang dari belakang kedai...

"ABANG SPENDER!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Kenapa abang spender???????????? Arrrrrrrrrrgggghhhh tekanan!!!!!!! 

Lepas tu, awek cun datang ke kaunter, aku bayar, amik baju dan terus blah...

Masa aku drive dari kedai dobi ke rumah, aku tertanya-tanya, kenapa diorang panggil aku abang spender???

Sampai ke rumah, aku bukak bungkusan baju yang dibasuh tu... Aku belek satu-satu kot-kot ada yang terkurang baju... Belek punya belek, baru aku tau kenapa dia panggil aku ABANG SPENDER...

Camne laaaa aku boleh terhantar sekali dengan seluar dalam-seluar dalam aku ke kedai dobi tu... Haiiiiiiiiiiiiiiiissssshhh.......... Malu siotttttt...... Rasa macam nak terjun longkang jeeeee....Lagi bertambah malu, bila aku tengok spender-spender aku tu, ada lobang lobang terkoyak kat spender tu... Boleh dikatakan 5 helai spender aku dalam bungkusan tu semua dah ada lobang air cond............. MAKKKKKKKKKK!!!!!! MALU SIOOOOOOOOOOTTTTT!!!!!
 
Truuutttt...truuutttt    *Bunyi sms hp aku*
"Abang Wan sori laaaa, kakak saya dengan anak buah saya tu memang celupar sikit mulut dia" sms dari awek cun kat kedai dobi tu...

Hmmmmm yeeee laaaa tu... Ko pun sama!!!

Aku reply,

"Lepas ni boleh  la bubuh nama ABANG SPENDER kat resit saya kalau saya hantar baju kat sana lagi yeeee... CISSS KAU!!!" 

"Hahahahahahaha!!! Ampun bosss!!!" dia reply.

What happen next??? To be continued...

Watch Filem Cun Online

Filem Cun ni aku tak tengok lagi. Tapi biarlah aku share dulu movie link ni dengan korang. Ramai je budak-budak laki kata filem ni best. Budak-budak perempuan plak kata movie ni biasa-biasa je. Jadi, korang nilaikan sendiri movie ni. Jom layan...



Cerita Pasal Mentor 5, Ni entry Berat Sebelah

Rasanya kalau siapa-siapa yang tengok mentor 5, pasti dah tau siapa yang dah mara ke semi final kan? Iqa, Ratna, Salma dan bakal bini aku SHIHA.... oh Shiha my lalinkkkkk... Rasa-rasa korang la, siapa la gamaknya akan mara ke final mentor 5 nanti ek? 

Aku pelik la dengan voters ni.. Aku perhatikan, dalam program mentor ni, sejarah pemenang dia ataupun feveret protege di kalangan voters mesti mempunyai suara yang tinggi. Kenapa ek? Adakah memiliki suara yang tinggi adalah ciri-ciri yang mesti dimiliki oleh seseorang entertainer? Huhuhuhuhuhu... Jawapan aku, errrr... Aku tak suka suara Black Mentor. Serius aku tak suka... Nyaring tak hingat.. Aku lebih suka suara-suara romantik macam Aizat, Andy Flop Poppy, Ariel Peterpan yang boleh buat aku terguling-guling di atas lantai sebab layan habissss... Haaaa, jangan ingat aku gay yee.. 

Sejak dari 1st episod mentor 5, aku dah perasan, Salma adalah feveret di kalangan penonton mentor. Suara Salma yang ada ciri-ciri macam Ziana Zain, Agnes Monica (kata orang la) ni memang banyak diceritakan kat blog-blog. Tengok je komen-komen kat youtube tentang nyanyian Salma, semua memuji. Termasuk la aku... Aku pun mula-mula impress dengan suara Salma ni. Tapi lama-lama aku rasa, Salma ni takde la best mana pun. Dia nyanyi best time dia tarik suara je. Bila dah selalu dengar, baru aku perasan yang suara Salma ni macam suara penyanyi Nadia, rocker perempuan sekitar tahun 90an dulu. Muahahahahahha!!! Ni pendapat aku laa. Ramli MS ada cakap yang Salma ni ada masalah dengan low note vocal plus dia punya diction pun terlalu Sabah... Hmmmm, betul laaaa tu!!! Aku pun perasan dia ada masalah dengan low note punya lagu. Tengok minggu lepas punya performance, bila dia nyanyi lagu rendah, macam ada yang tak kena je, so I think, dia ni takde la best mana pun... So... kurangkan sms vote anda..  Pi vote awek aku, Shiha tu... Yeah yeahh!!

Cerita pasal Iqa plak protege kepada Edry. Minah ni suara dia garau tapi seksi laaaa... Stim aku dengar suara dia. Aku rasa dia ni sepatutnya dalam group A bersama dengan Shiha dengan Ratna baru la dia ada peluang nak kasi competition. Ni, disebabkan dia dalam group B bersama Salma, dah sah-sah la dia takde peluang nak kasi saingan. Voters lain tak habis-habis buka mata kat Salma je... Cuba kalau dia dalam kumpulan A, aku rasa kalau dia perform time lagu Sudirman  dengan lagu rock tu, konfem boleh kasi lauk la sama itu Shiha and Ratna. Satu lagi yang aku perasan tentang Iqa ni, dia ni tak banyak menari. Aku rasa dia ni memang tak terror menari kot. Ataupun dia cepat pancit...?? Kalau dia menari pun time-time nyanyi lagu bersama protege-protege lain je. Jadi, patut tak vote orang tak terror menari ni? Cadangan aku, vote!!!! Suara dia seksi bai... Industri muzik Malaysia perlukan suara seksi wanita... Vote!! Tapi jangan lupa tinggal undian korang untuk Shiha jugak ye...

Ratna... Hmmm... Kesilapan besar dia dalam Mentor 5 ni ialah 2 minggu pertama performance dia, dia nyanyi lagu-lagu klasik yang ala-ala blues jazz ataupun lagu moden pop yang diklasikkan. Macam Ramli MS cakap masa mula-mula episod dulu, dia tekankan kepada melodi lagu. Bila lagu oldies dinafas barukan or vice versa, the originaliti konfem takde. So, situ dah spoil.... Plus, bila dah tak original, susah wooo nak create feel. Kalau tak percaya, cuba korang nyanyi lagu Satu Hari Di Hari Raya versi punk, konfem feel raya tu takde... Tapi tarian Ratna memang gempak!! Dia punya showmanship pun takde nampak teragak-agak. Tapi kalau mengharapkan pada showmanship je, takde guna gak. Yang penting vokal. Kalau tak dapat kawal suara time menari, parah la. Ramai yang puji Ratna sebab ada peningkatan. Tapi aku rasa la, peningkatan memang patut kena ada pada setiap individu. Mana ada manusia yang akan stay pada satu tempat je kan? Patut ke vote Ratna ni? Errrrrrrrrr...vote je la kalau ada kredit lebey... Ngehh ngehhhh ngehhhh..

Lastly Shiha... Oh my lalink.... Protege macam ni la yang patut korang vote habis-habisan. Sebab apa? Sebab muka dia cun, she reminds me of Siti Nurhaliza yang lembut gaya dia. Lagi satu, suara dia memang sesuai dengan lagu Irama Malaysia and lagu pop-pop Melayu. Korang tak rindu ke nak dengar lagu-lagu masa zaman Siti Nurhaliza, Nora, Khadijah Ibrahim.. Fuhhh best woooo.. Sekarang penyanyi wanita nak style macam Yuna, Stacy, Zee Avi, Atilia... Nak yang ada pelat english gak... Nyampah I... Nyanyi betul-betul tak bley ke? Ana Raffali yang ada ciri pop melayu pun masih ada slang english dia... Haiiihhh, gua miss pop melayu laaaaa... Tak larat nak dengar lagu-lagu yang sooooo the Brit... Selain dari tu, Shiha gak terror menari, lembuuuuuuuuuuttt je dia menari.. Auuwwww... So, if guys think the industry need next Siti, then vote la Shiha... ngehhh ngehhhh ngeeeehhhh...

Pada pendapat aku la,  yang akan ke final nanti maybe Shiha and Salma. Kalau ada 3 competitors untuk final tu, aku pilih Iqa.

Kalau dah dari kecik, memang kita didodoi dengan lagu-lagu yang biasa kita dengar, tak mungkin kita akan lupa irama tu dalam diri kita. Kita memang akan suka pada suatu yang baru tapi aku rasa yang baru usually tak kekal lama. Muzik baru hanya untuk refresh telinga je... Esok-esok, pasti akan kembali kepada lagu Eddie Hamid juaaaa.... Miahahahahahahahha!!!

Gambar Misteri Seorang Budak Lelaki

Cuba korang tengok gambar budak ni... Semua orang sedang berkerumun menyaksikan aksi budak ni... Kenapa polis-polis takut nak mendekati budak tu??? Aku pelik leeee...

Tetek Yang Terbesar Di Dunia


Rekod tetek terbesar ni adalah milik Norma Stitz. Sejak dari 1999 hinggalah sekarang, tiada siapa yang boleh challenge dengan Norma Stitz yang memiliki tetek yang original (tarak bikin punya, tarak silikon) sebesar buah nangka. Bayangkan tetek pun dah sebesar nangka, gimana putingnya plak? Wakakakakakakaka!!!

Hmmm... ni kalau lembu tengok, lembu pun konfem terasa tercabar tengok tetek beliau besar lagi daripada cik lembu. Kesian minah ni, terpaksa pikul beban kat dada dia. Cuba korang try letak buah nangka 2 bijik kat dada korang, tak ke sakit belakang? Silap-silap masa nak baring, mesti terasa sesak nafas. Tu belum lagi, mata-mata awam yang memerhatikan si Norma Stitz bila berjalan-jalan kat mana-mana. Sure ada yang menjeling lain macam. 

Khas Buat Wanita, Kenali Jenis-jenis Tetek Lelaki


Aku dalam kategori mana ek???? Aku rasa aku jenis old man droopers kotttt... Hmmmm seksi siotttttt.. Jenis dada yang menjadi kegilaan wanita India Selatan... 

Watch Hikayat Merong Mahawangsa Online


Best betoiiiii bila filem Malaysia boleh buat filem epik bertaraf international ni... Congrate kaw-kaw kepada KRU studio sebab hasilkan filem ni... Tapi kalau nk dibandingkan Magika dengan Merong Mahawangsa, aku suka lagi filem Magika sebab filem-filem epik ni bukan taste aku kot... Korang bayangkan la dulu masa filem Puteri Gunung Ledang yang lepas, disebabkan epik dan bahasa sastera berbunga yang terlalu melampau, aku hanya mampu 1/2 jam je berjaga dalam pawagam, selebihnya aku tidur dalam panggung tu... Ok, bagi siapa-siapa nak tengok movie Merong Mahawangsa secara online, klik je link kat bawah ni... Baik tengok cepat sebelum youtube block filem ni...

Lembu Panjat Pokok

Dulu aku pernah tanya kat cikgu aku,

"Cikgu oh cikgu, lembu boleh panjat pokok tak??? Dia nak makan buah rambutan..."

"Ishhh... lembu mana boleh panjat pokok... Dia badan berat," balas cikgu aku.

Ternyata cikgu aku tipu aku kaw-kaw.... Ni buktinya.. Ni gambar aku ambil kat Tanjung Rambutan... Nak kata lembu ni lembu gila.... errrrr... mungkin kot...  



Haaa!!! Cikgu tengok laaa... Cikgu tipu saya... Lembu boleh panjat pokok, tapi takleh turun...

Watch Maharaja Lawak Minggu Ke 6 Online


Minggu ni takde siapa yang tersingkir... Dan seperti biasa, Amir terselamat... Yahoooooo!!!!! Aku tau korang semua minat dengan Amir!!! Especially yang gadis-gadis hot tu... Amir kan kacak??? Badan tough!!! Muka macam Brad Pitt... Haiiiihhh!!!!! 
 
BALAS


JOZAN



AMIR (GO!!! AMIR!!! GOO!!!!)


Dapat Pampasan Insurans Kalau Korang Terpijak Tahi

Best betul berita ni!!! Dekat Jepun, terdapat syarikat-syarikat insuran yang menyediakan skim insuran pijak taik kepada pelanggan-pelanggan mereka. Tak kisah la apa jenis taik pun yang korang pijak, taik kucing ke, lembu ke, anjing ke mahupun tahi cicak sekalipun, pelanggan syarikan insuran ini layak untuk dapat coverage!!! Syaratnya, tahi yang korang pijak tu mestilah seluas 5 cm lebar x 5cm panjang. 

Seandainya korang melanggan skim insuran ini, dan korang terpijak taik (bermakna bukan sengaja pijak taik), dan taik tu seluas 5cm x 5cm, korang ada chance dapat kasut baru sebijik... Kalau la korang pakai kasut Adidas Original, diorang ganti dengan kasut Adidas Original gak ataupun bayaran tunai sama nilai dengna harga korang beli. 

Ok, rakyat Jepun sekarang tak perlu risau... Pijak laaa taik merata-rata!!!

P/S: dalam youtube ni, dia cakap insurans ni belum wujud lagi selagi tak cukup permintaan... tapi sekarang, Jepun memang telah ada dah insuran taik ni...

Budak Ni Tak Tau Apa-apa

Kesian budak ni. Nampak sangat innocent... Mak ayah haruslah mengajar anak-anak tentang waktu sesuai untuk membuat sesuatu perkara. Peace...



Edisi Lawak, Taklimat Oh Taklimat!!!!!

Hari sabtu haritu aku jadi urusetia untuk taklimat tentang cara-cara pengurusan kewangan di sebuah kolej. Nama kolej, takyah la aku sebut. Taklimat selama 8 jam yang totally diceramah oleh penceramah yang tak reti buat lawak, tone flat, serta syok sendiri ni  konfem akan buat pelajar-pelajar kolej ni tak senang duduk. Aku boleh tengok satu persatu muka pelajar tu dan aku boleh baca pemikiran depa,

"Bila nak habis ni...?" student A bisik dalam hati.

"Ko buat lawak, ko gelak sendiri.... Bongok!!!" student B plak bisik dalam hati.

Finally, at 6 pm, tamatlah sudah ceramah yang dikendalikan oleh rakan senior tempat kerja aku tu yang sememangnya tak prepare apa-apa langsung untuk ceramah tu. Tapi sebelum nak balik, setiap pelajar yang hadir dalam taklimat tu, mesti isi satu borang maklum balas (atau feedback form) untuk tingkatkan prestasi kami sebagai kakitangan kerajaan ni... Daripada 60 orang students yang datang hadir ke taklimat tu, kami cuma dapat 48 feedback form. Selebihnya, entah hilang ke mana.

Selasa tadi, balik ofis... Terus kami kumpulkan feedback form tadi untuk kami buat laporan tentang taklimat yang kami beri kat kolej  hari sabtu sudah..

Antara soalan yang dalam feedback tu ialah,

"Bagaimana perasaan anda tentang taklimat ini?" 

Selalunya feedback form kasi ranking answer... Contoh:

1)Berguna
2)Memuaskan
3)Tidak Berguna 

Tapi dalam feedback form ni, pelajar-pelajar dikehendaki menulis pendapat mereka instead of ranking the answers.

Jadi, aku baca la satu-satu pendapat mereka, dan aku boleh agak dah jawapan-jawapan mereka,

"Penceramah tidak bersemangat semasa memberi ceramah..."

"Penceramah tidak menekankan maklumat-maklumat penting seolah-olah tidak bersedia......"

"Gunakan presentation yang sesuai macam Powerpoint daripada menggunakan papan hitam.. tak nampak tulisan....."

Tu ok lagi... Ni yang best....

"Kalau saya tau ceramah dia macam ni, saya balik kampung je jumpa mak ayah saya.. Rugi je datang.."

"Nasib dapat sijil, tapi ilmunya satu pun tak dapat...."

Dan yang paling best sekali respon ini diaaa....

"If I had one hour to live, I'd spend the rest of my life here because it's feel like ETERNITY" 

Hamba Allah mana laaaaa yang kasi respon tuuu... Haiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiihhhhh....

Justin Bieber Kena Baling Telorrr

Sikit-sikit Justin Bieber, pergi sekolah cikgu cakap pasal Justin Bieber, pergi shopping mall, lagu Justin Bieber, pergi ofis plak, budak praktikal-budak praktikal plak pakai ringtone Justin Bieber... Fed up guwe!!! Fed up!!! Apa la hebatnya Justin Bieber tu ye? Rambut macam Doktor Rozmey, muka macam bukan lelaki sejati, badan tak solid langsung, sekali imbas macam Amir mahaRaja lawak... hmmm.....  tapi kenapa beliau menjadi kegilaan sekarang? Bieber Fever orang kata... Eeeeeeeee!!!!! *Sambil hentak-hentak kaki**...

Ok... baru-baru ni, Justin Bieber buat satu konsert dekat Sydney Acer Arena.. Semasa buat persembahan yang kononnya hebat tu, Justin telah dibalingi 6 bijik telur... CANTEKKKKKKKKKKK!!!!! Puas hati aku... Ada gak orang sanggup bayar pergi konsert dia semata-mata nak baling telor kat dia... Lu memang hebat la brada!!! Sampai sekarang, orang yang membaling telur itu menjadi misteri.. Ada yang cakap, krew-krew yang bengang dengan Justin Bieber yang baling telur tu... Member aku plak cakap yang baling telur tu, mereka-mereka yang bengang dengan Amir Raja Lawak..Mereka tak boleh tengok Justin Bieber sebab mereka nampak Justin seakan-akan Amir Raja Lawak..... Eh apa kena mengena????

Video Justin Bieber kena baling telur kat bawah ni haaaa..


Ibu Rakam Video Anak Mandi Bogel

Wahai kawan-kawanku, kalau korang terasa umur korang dah lanjut dan masih tidak mempunyai teman hati, apa kata korang cuba teknik yang digunakan oleh makcik dari China ni.

Disebabkan terlalu risau akan anaknya yang belum mempunyai teman hidup tatkala umur anak perempuannya dah pun berusia 26 tahun, makcik ini telah mengambil tindakan drastik iaitu merakam aksi anaknya mandi bogel dan kemudiannya video itu diupload ke dalam internet untuk tontonan lelaki-lelaki mahupun pengkid-pengkid.

Kenapa makcik tu berbuat begitu? Dengan harapan, penonton-penonton lelaki akan cuba mengorat anak perempuannya. Yaaaaaaaa!!!!!! Idea yang bijak bukan? Kalau dapat jodoh pun, sah-sah menantunya nanti adalah kaki porn. 

Rupanya dalam video tu, makcik tu bukan curi-curi skodeng anaknya mandi, tapi anak perempuannya tu tahu yang maknya sedang merakam aksi dia tengah mandi... Kira, anak beranak sepakat laaaaa untuk  rakam aksi terlampau....  Video yang memakan masa 80 saat ni berakhir dengan kata-kata dialog dari si ibu dan si anak,

"Kamu inginkan lelaki yang macam mana wahai anakku???" tanya makcik tu.

"Cukuplah sekadar lelaki itu tahu menghormati ibuku dan diriku...." balas anaknya sambil keluar dari bilik dalam keadaan bogel.

Hormat ek???  Eh aperdaaaa!!!? 

Sumber dari: THE STAR 16/2/2011

Lokasi, Senjata Yang Digunakan Ketika Menembak Osama Laden dan Pesta Amerika Selepas Kematian Osama Laden

Seronok betoi omputih bila dah tahu Osama Laden terkorban dalam serangan serangan hendap tentera US di rumah agam Osama Laden di Pakistan. Jom selidik lokasi di mana berlaku pertempuran, senjata yang diguna pakai untuk menyerang serta pesta menyambut kematian Osama di depan rumah putih Barrack Obama.





















LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

GUA

Blogcatalog

_____________________________
My BlogCatalog BlogRank