Malam tadi, berlaku satu penangkapan khalwat kat area kampung Chenderong Balai. Ustaz Reza, pegawai penguatkuasa terima satu panggilan dalam pukul 2 pagi daripada Tok Sidang mengatakan ada satu pasangan telah ditangkap oleh orang kampung sebab berzina di dalam tandas jamban dekat rumah mak ayah wanita yang ditangkap berzina tu.
Mak aiiiihhhh!!!!! Dalam tandas yang busuk tu pun boleh layan buat projek ke?
Ustaz Reza citer dekat aku pasal kes semalam masa kita tengak lepak kat pantry ofis. Kes nya macam ni...
Penduduk kampung selalu perhatikan si lelaki bernama Alif ni keluar malam-malam naik basikal dalam pukul 2 pagi, boleh dikatakan setiap pagi2 buta si Alif ni berbasikal. BTW, Alif ni baru je tingkatan 4.
Timbul rasa musykil orang kampung tengok gelagat Alif ni. Nak mencuri ke? Jadi orang kampung ni pakat la nak bagitahu ayah si Alif tentang perangai si Alif berbasikal pagi-pagi buta tu. Tapi si ayah Alif ni tak tegas langsung, setakat tanya pergi mana dan tegur gitu-gitu je dekat Alif. Mak si Alif??? Usahkan nak tegur, dimarahnya pulak orang-orang kampung menuduh yang si Alif ni buat bukan-bukan malam-malam buta... Haaaaaa!!!!! Manjakan sangat anak tu!!!!!!! Bertindak la sikit makcik pakcik oiiiii!!!!!!!
Takde apa pun yang berlaku kat kampung Chenderong Balai tu pun, nak kata ada kes mencuri, takde, kes merempit, pun takde... Jadi orang kampung pun biarkan la gelagat budak Alif tu berbasikal tiap-tiap pagi. Janji kampung selamat.
Seperti malam-malam biasa, sharp je pukul 2 pagi, berlegarlah Alif berbasikal di sekitar kampung. Entah macam mana, kebetulan ada satu AJK masjid baru lepas pulang dari restoran mamak kat teluk intan nak pulang ke rumah dia kat Kampung Chenderong Balai. Haji Fudzil namanya. Hj Fudzil ternampak Alif tengah berbasikal menuju ke suatu tempat. Hj Fudzil pun menutup lampu motornya, dan mengekori Alif dari jauh...
Dari jauh Hj Fudzil melihat Alif menuju ke rumah Pak Kasim (bukan nama sebenar)...
"Apa laaaa budak ni buat???" bisik Hj Fudzil sendirian sambil menyorok dalam semak memerhatikan gelagat Alif.
Dilihatnya Alif menuju ke jamban luar (jamban kampung) rumah Pak Kassim... Alif masuk ke dalam jamban tersebut. Jamban tu ada la dalam 15 meter dari rumah Pak Kasim.
Trrruuuuutttttttttttt..... trrruuuutttttttttttttttttt...... Bunyi handphone dari rumah Pak Kassim. Handphone siapa yang berbunyi tu... Tak tau laaaa... Salah satu bilik dalam rumah Pak Kassim yang lampunya tutup sebentar tadi dinyalakan. Ada kelibat orang keluar dari rumah Pak Kassim.... Kelibat tu macam perempuan, Maya, anak perempuan Pak Kassim yang akan duduki STPM tahun ni.... Maya meluru ke jamban, JAMBAN YANG MANA SI ALIF TADI MASUK... dan................
"ASTAGFIRULLAH!!!!! Kamu boleh maksiat dalam jamban yaaa!!!!Lahanattt!!!!"
Esok harinya, Hj Fudzil kasitau AJK-AJK masjid dan Tok Sidang apa yang selama ni dibuat oleh Alif tiap-tiap pagi buta tu... Mereka bertindak tanpa memberitahu ahli keluarga Alif dan ahli keluarga Maya....
Malam tu, Hj Fudzil, Tok Sidang, AJK-AJK masjid bersembunyi dalam semak dekat area rumah Pak Kassim. Pukul 2 pagi, kelibat Alif berbasikal menuju ke rumah Pak Kassim kelihatan... Diletaknya basikal dia di belakang jamban, kemudian dia meluru masuk ke dalam jamban... Selang 2 3 minit, bunyi hp terdengar dari dalam rumah Pak Kasim... Mesti handphone berbunyi tu ialah handphone si Maya yang dicall oleh Alif yang sedang menunggunya di dalam jamban...
Lampu bilik Maya yang tadinya tutup, menyala kembali sebaik saja handphone nye berbunyi. Maya keluar dari rumah dan menuju ke jamban tadi....
Selang 5 minit lepas Maya masuk ke dalam jamban, Tok Sidang, Hj Fudzil dan AJK masjid terus serbu jamban tu.......Hj Fudzil menendang pintu jamban dan HAIIISSSSSSHHHHHHHH.... 2-2 ekor tu tengah bogel....
Begitulah kes nyaaaaa yang diceritakan oleh Ustaz Reza kat aku. Aku tanya Ustaz Reza,
"Diorang tak datang untuk soal siasat ke hari ni??? Nak gak saya tengok budak 2 ekor tu..."
"Lepas Solat Jumaat nanti..." balas Ustaz Reza.
Pukul 3 petang,
TINGGGG TONGGGGGGG!!!!!! Bunyi loceng pintu pejabat.. Aku buka pintu pejabat,
"Assalamualaikum.... Ye? Ada urusan apa???"
"Saya nak jumpa Ustaz Reza..." balas seorang lelaki tua.
Aku tengok ada la dalam 4 , 5 orang kat luar pintu tu, macam mak ayah budak.. Ada seorang budak laki rambut skema je ala Doktor Rozmey duduk kat kerusi menunggu. Hensem gak.. Macam Justin Bieber... Cehhhh..
"Owhhhh..... Ustaz Reza pintu C encik... Sini unit kewangan dan mubaligh.."
"Terima kasih yeeee..." lelaki tua tu blah...
Selang berapa langkah, laki tua tu memanggil budak yang duduk tadi tu...
"REZAAAAA!!!!!! Sini...." tegas jeeeeee suara...