Tadi di pejabat agama, 6 orang lelaki ditahan kerana bermain judi. Masa keenam-enam laki datang ke pejabat agama tadi semua di kalangan diorang tu memakai kopiah dengan songkok. Hek elaaaaa... Dan dan pakai kopiah... Citttt pooodaaaahhh... Masa main judi, tak ingat langsung kopiah taruk kat mana dekat umah tu.. Dah kena tangkap, nak minta rayuan kurangkan denda, baru laa terhegeh-hegeh nak beli kopiah. Cittt podaaaahh lagi sekali!!! Ingat boleh dapat diskaun laa denda bila pakai kopiah tu??? Sori laaaa..
Selesai je kes diorang di pejabat agama, aku lepak kat pantry pejabat agama sambil borak-borak dengan abang-abang and akak-akak ofismate.
"Tak percaya betul aku, laki tu kena tangkap judi.. Muka baik je..." kata Kak Sally, penyelia guru kafa. Haaaa, jangan main-main... Ingat keje pejabat agama takde nama glemer omputih ke... Huhuhuhuhu... Untuk pengetahuan korang, nama original Kak Sally ialah Yong Salimah Binti Yong Hamdan.
"Yang mana satu???" tanya Ustaz Reza.
"Yang pakai baju melayu merah tadi..." balas Kak Sally.
"Entah-entah dia terperangkap sekali kot masa korang buat rush semalam. Kebetulan masa korang rush tu, beliau ada di sana gak... Aku pun rasa dia tu macam baik je" sampuk Kak Limah, seorang tukang kaunseling perkahwinan di jabatan agama.
"Issshh takde laaaaa... Kami tangkap dia masa dia tengah syok main daun terup kat celah bendang semalam. Aku tau laaa.. Aku nampak dengan 2 bijik mata aku ni haaa... Masa kami rush dengan polis tu, kelam kabut dia lari macam orang nak tercirit cari jamban" balas Ali, salah seorang penguatkuasa yang buat operasi judi semalam.
"Cuba tengok dahi mamat yang kena tangkap tu... Lebam dahinya. Orang yang lebam dahinya ni, tanda orang tu kuat sujud, kuat bersolat la tu" balas Kak Sally sambil dipersetujui oleh Kak Limah yang mengangguk-anggukkan kepala.
Haaaa... ni la orang kita. Senang benar buat penilaian berdasarkan luaran. Kalau dahi lebam, orang tu kuat sembahyang, kalau mata ketumbik, orang tu kaki skodeng, kalau wanita tu jalan kengkang, semalam wanita itu baru lepas buat projek dengan suami dia... Haiiisssshhh... Hancussss!!!!
Sebenarnya, macam-macam boleh menyebabkan seseorang tu lebam kat dahi. Antaranya, apabila seseorang itu nak riak atau menunjuk-nunjuk yang konon-kononnya dia tu kuat solat, diambilnya ubat gigi jenama darlie, dibubuhnya ubat gigi tu kat dahi sampai ubat gigi tu kering kat dahi. Lama-lama lebam la dahi tu. Antara faktor lain yang boleh menyebabkan dahi lebam gak ialah kerap memakai topi. Kalau tak percaya tengok gambar-gambar filem koboi tu, gerenti kepala lebam punya laa. Boleh jadi gak, orang yang dahinya lebam tu gak ialah pemain sepak takraw. Who knows kan? Tak semestinya orang yang lebam dahi, orang tu rajin solat sunat.
"Huk elaaaaa... Ko nak tau pasal apa dia lebam kat dahi... ??? Sebab bila dia kalah main judi je, mesti dia tepuk dahi... Kalau dah asyik kalah, mau tak lebam dahi dia???" balas Ali selamba sambil menghembus asap rokok kat pantry pejabat.















