Anak Raja Nazrin




Gambar budak comel ni ialah anak sulong kepada Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang juga Yang Dipertua Majlis Baitulmal Perak. Jenuh aku cari dekat internet siapa nama anak Raja Nazrin ni.... Errrr...  Siapa sini tau nama anak Raja Muda Perak ni???


Orang Seksa Anjing






Siapa yang belum tengok video sorang mamat cina yang menyeksa seekor anjing gara-gara nak ajar anjing tu berdiri??? Kalau belum tengok, meh tengok video kat bawah ni.

Sekali pandang, anjing tu macam bukan anjing pun ada gak. Awat anjing tu tak menyalak bila kena seksa ek??? Pelik tul..... Lepas tu, aku tengok anjing tu macam patung anjing je... Ke mata aku yang tak betul???

Tapi aku rasa kalau setakat dalam video ni, takde la teruk sangat seksanya. Setakat laki cina tu tumbuk anjing tu bertubi-tubi je. Kalau kat negara omputih tu, diorang nak train anjing, diorang lagi gempak seksanya, pakai mesin letrik trusssss...Siap rantai anjing yang ada letrik pakai kat leher anjing kalau nak train anjing.

Nasib la anjing dalam video ni kecik tak boleh nak melawan, kalau besar macam  anjing rottwailer, aku rasa dah mati kot mamat cina tu kena gigit...





video

Kisah Cinta, Perempuan Sukakan Kejujuran Dalam Cinta?





“Awak, saya tanya sikit boleh?” Fara, awek aku tiba-tiba menyapa ketika kami sedang merendek di taman.

Hari ni 10 hb Januari, genap 3 tahun sudah kisah cinta kami. Seperti pasangan-pasangan lelaki dan perempuan yang lain, asal ulangtahun percintaan je, mesti la celebrate sama-sama. Perkenalan kami bermula di USM, kami sekelas dahulu.

“Ye???” balas aku.

“Macam mana awak boleh ngorat saya? Apa yang special sangat dekat saya sampai awak ngorat saya ni dulu….?” manja je Fara bertanya kat aku. Matanya bersinar-sinar. Nampak sangat ada curiosity kat matanya.

“Nak jawapan jujur ke tipu???”

“Jujur laaaaa…..” Fara merengek-rengek sambil cubit lengan aku…

“Ehmmmmmmmm…. Saya sebenarnya suka dengan tongek punggung awak. Tiap kali awak ke kelas, saya naik geram tengok awak dress up baju kebarung. Hari-hari saya skodeng bontot awak dari jauh. Sebab tu dalam kelas saya selalu duduk dekat belakang supaya saya boleh skodeng bontot awak…… Tu la puncanya saya terpikat de…….”

Belum pun aku habis cakap, tiba-tiba…

PELEMPANGGGGGGGGGGGGGG!!!!!!!!

Hari ni 14 hb Januari… Pipi aku merah… dah 4 hari masih tak hilang-hilang lagi merah kat pipi aku ni…

Celaka ko Fara!!! Ko suruh aku jujur, tapi last-last ni yang aku dapat.

Ni la perempuan… nak minta kita jujur, bila kita jujur, dia pula macam taikkkkk…Ceeehhhh..

Watch Damping Malam Online






Lama betul tak tengok Amy Mastura berlakon filem. Last sekali dia berlakon dalam filem gamaknya filem Hooperz kot. Tapi guwe tak pernah pun tengok lagi cerita Hooperz tu. Kepada korang-korang yang suka kat Amy Mastura plus suke cerita seram, haaaaa, dipersilakanlah menonton filem Damping Malam ni. Tengok poster dia pun dah seram... Uissshhhh takuttttttttt..

Kisah Cinta Broadband






Wahai kerajaan. Korang seru kepada kami rakyat Malaysia untuk rajin-rajin belajar guna jalur lebar. Tapi tahukah kamu wahai kerajaan, yang syarikat-syarikat Internet Service Provider (ISP) dalam Malaysia ni semuanya tahap kura-kura punya speed. Aku nak transfer duit guna Maybank2u pun tergagap-gagap Broadband aku ni nak loading... Apatah lagi kalau aku buat bisnes peringkat antarabangsa, tak kisah la package apa pun aku ambil, biar yang termahal sekali pun pakej internet yang aku ambil, TETAP LEMBAP.... Ni ke yang kerajaan bangga-banggakan dan laung-laungkan kepada rakyat??? Cuba buka mata sikit!!!!!! Kasi pelempang kepada syarikat-syarikat ISP yang tipu duit rakyat ni.

Tipu duit rakyat? Yeeeeeeeeee!!!!!! Aku bayar RM100 tiap-tiap bulan (walaupun bil sebenarnya RM69), tak pernah missed atau terlewat bayar pun broadband aku, tapi tenetku TETAP LEMBAP di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. Bila ku adu kepada syarikat Broadband tentang masalah yang aku alami, dia cakap harap bersabar, masalah encik akan diadukan kepada bahagian perkhidmatan dan baik pulih. Aaaaaahhh sudah laaaa kau!!! Dasar penipu...

Lain kali dekat iklan tv tu, cakap je jujur,

"Subscribe la broadband syarikat kami, RM70 je sebulan. Kami jamin internet ada tapi kelajuannya lembap."

Kan simple lagi menarik buat iklan jujur macam tu??? 

Bongok!! Badigol soot...

Watch Magika Online






Magika, filem arahan Edry Abdul Halim dari KRU. Filem yang dinobatkan sebagai filem terbaik pada tahun 2010. Apa yang hebatnya cerita ni??? Hmmm...
1. Shot gambar dia punya laaaaaa terbaeeeeekkkkk... Macam tengok filem Hollywood la.
2. Gabungkan banyak artis-artis popular.
3. Mawi berlakon... I loikeeeee!!!
4. Diana Danielle menyanyi dalam filem ni.
5. Banyak lagu-lagu best dalam filem ni.
6. Tak menghampakan macam cerita Jin Notti. 10 kali ganda lagi best.
7. Ning Baizura berlakon lepas tu gaya dia macam pondan... Gedik yang terlampau, tu yang  
    mahal tu!!!

Jadi, jom layan movie ni!!!!!! Layan jangan tak layan!!!

Watch Aku Masih Dara Online





Dah tengok cerita Aku Masih Dara? Aku pun belum tengok lagi. Saja nak share dulu link filem ni dengan korang so we can watch together-gether filem ni ye.... Jom layan...

Peristiwa di Stesen Bas Teluk Intan





16hb Januari 2011, Stesen Bas Teluk Intan.

Cilakak… kata lagi ½ jam lagi bas nak sampai, ni dah 1 jam aku tunggu, tak nampak pun bas dari Taiping ni. Housemate aku minta aku pick dia dekat stesen bas, dia dari Taiping nak balik Teluk Intan.

Malas nak melangut dalam kereta, aku keluar dari kereta dan lepak dekat terminal bas. Saja nak ushar-ushar awek kot-kot ada dekat terminal bas tu. Hampehhhhh… takde langsung awek-awek hot dekat terminal tu.

Aku duduk dekat satu bangku kat terminal tu. Sambil-sambil tu, aku nyalakan sebatang rokok. Berhampiran aku ada seorang makcik dengan budak kecik dalam lingkungan 6 tahun, mungkin tengah tunggu bas gamaknya.
“Mak… mak…. papan tanda tu tulis apa ek??”

Makcik tadi tengok papan tanda yang terlekat dekat dinding yang ditunding oleh anaknya tadi.

“Tu tandanya jangan merokok, dekat sini tak boleh merokok..” balas mak budak tu.

Aku dengar je dari jauh… Ingat aku pekak???

“Kenapa abang tu merokok?” cissssss…. Tak guna punya budak. Nak tunjuk pandai yeeeeee..

Dengan selamba makcik tu cakap macam ni,

“Amer jangan merokok tau. Kalau tak, jadi macam abang tu. Asap rokok tu dah rosakkan otak abang tu. Tu pasal dia jadi bengap dan tak reti baca papan tanda dilarang merokok…”

Eh eh???? Weiiii…. Aku tak perasan leeeee signboard dilarang merokok tu!!! Cisssssss, selamba yeeeeee ko panggil aku bengap!! Jahanam!!!

Kisah Cinta Mualaf dan Islam





Tadi ada seorang mualaf yang baru peluk Islam dalam tempoh 3 bulan datang ke pejabat agama. Dia nak jumpa dengan mubaligh (pendakwah dan penarik orang kafir supaya peluk Islam) sebab nak laporkan kehidupan baru sebagai orang Islam.

Masa tu, aku tengah minum dengan Shahir kat kantin tempat kerja. Shahir ni mubaligh dekat pejabat agama.Tiba-tiba hp Shahir berbunyi,

“Oitttt… ada mualaf nak jumpa ko. Aku suruh dia turun ke kantin ye?” macam tu la dialog dalam handphone tu.

“Ok…” jawab Shahir.

5 minit kemudian, datang la Celina, si mualaf yang nak jumpa Shahir tu kat kantin.

“Assalamualaikum…” pelat jeeeeee Celina kasi salam.

“Waalaikum salam” jawab kami serentak.

“Cik Celina… apa khabar??? Macam mana sekarang? Seronok tak jadi orang Islam?” tanya Shahir.

Celina ceritakan kami semua macam bahagianya dia peluk Islam Dia cakap dia berasa dirinya lapang, hati tenang dan hidup dia mula berdisiplin… Owhhh yeahhhhh… Macam ni laaa!!!

Tiba-tiba Celina mencelah,

Wahai Lelaki Apa Reaksi Korang Apabila Ada Awek Ajak Couple Dengan Korang?




Pelik betul aku dengan minah ni, memanjang je asyik call aku. Takde kerja lain nak buat ke? Malam-malam dah pukul 11 pun call aku.

Semalam, aku dapat sms dari dia,

“Botaq, sori to say. Aku nak cakap sebenarnya aku suka kat ko since dari sem 3 kat uitm lagi. Aku tak berani nak cakap benda ni kat ko sebab aku takut nanti ko tak nak kawan dengan aku lagi…. Aku harap kalau ko tak suka kat aku pun, …..Bla bla blaa….”

Nak tau aku reply apa?

“Cari orang lain je laaaaaaa… aku nak tidor… byeeee”

Riak tak aku? Hahahahahahahahha!!!

Rimas dowhhhh perempuan yang dah tahu kita ada someone special tapi macam tak respek relationship kita dengan awek kita. Nasib aku belum kahwin lagi, kalau tak, dah lama aku lempang dia…

Ana Raffali Juara Yang Dikeji?




Dah baca pancaindera hari ni? Ada satu tajuk cerita yang tulis Ana Raffali Juara Yang Dikeji? Giler gempak punya title. Member baru je nak gembira dengan kejayaan kemenangan dia dekat AJL, tuppp tupppp kena hina dengan orang lain yang tak puas hati dengan keputusan juri. Juri punya pasal, mangsanya Ana Raffali. Siannnnn darling aku.......

Kenapa diorang persoalkan Ana Raffali? Kan ke soalan tu patut ditanya kepada juri??? Biar diorang yang jawab apa istimewanya lagu Ana Raffali tu???


Watch Jangan Pandang Belakang Congkak 2 Online








Dalam filem ni, Nora Danish lagi hot dari Lisa Surihani. Nak dibandingkan, filem Ngangkung dengan Jangan Pandang Belakang Congkak 2, best lagi Ngangkung... Hehehehehehehe...

Moh Le Berzakat





Sudahkah korang semua bayar zakat? Ni bukan cerita pasal zakat fitrah yang dibayar tiap-tiap Ramadan tu, tapi ini zakat harta especially zakat pendapatan. Tahukah korang tentang zakat pendapatan?

Jom bercerita tentang nisab. Nisab ialah satu standard yang mana seseorang akan dikenakan zakat. Ini bermaksud apabila seseorang punya pendapatan tahunan yang bersih melebihi nisab (standard), maka seseorang itu perlulah membayar zakat.

Nisab ditentukan oleh berat 85gram harga semasa emas mengikut tempat korang bermaustatin. Misalnya, korang tinggal di Perak, dan emas semasa emas di negeri Perak ialah RM128/gram, ini bermaksud nilai nisab ialah 85gram x RM128 =  RM10,880. Sekiranya pendapatan tahunan korang melebihi RM10,880, korang berkemungkinan wajib dikenakan zakat.

Andainya korang berpendapatan RM2000 sebulan dan masih bujang, sah-sah korang wajib bayar zakat.

Berapa pula kadar zakat? Kadar zakat ialah 1/40 atau 2.5% dari jumlah pendapatan tahunan korang.

Sekarang mari hitung zakat bagi seorang yang masih bujang seperti Cik Wani.

Gaji bulan Wani ialah RM2000 sebulan. Pada tahun tu, dia ada jual kuih raya dan ambil upah menjahit dan dapat untung dalam RM3000. KWSP Wani ialah 11% sebulan. Tahun tu juga dia ada dapat bonus RM3000 daripada syarikat dia. Wani menetap dan bekerja di Perak. Adakah dia akan dikenakan zakat?

Watch Cuti-cuti Cinta Online





Ingat lagi dialog Nasi Lemak 50sen yang Farid Kamil kutuk Nora Danish pasal dada Nora kecik tu? Ha, itulah filem Cuti-cuti Cinta. Jom kita kaji betul ke Nora Danish punya dada saiz  nasi lemak 50 sen? Hmmmmmmmmmm... Jom layan Cuti-cuti cinta kat sini...

Watch Ngangkung Online




Takde mana-mana lagi filem dalam Malaysia boleh challenge dengan filem Ngankung ni yang setakat ni memegang rekod paling tertinggi kutipan hampir RM10 juta. Fuuuuhhhhhhhhhhhhh... apa yang best sangat citer ni? Jom layan....................


6 Golongan Yang Bahaya Dijadikan Isteri




Tadi masa dekat pejabat, aku jumpa dengan Ustaz Manap. Ustaz Manap ni guru Quran, selain dari jadi guru Quran, dia gak femes sebab dia boleh dikatakan terror menjadi agent pencari jodoh dekat area Teluk Intan. Aku tanya Ustaz Manap,

"Ustaz, saya nak kawin la. Tapi takde jodoh lagi, boleh tolong carikan jodoh untuk saya tak???"

"Issshhh... muka hemsem, badan solid, takkan susah cari jodoh kot?" balas Ustaz Manap.

Hensem??? Badan solid??? BENAR USTAZ!!!!! BENAR TU!!! Wakakakakakakakkaa!!! Kalau dah nama pun Ustaz, mana nak menipu betul tak? Jadi jelaslah dekat sini bahawa saya Mohamad Aizwan Ali aka Botaq seorang yang kacak dan berbadan tough.... Owhhh yeaaaaahhh!!!!

"Wan, kalau nak cari isteri, jangan cari 6 calon isteri yang ada ciri-ciri macam ni."

"Apa dia tu Ustaz?"

Lirik Tolong Ingatkan Aku Ana Raffali

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat

Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama 
Mari padamkan buku tiga lima

Nama Bandar Yang Lucah




Haaaa… nasib la dekat Malaysia ni, kita ada nama tempat yang double meaning cuma satu je iaitu…. BATANG BERJUNTAI… wakakakakakakkakaaa!!!!!! Tapi dekat luar negara especially negara-negara Mat Salleh, berlambak betul nama-nama tempat yang double meaning, bukan takat double meaning je, yang direct mencarut pun ada gak tempat-tempat kat sana… Hisssshhh… Jom kita selongkar bandar-bandar yang mencarut… Fuuuuuuuhhhh!!! *gaya Awal Ashaari, sambil tiup tapak tangan*.

Climax
Climax terletak di Michigan. Penduduk di sana semuanya klimaks je memanjang. Korang kalau nak melawat kat bandar ni, kena pandai-pandai la control nafsu ye… Ye la, karang klimaks pulak, parah tu…

Pig
Pig sebuah bandar yang terletak di Kentucky. Bila sebut pasal Kentucky mesti teringat ayam betul tak? Tapi lain plak kes ni, bila teringat, babi, teringat Kentucky… Haaaaaaaaaaaaa!!!!! Ada berani makan KFC???

Horney Town
Tau maksud Horney??? SANGAP…. SANGAPPP!!!! Ha, jemput la datang ke bandar sangap ni. Nak tau kat mana? Kat North Carolina.

Middlesex
Kalau translate, Middlesex ni bermaksud, tak laki tak perempuan… Haaaa apa tu??? Pondan leeeeeeeeeeee… Kalau korang selalu lepak malam-malam dekat Chow Kit or Sunway nampak pondan-pondan berkeliaran tu, haaaa, diorang semua tu dari bandar Middlesex la tu… Owh, Middlesex terletak dekat New Jersey.

Bila Arits Hollywood Bertudung





Haaaa, kan ke lagi cun kalau bertudung tu? Nampak lembut jeeee... Hehehehehehe...Dalam  4 gambar kat bawah ni, gambar Jlo Angelina Jolie dengan Britney Spears tu yang paling sweeeeetttt... 

Watch Initial D Online





Cerita lama lakonan Jay Chou, Initial D... Tak silap filem tahun 2005 kot. Cerita ni la punca aku beli kaset Jay Chou dari album pertama dia sampai la album ketiga dia. Kalau korang-korang rindu dengan filem racing-racing, boleh la tengok filem Initial D ni walaupun pada hakikatnya cerita ni macam tak logik je. Ye laaaa, seolah-olah jalan  tempat diorang racing kat situ takde langsung polis trafik dan takde langsung kenderaan lain yang lalu lalang melainkan kereta-kereta pelumba je. Ekekekekekekekeke... Tapi layan seyh cerita ni, cerita dia sangat cool.............. Jom layan Initial D..

Kisah Cinta, Manusia Ber-bontot Liat





Demi cinta, aku sanggup untuk mencucuk bontot ku ini pada cangkuk tajam kat pokok ni. Darah yang mengalir dari bontot ku ini, buktinya cinta ku padamu... Weeeeeeeeeee!!!!

Karam Singh Walia Nyaris Kena Pukul





Bayangkan, kalau ada orang mempertikaikan keluarga korang, apa korang rasa? Rasa nak pukul tak? Aku pernah rasa kecik hati bila ada salah seorang sedara aku dihina oleh ahli sedara mara aku yang lain. Sedara aku tu tak tak bagus keputusan SPM nya, kemudian ahli sedara aku yang lain mempertikaikan dia cakap yang dia tu la ini la, pasal tu SPM dia lingkup. Sepatutnya, sedara yang lain tu jangan la cakap macam tu kat belakang si dia, at least cari alternative untuk si dia terus berjaya. Nama saudara aku tu Akhiar. Sekarang dia dah berjaya... Dah nak habis diploma dia dah. Pointer dia 3.50 tuuuuuu!!!! Alhamdulillah.

Sama juga dengan kes Karam Singh Walia. Apabila bangsa dipersoalkan, terima la padahnya wahai Karam Singh.  Tapi cara orang-orang Melayu tu plak, tak best laaaaaa... Nak tegur biar tegas, ni boleh minta belanja satu restoran. Aduhaiiii... Tak Hang Tuah la macam ni.

JOM TENGOK VIDEO KAT BAWAH NI


Milik Siapakah Bontot Itu?

Pergggghhh!!! Pheeeewwww!!! Pheeewwwiiittt!!!! Waduh... waduuuhhhh.... Bontot siapakah ini? Ini adalah gambar yang ku cilok dari beautifulnara.com... Menurut laporan berita, inilah gadis yang membuatkan Aziz Sattar kepanasan dekat Anugerah Skrin 2010 baru-baru ni. Aiseyyy, rugi plak tak tengok Anugerah Skrin hari tu. Mungkin kerana awek ini juga lah yang menjadi bicara mulut Rais Yatim tentang pemakaian artis yang kurang senang mata memandang pada Anugerah Skrin hari tu. 

Setahu aku la, jarang benar aku tengok artis-artis pakai macam ni ke majlis-majlis. Selalunya diorang lebih ke arah seksi ala-ala berkemban, pakai skirt panjang tapi dedah peha atau pun pakai gaun yang tayang lurah. Tapi ini awek dalam gambar lain macam plak style dia. Macam nak pergi clubbing punya style. Tapi hot la marka ni... Ada siapa-siapa tau Facebook dia??? Aku nak add dia!!!!




Gatai??? Terlebey gatai??? Ok laaa, kalau nak tengok lagi gambar awek seksi ni, klik kat sini.

Watch Death Race Online


Bayangkan jika ada satu pusat penjara yang menyediakan satu pertandingan perlumbaan kereta bagi banduan-banduan untuk mengampunkan diri mereka dari dijatuhkan hukuman mati? Bagi mengelakkan daripada dikenakan hukuman mati, pusat penjara ini telah memberi peluang kepada banduan-banduan ini untuk bertanding dalam satu perlumbaan maut. Pemenang di antara banduan-banduan tu akan dilepaskan dari hukuman maut manakala yang tewas akan dihukum bunuh di dalam ring race tersebut... Nak tengok full movie, sila klik linker dekat bawah ni...

Cerita best, gambar-gambar dia pun best, sound dia best, lawak dia pun best, dialog dia pun senang faham bagi orang yang tak terror English macam aku ni. Jom layannnnnnnnnnnnnnnnn...

Selamat Tahun 2011, Jadikan Cerita Ini Sebagai Iktibar


Seorang yang selamat daripada bot karam terdampar di sebuah pulau yang tidak berpenghuni. Tiada tempat perlindungan langsung tapi ada bahan-bahan yang membolehkan dia membuat sebuah pondok kecil untuk jadi tempat berlindung dari panas dan hujan.
Setiap hari dia mendongak ke langit dan memandang jauh ke tengah laut mengharapkan bantuan tetapi tiada nampak bayang pun. Dia sentiasa memohon kepada Tuhan untuk keselamatannya dan meminta supaya ada orang yang menjumpainya.

Satu hari ribut petir berlaku sehingga pondok kesayangannya disambar petir sehingga terbakar. Dia sangat kecewa dan mula kecewa dengan Tuhan yang kononnya tidak adil.
Tetapi tidak lama kemudian sebuah kapal terbang berlegar-legar di udara dan turun menyelamatkannya. 

Apabila ditanya kepada pilot kapal terbang, bagaimana mereka mula menjumpainya.. pilot tersebut mengatakan mereka nampak kepulan asap daripada kebakaran pondok tadi.

Moral:
Kita seringkali merasa mudah sekali untuk menyerah dan meyalahkan takdir ketika keadaan yang tidak dingini berlaku kepada kita. Tetapi kita tidak boleh begitu, kerana Tuhan ada di dalam hidup kita ketika kita dalam kesakitan dan kesusahan.
Ingatlah, ketika “pondok” kita terbakar, mungkin itu ‘tanda asap’ bagi kuasa Tuhan. Ketika ada kejadian negatif terjadi, kita harus berkata pada diri kita sendiri bahawa Tuhan pasti mempunyai hikmah dan jawapan yang positif untuk kejadian tersebut. 

Posted@www.isuhangat.net. Wallahualam.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

GUA

Blogcatalog

_____________________________
My BlogCatalog BlogRank