Susah Sangat Ke Nak Doakan Untuk Dia???

"Abang kenapa susah sangat mak ayah saya nak doakan untuk saya ye???" ada la sorang bro tanya kat aku.

"Pehalnya chor??? Cer citer..." aku start layan bro tu.

"Macam ni abang. Saya ada la suka kat sorang minah yang baru je graduate dari IPT. Saya kasitau la kat parents saya yang saya ada hati dengan awek tu. Saya minta diorang doakan saya berjaya pikat awek tu.. Itu jeeee..."

"Then???" tanya aku lagi...

"Parents saya reject bulat-bulat. Diorang kata tak payah la cari awek yang baru graduate ni. Susah... takde kerja lagi.. sekarang susah nak cari kerja... kalau kerja pun konfem tak menentu... Diorang cadangkan saya pikat perempuan yang ada kerjaya stabil... Mudah, jamin masa depan..."

"Ooooooooooooooo... parents ko tu tuhan ek? Macam ni la bro, lu pergi cari mana-mana bomoh minyak dagu, lu pergi settlekan awek yang lu minat tu. Calit dia habis-habisan... Ada mak bapak pun tak guna. Berlagak macam tuhan macam boleh menentukan rezeki. Susah sangat nak kasi restu kat anak. Aku cadangkan, sila la derhaka dengan mak bapak ko..." balas aku.
"Saya follow cadangan abang... Idea yang bijak.." 

Ok push stop.... Tamatlah perbualan antara seorang pemuda dengan aku yang konon2nya setan yang menghasut..

Ni lah akibatnya, bila mak bapak tak pernah faham perasaan anak. Last-last anak buat tindakan sendiri. Kalau si anak bagitau mak bapak dia pun, bukannya dia dapat restu daripada mereka pun. Sia-sia je. Kadang-kadang anak derhaka disebabkan perbuatan mak bapak sendiri. Kadang-kadang anak membenci agama sendiri disebakan mak bapak sendiri. 

Macam dalam cerita kat atas tu, si anak minta mak abah doakan untuk dia  untuk memikat gadis yang dia minat tu je. Tapi mak bapak bangkang bulat-bulat???!!!! APA PUNYA PERANGAI TU??? Apa akibatnya??? Akibatnya anak tu dihasut syaitan lalu dia menggunakan alternatif minyak dagu, satu perkara yang boleh  menduakan Allah sebagai satu cara untuk memikat gadis yang dia minat. Restu mak bapak dah takde, restu setan la pulak...

Jalankan peranan sebagai mak bapak... 

FIKIR FIKIRRRRR FIKIRRRRRRRRRRR....... Fail kes Kuala Kangsar.

3 comments:

oli-go said...

sy setuju..restu mak ayah mmg penting..

Sir Marcello said...

dalam kes brader yang nak ngorat makwe lulusan universiti spt diatas...gua rasa, brader nie kurang pandai menafsir kata-kata bonda dan ayahandanya..senang cerita..beliau mudah butthurt...

tapi kalo makwe lulusan universiti itu cun melecun..sekali sekala durhaka..miyahaha~

Nurul Aznil said...

salam,

Ai LIKE this entry very-very-very-very much! jarang org bangkitkan kisah 'sesuatuh' pasal parent yang buatkan anak jadi 'sesuatuh'. semua dok citer anak la kena buat baik, anak ini, anak itu. sedangkan anak ni asalnya kain putih. dah mak-pak depa nak letak corak hudoh, bleh jadi corak pelangikah anak tu?

tengah dok PK, tengah dok PK, tengah dok PK...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

GUA

Blogcatalog

_____________________________
My BlogCatalog BlogRank