Aku cukup bengang dengan awek yang suka korek rahsia orang dari belakang. Serius aku bengang. Kalau seorang wanita tu nak berkenalan dengan seorang lelaki misalnya, takyah la nak pakai pihak ketiga. Gentle terus, say hi directly kat lelaki tu. Kan senang... Mulakan persahabatan... Offer dia nasik ke, cokelat ke... Kan senang?
Bila seorang awek admire kat seorang lelaki, dia plak cuba-cuba korek rahsia laki yang dia admire tu thru stalking facebook laki tu, then gosip-gosip dengan kawan-kawan perempuan, tanya kawan rapat lelaki tu, hek eleeeee.. tu just buat proses perkenalan ko jadi lambat je.. Plus, akan buat si awek tu lagi keliru.
Ni terjadi kat aku last week,
Telefon hp aku berbunyi,
"Heloooo???"
"Helooooo... Wan... aishah ni..." jawab member aku.
"Haaa ngaper?"
"Aku nak belanja korang tengok wayang boleh???" kata Aishah.
"Korang tu siapa???" aku tanya.
"Ko dengan Joe...." dia balas.
Siapa lagi ikut?? Aishah kata dia nak bawa kawan perempuan dia sekali nak tengok wayang. Aku tak kenal kawan dia pun. Hmmmm... ok set..
Esok hari, aku beritahu kat Joe yakni member agen insuran aku pasal Aishah ajak dia tengok wayang sama-sama. Tapi Joe plak ada hal tak boleh nak join sekaki, so aku telefon la Aishah,
"Aishah, Joe tak dapat datang laaaa... So jadi tak tengok wayang ni?"
"Joe takde......... Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...... Hmmmm tak jadi la camtu...."
GAMPANG!!!!!!!!!!!
Nampak tak situasi ni????? Aku rupanya dijadikan umpan.... Lu nak ngorat Joe, lu jadikan gua umpan yeee.. Hampehhhhhhhhhhh...
Hari ni Aishah sms aku,
"Wan, tanya sikit..."
"Mende???????" aku reply.
"Joe tu dah ada awek ke blom???"
Hakikatnya Joe tu takde awek. Tapi geram punya pasal, aku reply camni,
"Dia dah bertunang dah... K la, aku nak tidur..."
Jahat tak aku?????????? Yeeeeeeee!!!! Aku tau aku jahat...Muahahahahahhahha!!!
So, aku sarankan kepada perempuan-perempuan yang pemalu ni, toksahla pendam perasaan admire tu. Go ahead, takyah buang masa korek rahsia laki yang korang suka tu. Kalau nak tau samada lelaki tu suka korang atau tak,
-tengok cara lelaki tu bercakap, kalau mesra giler means korang kena tukar rentak ngorat korang.
-kalau lelaki tu dingin atau selamba dengan korang, cari bomoh siam calit minyak dagu kat laki tu.
-kalau lelaki tu menggelabah or tak selesa bila nampak korang samada bersua face to face or ramai-ramai, means laki tu seorang yang setia dan dia ada ada yang punya atau dia suka kat orang lain.
Dekat sini, lelaki yang mesra dengan korang menunjukkan yang korang ada harapan nak tackle laki tu. Cuma kena tukar rentak goda dia je. Kongsi apa yang laki tu minat, or give him a hand in any situation. That's it.
Kepada Aishah, aku minta maaf sebab klepet ko... Bukan tak nak tolong ko kenalkan dengan Joe, tapi aku tak nak ko keliru. Sebab aku pun pernah macam situasi ko, gunakan kawan-kawan untuk ngorat sorang awek. Last-last, aku keliru... Sebab ada kawan aku cakap, awek tu suka kat orang lain, ada kawan perempuan aku plak cakap awek tu pemalas, sedangkan hakikatnya aku langsung tak kenal awek yang aku suka tu. Hmmmmm..Waalahualam..
Lagi satu kan Aishah, bila ko admire orang tu, lama-lama, ko akan jadi lalai.. Ko akan kuat berangan dan mengharap yang bukan-bukan. Ko akan selalu berdoa dan menyerah segalanya pada Allah dengan HANYA USAHA YANG SEDIKIT. Bukan macam tu caranya. Usaha doa dan tawakkal kena seiring. Istiqamah pun mesti ada.
Khadijah pernah meminati Muhammad, lalu dia melamar Muhammad. Sedangkan masa tu, Muhammad belum bergelar Rasul.





13 comments:
boleh ke..buatnye kena hina..huhuhuhuhu..mmg sadis...
cite ni memang tak best..sakit hati je tengok..
"woi! aku suka kau."
bengkak la cakap macam tu weh. terpaksalah esok aku gi class pakai topeng.
hahahaa...terbaekk!
saya minat seorang lelaki, saya dah beritahu dia tentang soal hati ini, tetapi dia tidak ready dan mahu bersendiri :)
boleh jadi dr.cinta ni
idop wan...!!!!
admire..waa..kiranya sy aderla perempuan yg berani la.. mula2 rapat ngn die..bende2 kecik pun mngada mintak tolong die (cth mintak tolong ambik kat bus stop)..just lngkah nk rapat. bila dah rase selesa n confirm die rase selesa kawan ngn sy.. tell him how i'm feel..walaupun direject.. smpai hari ni kami still rapat.
admire..waa..kiranya sy aderla perempuan yg berani la.. mula2 rapat ngn die..bende2 kecik pun mngada mintak tolong die (cth mintak tolong ambik kat bus stop)..just lngkah nk rapat. bila dah rase selesa n confirm die rase selesa kawan ngn sy.. tell him how i'm feel..walaupun direject.. smpai hari ni kami still rapat.
segan bang
aku suke kawan baik aku..cene nk ckp, kang xpsl xbetegur sape..lagi seddeyh!mcm2 faktor gk kene amek kire..igt sng ke...
wa..dasat la kau. Putus sudah kasih sayang la kau bagitau dia bertunang. Lagi baik kau cakap dia duda ke...ada boyfriend ke, ada 3 bini ke...apa2 yg tak munasabah la...at least aishah tu dpt hint la kau tak mau terlibat. Nak sundirik usaha.
ps: Ye ke..kau tak suka..kalau awek tu riki2 kau pakai kawan kau? Kau menjerit2 takmau jugak ke? karakuikui.
adoyai betol tuh...tp mcm susah jaa kan...last2 baik lupakan jaaa niat...wakakakaka....!!!
Post a Comment