Sebab Apa Aku Takde Idea Nak Berblogging Dah?

Aku rasa mood dan momentum aku berblogging lately semakin menurun. Kalau bulan lepas, ada je idea aku nak update blog aku tapi sekarang ni macam takde pun sebarang cerita aku nak update. Nak kata kerja berlambak, hmmmmmm... tak jugak. Ada je masa untuk aku update blog. Tapi idea nak update entry tu langsung takde. 

Mungkin akhir-akhir ni aku asyik rasa lonely je kot. Bila aku lonely, otak aku ni secara automatik menjadi lembap. Nak jumpa kawan-kawan, kawan-kawan plak tengah sengkek. So, takleh la lepak dengan diorang. Maka, lepak la aku sorang-sorang dekat rumah tengok tv yang siarannya penuh dengan siaran sukan. Jujur aku cakap, aku bukan minat menonton sukan. Kalau tengok pun, aku tengok siaran sukan renang wanita, gymnastik wanita, angkat berat wanita dan apa jua sukan yang melibatkan perempuan pakai ala-ala bikini. Yaaaaa!!! Inilah aku.

Lepas tu, aku jogging sorang-sorang kat padang sukan kat Teluk Intan. Mula-mula memang la niat nak kuruskan badan tapi alih-alih niat ni bertukar menjadi aktiviti cuci mata menengok amoi-amoi, awek-awek dan minaci-minaci punya bontot yang pakai seluar ketat dalam keadaaan punggung mereka turun naik ketika berjogging. Weeeeeeeeeeeeeeeee!!!!!! Oh lupa nak cakap. Aku tak jogging, but i'm walking and no sweat at all. Haiiiiissssssshhhh...

Malam-malam plak, kalau aku bosan, aku belek majalah ujang dengan majalah apo... Lepas tu, aku tengok kartun-kartun dalam majalah tu plak ghairah semacam je... Adoiiiiiii... dengan kartun pun boleh rasa ghairah gak ke? Issshhh issssshhhh...

So, korang boleh imagine rutin harian aku camne kan? Haaaaaa... boleh dikatakan hari-hari aku tengok benda-benda tak senonoh je. Maka, otak aku pun jadi lembap gara-gara zina mata aku ni haaaaa...

Sebab tu, antara cara untuk hindari zina ialah kita kena bermasyarakat. Ziarahlah kawan-kawan, saudara mara, ahli keluarga kalau ada masa lapang. Kalau kita tak bermasyarakat dan hanya mensibukkan diri sendiri dengan aktiviti membaca novel mat salleh yang penuh dengan adengan-adengan romen, tengok movie dvd yang ada je scene2 romen, baik korang pi join aktiviti masyarakat. Ziarah dan diziarahi. Tu lagi bagus!!

Ada orang cakap kat aku, kalau boring sangat kat rumah or feel lonely, pegi lah baca quran. Ya betul tu!!! Tapi orang macam aku ni, baca quran cukup setakat 2 muka surat je. 2 muka surat tu takat makan masa 10 minit je. Selebihnya? Solat sunat? Hmmmm... ok... and then??

Faktanya, syaitan lebih suka orang yang berseorangan untuk mereka menghasut manusia. Tengok saja, bagaimana syaitan menghasut Hawa isteri Nabi Adam sorang-sorang yang menyebabkan Adam dan Hawa keluar dari syurga.

Ada betul ka? 

1 comments:

yoyo sontono said...

bro..jgn laa stop blogging..or lg tepat jgn laa malas2 update blog lu..aku ske baca blog lu..best hape...rilek je..sempoi, ori..xde fake cm blog2 yg aku follow sblm ni..
ape pn, aku stuju ngan pendapat ko, duk sorg byk lg dugaan & hasutan dr duk ramai2..cuba ko try tgk video ustaz azhar lak pahni..mn tau menjadi..hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

GUA

Blogcatalog

_____________________________
My BlogCatalog BlogRank