Boleh Ke Aku Jujur Macam Dia?

Ok... Ini edisi lelaki punya entry. Cintailah seorang wanita dengan sepenuh hati. Bukan kerana rupa, pangkat, kerjaya ataupun bontotnya yang seksi ala-ala Jennifer Lopez. 

Dulu masa aku dengan awek aku, aku tertanya-tanya gak la kenapa dia boleh terima diri aku ni. Sedangkan, aku ni bukan kaya, tak hensem, tak banyak cakap, penakut, tak reti repair kereta, tak reti bawak motor, tapi dia tetap sayangkan aku. Tu la hakikatnya, wanita apabila sayang kat seorang lelaki, diorang akan appreciate betul-betul kat kita. Setuju??? Hehehehehehehe... Aku rasa mesti ada yang tak setuju. Masing-masing ada pendapat. 

Aku rasa sebagai seorang lelaki, kita kena sentiasa jujur dengan wanita ni. Jangan sesekali menipu diorang, once korang menipu diorang memang korang akan kena pangkah sepanjang hayat dengan diorang. Kita yang laki ni, mungkin cepat berang bila orang tipu kita, tapi mungkin kita cepat cool down. Perempuan ni plak, diorang tak mengamuk tahap kita, tapi diorang akan pendam perasaan geram tu sepanjang hayat diorang. Mungkin lelaki pemaaf, perempuan ni plak pemaaf tapi bukan pelupa akan kesilapan kita. 

Ni aku nak share satu story ni, kalau boleh jom kita jadi laki seperti ni. Ada berani???

Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : 

"Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."

Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.

Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.

Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, 

"kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."

Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...

Beberapa bulan kemudian...
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.

Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.

"Catrina?"

Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.

Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, 

"Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."

11 comments:

atyn said...

tentu seronok kn bila dpt berjumpa dgn org yg benar ikhlas dgn kita :)

amirah said...

tabik spring kat perempuan cantik itu n lelaki jugak.hehe

yaya said...

wallawehhh....ada lg ke stok lelaki cmni??maha payah dah nak jumpe ni...hoho..

NanisLim said...

ok dah nangis baca haha.

ieramieya said...

keikhlasan itu penting,bkn paras rupa,cth nya mcm lam story 2,swett..

onnie sepet said...

hurm,,,,,,suke kisah ni,,,,,,,btw,,,,satu dalam seribu yang iklas ngn kite

cik 0rigami said...

tringa plak time sekolah2 kalau g perpustakaan bandar..belek2 buku,mesti ada nota macam tu..tapi xla seserius nota dalam novel atas tu..hihihih...apa2 pun..laki tu memang berani dan ikhlas.... :))

che sakinah said...

homaigooddd!! desperately need that kind of guy! hahahhaha. but I understand.. it just a story n never will be in reality. :]

faiz zaini said...

akuuuuuuu tak pahamm ending crite ni

Anonymous said...

dlm citer ni,nampak pempuan tu tak jujur...ape plak kalo kite terbalikkan situasi..lelaki kudong pas kna bom pas perang?catrina tu kira bajet lh kot2 laki2 tu yg kudong..tu yg soh budak ccacat tu yg gnti tmpt dye jap..apara..

WatauWaToccy said...

herm.. alangkah besh nyer kalu laki bersependapat ngn ko..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

GUA

Blogcatalog

_____________________________
My BlogCatalog BlogRank