Aku pernah bergaduh dengan seseorang dulu, last-last terus lost contact. Tapi bila fikir-fikir balik, kalau aku tak emo, maybe aku masih berkawan dengan dia sampai sekarang. Seronokkk wooo kawan dengan dia, tapi alih-alih satu perkara je boleh menyebabkan kita putus kawan.
Aku cuba juga hubungi dia, tapi tak dapat. Dia tukar number phone. Aku just nak minta maaf je. Sampai la satu hari, aku tanya seorang kawan,
"Rosli.. ko tau apa-apa cara untuk aku jumpa kawan-kawan lama aku balik??"
"Dulu ayah aku ada cakap kalau nak jumpa orang yang kita rindu, baca ayat pengasih dalam diri kita sendiri.."
Haaa??? Ayat pengasih yang ada dalam diri kita???
Rupanya apa yang dimaksudkan oleh Rosli tu sebenarnya amalan yang akan kita lakukan setiap hari iaitu ayat-ayat surah al fatihah.
Aku cuba amalkan apa yang dicakapkan oleh Rosli tu. Korang tau apa yang terjadi, 3 hari lepas aku amalkan benda ni yakni semalam bersamaan Hari Sabtu 29hb Otober 2011, aku jumpa dengan kawan lama yang aku pernah gaduh tu kat Teluk Intan. Plus, dia tegur aku dengan cara baik betul... Takde pun dia ungkitkan kisah-kisah lama especially zaman gaduh dulu. Kami lepak sama-sama kat kedai mamak, borak-borak... just KITE BERDUA saja. Happi beb!!!
Nak tau apa amalan untuk memudahkan orang lain memaafkan kita?
1)Sedekahkan al fatihah kepada orang tu sebanyak 15 kali.
2)Apabila sampai ke ayat iyya kanaa' budu waiyya ka nas ta in, baca ayat tu sebanyak 7 kali kemudian terus sambung dan habiskan surah fatihah tu. Ulang perkara yang sama sebanyak 15 kali.
3)Apabila nak baca fatihah jangan baca secara wasal. Baca ikut di mana ada waqaf. Setiap kali waqaf, ambil nafas dan baca.
Insya Allah.




3 comments:
PERKONGSIAN yang menarik.... :D
salam..
hida pun ada mslh yang sama tpi kami tak pernah bergaduh.. tetiba kawan yg mmg rapat sgt ngan hida dari sekolah terus membisu.. sampai skank hida tak tahu puncanya.. dia aktif di fb, no fon pun still sama cme dia tak layan hida dan beberapa teman yg pernah susah dan senang ngan dia dulu..
terima kasih atas perkongsian ni..
info yang menarik ni! thanks :D
Post a Comment