Pejam celik pejam celik, tamatlah sudah Ramadan. Sebulan puasa, bukan naik pahala tapi sebaliknya naik perut, naik berat badan. Namanya puasa, tapi masa dihabiskan dengan tidur kat surau ofis, tidur kat rumah, melantak makanan-makanan. Cerita pasal makanan, aku rasa 15 hari daripada 29 hari kita berpuasa, semuanya aku makan kat merata tempat. Makan kat jamuan masjid untuk penyampaian bantuan zakat program ofis aku buat je dah dalam 10 lokasi. Masa makan kat masjid India untuk program bersama mualaf, lauk kambing... Fuhhhhhhhh!!! Ayam plak tandori style.... Fuhhhhhhhhhhhh.... Pelahapppppppp!!! Then ada plak program kat kampung orang asli, makan plak makanan orang asli. Sebab tak biasa makan, pastu sedap plak, terus jadi orang gile makan tak henti-henti...
Lepas tu, ada plak gathering dengan famili makan kat hotel. Haaaaaaaaaaaaa... lagi la pengsan. 2 jam non stop makan. Dari makanan laut, makanan darat, sampai makanan awan-awanan. Balik-balik rumah rasa pening. Ni belum citer lagi selera aku kat bazaar ramadan yang macam-macam aku beli. Ayam percik, char kuey tiaw, cendol, roti john.... Perggggggghhhhh, tak pernah bazir pun, semuanya selamat dalam perut comelku ini.
Sepatutnya, bulan puasa ni la aku kena latih supaya jadi orang yang boleh mengawal nafsu, tapi last-last guwe jadi hamba nafsu. Yang ok sikit bulan ramadan, aku takde perasaan tengok awek seksi. Selalu kalau jumpa awek seksi, aku rasa macam nak gigit-gigit je, tapi time ramadan.... hmmmm quite ok la..
Sebulan dah aku puasa, dengan senang hatinya aku timbang berat badan. Sanggup tu aku dari rumah pergi ke pasaraya Billion semata-mata nak timbang berat badan. Sekali timbang, cissssssssssssss.... 95kg!!! Giler obesiti betoiiiiiiiiiiiii!!!!! Udah la tak hensem, debab plak tu.......... Arrrrrrrrrgghhhhhhh!!!! Naik 4 kilo!!! Dulu, 5 tahun lepas, berat aku dalam 82kg ke 85kg je. Sekarang, dah naik 10 kilo. Doktor pun dah isytiharkan aku ni golongan obesiti. Kalau nak normal, aku kena turun jadi 78 ke80 kg. So, 95 kg tolak dengan 80kg ITU BERSAMAAN DENGAN 15 KILO!!!!!!! Macam mana nak kasi turun 15 kilo woiiiiii!!!!! Arggggggggghhhh...tekanan!!!!
Sekarang ni 30 Ogos 2011, pukul 00.39 a.m, lagi 7 jam sebelum nak bertolak pergi solat sunat raya. Belum lagi bermula aktivit melantak dari rumah ke rumah. Aku berani jamin la, bila bermulanya aktiviti melantak dari rumah ke rumah ni, konfem boleh cecah 100kg ni....... Uh la la!!! Kalau tak makan kat rumah orang, orang cakap kita sombong plak. Adoiyaiiii...
Lepas tu, orang Melayu kita ni beraya sebulan, nanti ada la plak kawan-kawan ofis buat open house. LAGI LAAAAAAAAAAA TEMBAM... Pastu, mungkin badanku ni akan cecah 105kg plak. Sedar-sedar lepas raya, aku dah jadi 110kg. Wallaaweeeiii... Aaaahhh... watever laaa...Berat bukan isu bagi seorang lelaki yang dah sememangnya debab... Dah debab buat cara debab yeee...
Ok, sekarang dah pukul 0047 a.m. Aku mohon maaf kepada semua kawan-kawan kat yang baca blog ni, dan kawan-kawan lain serta adik beradik plus my parents atas kesilapan yang aku buat selama ni. Jangan la dipendam perasaan benci kat aku. Jangan la ada perasaan dendam kat aku. Jangan la ada perasaan nak menganaiya aku.
Dan tidak lupa pada kucing-kucing, ayam-ayam, anjing-anjing, kerbau-kerbau, kambing-kambing serta tumbuh-tumbuhan, sekiranya kamu reti baca blog ni, aku pun nak pohon maaf sama korang gak. Aku tau, aku selalu je baling air, baling batu, kencing (kat pokok) kat korang semua. Aku mohon maaf ye. Kosong-kosong.
Dan kepada Celcom serta kakitangan Celcom, walaupun aku membenci mu sepenuh ragaku kerana line broadband yang lembap, aku pun nak mohon maaf kat korang juga kerana aku gagal mengawal kemarahan aku dan aku pernah mengutuk korang dalam salah satu entry kat blog ni. Aku tak pernah pun hargai korang selama ni. Sebenarnya dengan Celcom Broadband ni la yang aku boleh update blog ni. Dengan celcom broadband ni gak la aku dapat kontek ramai kawan kat facebook. Celcom, minta maaf ye atas keceluparan aku.
Akhir sekali, KISAH CINTA NASI LEMAK nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432 Hijrah 2011 Masihi kepada semua makhluk-makhluk Allah. Diharapkan, kita sentiasa kemaskini diri kita untuk pertemuan denganNYA kelak. Always prepare. STANDBY!!!





5 comments:
- ampun maaf dipinta andai ada keterlanjuran dan kesalahan yang dilakukan sepanjang kita kenal dalam dunia blog ni...
- Salam Syawal 1432H & Maaf Zahir Batin
salam lebaran...sayer datang nak rayer..:D
eid mubarak!
naik perut gendut cute what.. hik3
bila dah raya, sakitlah pula perutku..baca n3 tbaru saya!
http://kelip-kelipkehidupan.blogspot.com/2011/09/gara-gara-beraya-perut-dah-kembung.html
Post a Comment