OH BELOG

Kisah Asal Usul Makhluk Bunian


Kisah kewujudan makhluk bunian belum ada lagi bukti dari hadith yang sahih. Kisah kewujudan makhluk bunian ni adalah cerita dari rentetan masyarakat Islam secara turun temurun. 

Pada zaman Nabi Muhammad SAW, wujud satu kaum yang sangat miskin. Usahkan nak beli baju, nak beli makanan harian pun mereka kais pagi makan petang. Begitulah susahnya kaum itu. Pada suatu hari, kaum ini mendapat tahu yang Nabi Muhammad SAW akan datang berkunjung ke kampung mereka. Kaum ni berasa amat gembira dengan kedatangan baginda SAW dan mereka merancang untuk menyambut kedatangan baginda dengan hidangan-hidangan yang lazat.

Malangnya, mereka gagal untuk menyediakan makanan yang lazat, kerana kedaifan mereka yang terlampau.Akhirnya kaum ni berpakat untuk menyembelih kucing untuk dihidangkan kepada nabi muhammad. Sesampainya Rasululllah SAW ke kampung kaum tersebut, mereka menghidangkan makanan kucing sembelih tu kepada Rasulullah SAW dan alangkah terkejutnya Rasul SAW kerana kaum tersebut menghidangkan kucing sembelih kepada baginda. 

Kucing kan haram dimakan? Tak cukup dengan tu, kucing gak adalah binatang kesayangan Rasulullah SAW. Maka, Rasul SAW menegur kaum tersebut perihal perbuatan mereka yang keji itu. Disebabkan malu, kaum tersebut meminta agar Rasulullah S.A.W berdoa kepada Allah, agar mereka dan keturunan mereka tidak dapat dilihat oleh manusia lain. Maka Rasulullah S.A.W mendoakan mereka, lalu kabullah doa Rasulullah. Itulah dia asal keturunan bunian yang wujud sehingga kini.

Wallahualam...

4 comments:

che sakinah said...

first time dengar... hmm, maaf tanya, sahih ke cite ni? dkt mana saya boleh rujuk ye.. tq.

sri sara semah camelia said...

betul ke?..kat mn leh sy refer fkta ni..tq

KISAH CINTA NASI LEMAK said...

takde lagi fakta sahih ttg bunian ni... ada yg mengatakan bunian ni wujud sejak nabi sulaiman. ada yg mengatakan, sejak kewujudan Adam a.s pun dah ada bunian ni yg dikatakan dari golongan jin... dalam entry ni, manusia yg dihilangkan dari pandangan pun boleh dikategorikan sbg bunian gak...

wallahualam

Anonymous said...

Kenapa harus malu kepada manusia? Sepatutnya malu hanya pada Allah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails