Pernah tak korang yang gadis-gadis comel lote ni sedang menaiki bas dan tiba-tiba stuck dalam trafik jam kat tengah pekan? Jam pada masa tu pukul 6.50 petang tapi rupa-rupanya korang masih belum menunaikan solat asar. Masa tu plak korang berpakaian tudung, t shirt dan seluar jeans.
Dalam hati korang,
"Aaaaaahhhh.... nak dekat habis waktu dah ni, qado je la solat asar ni... Nak tunggu habis trafik jam ni, mau pukul lapan malam sampai rumah......"
Huhhhh??? Nak qado solat??? Wah wah wahhhhhhh!!!!!!! Ooooooooooo ingat senang-senang ke boleh qado solat??? Alasan, sebab tak menghadap kiblat? Alasan sebab tak berwuduk? Alasan sebab tak pakai telekung???
Mana boleh tinggalkan solat senang-senang macam tu je..... Kalau kita tinggalkan solat umpama kita kehilangan ahli keluarga dan saudara mara terdekat kita. Jadi, dalam apa situasi pun, korang pelihara lah solat korang.
Dalam situasi ni, korang mula-mula kena cari jalan gak macam mana nak tunaikan solat korang. Cuba slow talk dengan driver bas,
"Encik... tolong berenti kat mana-mana surau, saya nak solat sat...."
"Boleh blahhhhhhhhhhh!!!" jawab drebar bas tu...
Kalau drebar bas cakap macam tu, korang turun je dari bas tu, carilah mana-mana surau untuk korang bersolat. Lepas tu, naik bas lain..
Kenapa aku cakap macam ni? Islam memang mudah, tapi jangan pandang mudah dengan peraturan Islam. Kalau korang kehilangan saudara mara atau mereka tu bakal dibunuh, bukan ke korang akan kelam kabut? Haaaa itu lah perumpamaan sekiranya kita tinggalkan solat. Kalau kita tinggalkan solat, kita akan kehilangan saudara mara kita. Kita patutnya menggelabah apabila belum menunaikan solat wajib kita...
Dalam situasi tadi, andainya pakcik drebar bas tu tak nak layan permintaan kita untuk solat, lepas tu plak kita tak boleh nak naik bas lain selain dari bas tu sebab kita ada dua puluh sen je dalam wallet (tak cukup tambang naik bas lain), maka baru la kita gunakan alternative ni...
Mula-mula, niatkan dalam hati,
"Sahaja aku tunaikan solat solat asar bagi menghormati waktunya kerana Allah"
Buat segala dalam rukun solat.
Misalnya korang sedang duduk dalam seat bus, korang boleh bayangkan je atau lakukan perbuatan takbir dalam keadaan duduk, seterusnya rukuk, iktidal, sujud dan lain-lain sampai laaaa ke salam dalam keadaan mengikut tertib. Macam tu sajaaaa...
Apabila korang dah sampai rumah, korang qado balik solat asar korang tu.
Ada sesetengah ulama cakap, apabila korang dah solat asar menghormati waktu, korang tak perlu lagi nak qado solat sebab solat tu dianggap sempurna.
Tapi pada pandangan aku, korang qado je solat tu.... Jangan ambil mudah dengan benda-benda solat ni. Sebab dalam solat menghormati waktu tadi, korang tidak sempurna solatnya kerana tidak cover aurat sepenuhnya, korang tidak menghadap kiblat dan korang tidak berwuduk. Yang menentukan solat kita diterima adalah Allah. Entah-entah Allah tak terima solat tu sebagai solat yang sempurna apa macam??? Haaaaa!!! Baik qado balik solat asar tu... Waalahualam...




8 comments:
tanx utk info ini ye!
bagusss...
info beguna , thanks :)
great info. aku selalu kene camtu. terima kasih kerana buat entry ni, kalau tidak aku pon xtau =.=
Thanks atas perkongsian nie..
nice info..
subhanAllah...
^_^
info yang bagus,,tu lah,,dalam papehal sekali pon,,kalau dah masuk waktu tu solat je dulu..lagi mudah..=)
Post a Comment