Kisah Pertama:
Kisah pasal Mohamad Fahmi, bekas kawan aku kat UiTM dulu. Kawan aku ni dalam kelas selalu je tidur. Dia tak boleh duduk diam melebihi 1/2 jam, kalau lebih 1/2 jam mulalah satu kelas boleh tengok dia ni bertafakur sambil mengeluarkan elemen suara dengkuran yang boleh didengari satu penghuni kelas. Aku jarang tengok dia study, dia study pun kejap-kejap je. Belek buku gitu-gitu je, tapi bila test, kuiz or exam, result sure gempak punya. Budak-budak lain cakap dia ni ada otak fotostat. Senang tangkap bila belajar.Sekarang dah pun 6 tahun berlalu, Fahmi sekarang bekerja sebagai Senior Auditor dekat big four audit company. Kereta dia kereta camry beb!!!
Kisah Kedua:
Ramli ni umurnya 36 tahun, dah berkahwin dan mempunyai 2 anak. Walaupun dia dah berumur 36 tahun, tapi muka dia macam muka orang berumur 23 tahun. Aku kenal dia sebab dia ni suami ofismate aku. Ofismate aku tu baru je berumur 27 tahun. Tapi boleh tahan cun gak bini si Ramli ni. Kalau aku lepak-lepak dengan ofismate-ofismate aku, ada je cerita pasal si Ramli ni. Cerita yang tak habis-habis memuji pasal tingkah laku si Ramli yang sopan, muka hensem, and so-so on. Tak pernah pun aku dengar cerita-cerita yang buruk pasal dia. Padahal Ramli tu bukan satu ofis pun dengan kitorang.... Hmmmm... pelik...
Kisah Ketiga:
Seorang amil zakat bernama Hj Kamarul selalu je datang ke baitulmal serahkan duit dalam lingkungan RM10,000 setiap bulan hasil daripada pelanggan Hj Kamarul yang membayar zakat perniagaan. Kadang-kadang dalam sebulan, Hj Kamarul mampu kutip zakat perniagaan daripada syarikat-syarikat sampai RM80,000 sebulan. Bayangkan, Hj Kamarul yang dah berumur 72 tahun, masih lagi gagah berdiri tegak dan mampu convince syarikat-syarikat besar untuk membayar zakat perniagaan. Amil-amil profesional yang masih muda yang lepasan Mesir pun belum pernah pecah rekod kutipan zakat harta melebihi RM100k setahun tapi Hj Kamarul memegang ranking tertinggi sebagai amil zakat harta dengan kutipan RM500k setahun. Komisen Hj Kamarul pada tahun sudah dalam RM30,000 (1/16 daripada kutipan zakat yang berjaya dikutip).
Kisah Keempat:
Hj Shuhaimi baru je berumur 43 tahun bekerja sebagai penghantar notis di makhamah syariah. Tangga gaji dia sekarang, baru RM 1400 sebulan. Isteri tak bekerja, anak ada 4 orang masih bersekolah. Yang best nya, Hj Suhaimi ada sebijik kereta exora, sebijik kereta kancil, sebijik kereta savvy dan sebijik motor. Dia also dah pergi haji bersama isteri dia plus berkemampuan membeli sebuah rumah. Macam mana orang yang bergajikan RM1400 sebulan mampu miliki semua tu? Bila aku tanya dia, dia ada buat side income ke? Dia jawab takde.
Jawapan kepada semua kisah tu adalah kerana amalan yang dibuat oleh Fahmi, Ramli, Hj Kamarul dan Hj Suhaimi kerana mengerjakan solat sunat dhuha.
Antara kebaikan-kebaikan mengerjakan solat suna Dhuha ialah:
-menajamkan minda seseorang, mudah untuk seseorang itu menerima ilmu.
-akhlak dan tingkah perilaku seseorang itu dijaga oleh Allah sehingga kalau baju yang dipakai oleh orang itu lusuh, namun tetap nampak bersih kepada orang di sekelilingnya.
-Allah akan menyerikan wajah orang yang mengerjakan solat sunat Dhuha.
-menyihatkan tubuh badan seseorang serta panjang umur.
-orang lain akan yakin kepada orang yang selalu mengerjakan Dhuha (macam dalam kisah Hj Kamarul).
-Allah tak akan menyempitkan rezeki orang yang mengerjakan Dhuha (macam dalam kisah Hj Suhaimi).
Berikut adalah hadith-hadith tentang keistimewaan Solat Sunat Dhuha:
Hadis pertama : Dari Abu Hurairah r.a berkata : Nabi Mohd saw menasihati aku untuk mengerjakan 3 perkara dan jangan ku tingalkan sehingga aku mati iaitu:
1. Puasa 3 hari pd pertengahan bulan
2. Shalat Dhuha
3. Solat sunat Witir sebelum tidur
2. Shalat Dhuha
3. Solat sunat Witir sebelum tidur
Hadis kedua: Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda :
Sesiapa shaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di lautan.
Hadis ketiga:
Sabda Nabi saw :
Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang2 yang bertaubat.
Hadis keempat: Diriwayatkan oleh Tabrani Rasullullah bersabda:
Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan “Dhuha” maka jika telah datang pada hari kiamat , berserulah (malaikat) “manakah orang2 yang selalu bersolat dhuha ? inilah pintu kamu silakan lah masukke dalamnya dgn rahmat Allah swt.





13 comments:
AAssalam tuan, izinkan saya share kisah ini blog saya..
mimview.blog
menarik !!
=)
thumbs up :)
wah! lepas ni nak solat dhuha lah! : p
Thanks for sharing. :')
terima kasih untuk kisah2 diatas....
menarik.. bleh share??
alhamdulillah...tq sharing...sejuk hati bace,rezeki Tuhan yg bagi...
awesomee , thank you share ;)
http://celotehsikacak.blogspot.com/2011/07/wanita-jangan-di-bilang-cantik.html
mintak izin copy ye...tq
sy dtg mncurik kt sini =)
good sharing :)
like :)
Post a Comment