Ada Berani Lalu Dekat Sini???


Welcome to Accident? Gila punye signboard, boleh plak dia tulis macam tu. Konfem driver-driver yang tengok signboard tu gabra tak hingat lalu kat kawasan tu... Kawasan accident!!!! 

Orait, Accident adalah sebuah pekan kecil yang terletak dekat Maryland, United States. Pekan Accident ni amat terkenal dekat Maryland bukan pasal nama Accident dia, tapi sebab ia adalah sebuah pekan kecil yang 90% daripada penduduknya adalah orang yang telah berumah tangga dan orang tua yang hidup bersendirian. Ni bermaksud 10% daripada penduduk Accident adalah orang yang masih muda dan belum berkahwin, jadi ini adalah pekan yang amat susah untuk mencari jodoh bagi pra lelaki yang suka love hunting.

Watch Jumper Online

Filem keluaran 2009 yang ditayangkan kat Malaysia pada tahun 2010. Filem aksi yang menceritakan seorang manusia yang ada kelebihan yang boleh pergi ke mana-mana yang dia mahu sebab dia ada kuasa JUMPER. Jumper??? Ni bukan jumper bateri kereta tapi sejenis kuasa yang membolehkan seseorang itu pergi ke mana-mana saja dalam sekelip mata.


Punca Kemenangan Malaysia Dengan Indonesia

Gambar yang dikatakan punca kemenangan Malaysia dengan Indonesia dalam perlawanan bola sepak Suzuki AFF 2010.. Kenal siapa dalam gambar tu?? Jurulatih pasukan Malaysia yang dikatakan sedang menyamar menjadi penarik beca di Indonesia gara-gara nak dapatkan maklumat penyokong bola sepak di Indonesia... Betul ke??? Jeng jeng jeng!!!


Pembunuhan Diri Beramai-ramai Dalam Satu Masa

Inilah bahana kerana taksub dengan ajaran sesat, sanggup mereka-mereka ini membunuh diri mereka. Dalam video-video dekat bawah ni adalah satu dokumentari tentang pembunuhan diri beramai-ramai yang telah berlaku di California sekitar tahun 1970an. Mereka-mereka ni adalah penganut agama yang dipanggil Peoples Temple atau mungkin juga dipanggil JimJones Religion yang dipelopori oleh bekas penggerak komunis iaitu Jim Jones.

Tragedi pembunuhan diri beramai-ramai oleh penganut agama ni berlaku di Bnadar Guyana pada November 18, 1978 (tak pasti tahun bila) dan telah mengorbankan 918 nyawa yang majoritinya terdiri daripada penduduk California dan akhirnya bandar bunuh diri ini digelar Bandar Jonestown. Mereka semua ni bunuh diri dengan meminum racun iaitu Cynide Laced. Pergggghhh... macam minum milo jeeeee...

Gambar-gambar Yang Spoil!!!!


Asal nak berposing je, ada je mamat nak enterframe sekali... Haiiissssshhhh tensen tensen!!!!



Azwan Ismail Mengaku Gay, Liyana Fizi Sokong Gay?


Rasanya semua orang dah tengok video pengakuan berani mati dari seorang penentang Islam iaitu Azwan Ismail. Kepada yang menentang dengan cara Azwan Ismail, teruskanlah menentang dan kepada yang menyokong dengan tindakan Azwan Ismail tu, bawa-bawa la fikir sedikit, jangan jadi seperti Liyana Fizi bekas penyanyi kumpulan Estrella yang menyokong tindakan anti keganasan terhadap kaum pondan.

Bak kata Liyana Fizi dalam gambar kat bawah ni yang dirakam dalam Facebook beliau, takde pun makyah yang pernah rompak dia, ragut dia, hentam adik beradik dia dan buat apa-apa yang jahat pada diri dia sebelum ini. Ok... bernas ke jawapan dia tu?

Cuba gantikan pondan tu dengan mana-mana pengedar dadah yang tak pernah pun kacau hidup Liyana Fizi, kacau adik-beradik Liyana Fizi atau buat apa-apa yang tak baik pun pada beliau. Kalau dia tak kacau hidup Liyana Fizi, jadi pengedar dadah tu berhak la dapat layanan istimewa dari Liyana Fizi la ek???

Kenapa golongan gay/pondan/lesbian ni haram di sisi agama? Sebabnya untuk mengelakkan putus generasi. Selain dari tu, untuk mengelakkan masalah maksiat berleluasa, kalau sama jantina boleh bersekedudukan dekat mana-mana hotel, penguatkuasa Islam pun tak dapat nak detect. Bila dah jadi macam ni, senang la golongan-golongan ni tukar-tukar pasangan macam binatang plak. Bosan, cari lain... Seterusnya, datangla penyakit HIV, siplis, buasir terlampau... Sedar-sedar negara kita kena serang dengan musuh Islam, golongan-golongan ni la plak yang menjadi tentera nak mempertahankan Islam, angkat senapang pun cakap AUUUWWWWW!!!! AUUUWWWWW!!!! Senang benar kita dikalahkan dengan musuh..

Video Gadis Melayu Cium Mulut Lagi


Al-kisah.. Di suatu kawasan yang tidak diketahui tempatnya terdapat sepasang beruk jantan dan betina sedang berkasih-kasihan. 2 ekor beruk ni baru je beli handphone yang boleh rakam video. Jadi mereka ni pun nak test la macam mana nak guna video kamera handphone tu. Alang-alang nak buat video mereka merancang la nak buat video macam dalam scene-scene filem. Tapi memandangkan 2 ekor beruk ni tak cukup krew-krew untuk buat filem serta tak cukup pelakon tambahan, maka mereka pun merancang la buat satu scene french kiss untuk tatapan umum... Merekalah pelakon, mereka la director dan mereka jugalah jurukamera.

Bodoh benar mereka berdua ni yer? Rakam video comolot lepas tu dengan penuh bangganya upload dekat internet. Berikan tepukan gemuruh kepada 2 ekor beruk ni yer... Syabasssssssssss!!!!!!!

video

Angelina Jolie Ketika 19 Tahun

Gambar Angelina Jolie yang dicilok pada tahun 1994 ketika dia masih 19 tahun. Belom femes lagi time tu.. Angelina Jolie pada aku dari dia umur 19 tahun sampai la sekarang takda beza langsung muka dia. Yang beza aku tengok kemantopan dadanya je. Hihihihihihihihi.....

Orang Gila Merempit

Belum pernah lagi aku tengok seorang manusia gila yang suka merempit. Kejadian berlaku dekat Kelantan yang mana ada sorang hamba Allah ni, dia memang tak betul pun otaknya, tapi dia ada satu hobi yang gempak... MEREMPIT... Hamba Allah ni dikatakan kerap merempit dekat area dalam video kat bawah ni. Tapi merempit waktu siang jeeeee... Ada lesen ke idak, wallahualam... Yang paling bestnya, si mamat gila ni boleh plak cuba kasi panas dekat seorang mat motor yang bawa superbike. Sedangkan, mamat gila tu bawak kapcai je beb!! Gila punya tak sedar diri!!! Nak tau apa berlaku seterusnya, sila tonton video dekat bawah.

video

Hasil Superimpose Yang Hebat!!!

Kerja-kerja menjatuhkan artis ni memang selalu je terjadi dalam industri hiburan. Paling senang nak jatuhkan seseorang artis, buat satu gambar superimpose artis tu tengah buat adengan tak senonoh. Tapi kadang-kadang ada yang benar memang artis tu buat kerja tak senonoh di depan kamera, tapi senang-senang je diorang kasi jawapan klise,

"Itu semua superimpose.... Ada orang cuba jatuhkan saya"

Eleeeeeeeeeeeeeeeeeeehhhh... Nyampah I dengar... Hokkk tuiiihhhh..

Sekarang mari kita tengok gambar-gambar yang aku cilok dari facebook dan blog manusia bernama John Hafiz. Susah benar aku nak mengatakan ianya adalah superimpose... Semua gambar seakan benar!!! 

Kredit to http://primajohnna.blogspot.com dan facebook Kejohntanan Hafiz... Beliau adalah model kepada semua gambar-gambar di bawah... Kejohntanannye memang terserlah!!!

Cuba korang tengok, real ke idak??? Ekekekekekekekeke...



Labur Duit Dengan Muzik


Korang pandai bermuzik dan sudah punya original material untuk diperdengarkan? Tak kisah la samada korang ni bermain muzik secara solo ataupun berkumpulan asalkan korang mempunyai material untuk diperdengarkan, hantarkan material muzik korang tu kepada publishing company.

Muzik juga adalah satu pelaburan. Selain bermain muzik dan mendapat bayaran hasil dari show-show, duit dari muzik juga boleh dijana melalui royalti. Apabila lagu kita dimainkan di corong-corong radio, lagu kita yang dimainkan itu berhak untuk mendapat royalti. Bukan setakat di radio je, lagu anda dimainkan di pusat karaoke, shopping complex, di pawagam, di iklan-iklan dan di televisyen, semua itu, anda berhak mendapat royalti. 

Pernah tengok drama Gerak Khas kat RTM tu??? Pernah tak dengar lagu tema drama Gerak Khas tu??? Alaaaaa yang asalnya AC Mizal dengan Abby Abadi yang nyanyikan lagu tu tapi yang sekarang, penyanyi Roy pula nyanyi….  Kalau tak pernah, rajin-rajin la tengok rancangan TV dekat RTM. Okay, cerita pasal Drama Gerak Khas tadi, kalau korang perasan, setiap kali iklan dekat RTM, mesti ada iklan Drama Gerak Khas ni. Dan setiap kali iklan Drama Gerak Khas ni dimainkan di iklan TV, setiap itu jugalah lagu Gerak Khas dimainkan. Bayangkan, saluran RTM sekarang 24 jam dan dalam tempoh 24 jam ada saja selingan iklan dan dalam selingan iklan ada je iklan Gerak Khas….. Tul tak????? Bayangkan berapa banyak pencipta lagu Gerak Khas tu dapat duit? Andaikata la lagu Gerak Khas tu diputarkan 20 kali sehari dalam iklan RTM, sehari je dah jana duit kepada pencipta lagu Gerak Khas tu!!!!!! Lepas tu, drama Gerak Khas ni dah berapa lama dah dok asyik ditayangkan di TV??? Rasanya dari tahun 2003 lagi, dan sekarang sudah pun tahun 2010 dan dalam masa tu juga la lagu Gerak Khas tu masih sama sebagai lagu tema drama tersebut…. Perrggggghhh!!!! Tak putus-putus la rezeki composer lagu tu yer!!!





Sekarang ni, ada pula stesen radio yang putarkan lagu-lagu Malaysia sahaja tak kisah la mainstream ke ataupun indie iaitu stesen radio XFM. Itu adalah satu medium kepada pemuzik bebas atau pemuzik bawah label untuk jana duit sampingan dari muzik. Kadang-kadang stesen radio XFM ni putar lagu adalah dalam 2 3 kali lagu yang sama. Dalam sedar tak sedar, pemuzik dan pencipta lagu tu dapat duit royalti. Goyang kaki je. Sekali je buat kerja iaitu kerja pembikinan lagu dalam studio, kemudian duit masuk melalui royalti airplay di corong-corong radio.



Pereka Fesyen Baju Bila Dah Habis Idea...

Mat Salleh ni bila dah mati idea nak buat suatu benda mula la buat benda pelik-pelik... Konon-konon kreatif laaaa... Haiiiisssssshhh... 

Ini Superimpose Ke?

Kalau perhatikan betul-betul dalam gambar kat bawah ni, ada seorang awek yang bertudung syok mandi dekat satu water park tapi dia macam tak sedar yang seluar dia tu dah jadi jarang sampai boleh nampak bentuk spender dia yang oldskool tu.... Tapi cuba fikir-fikir balik, takkan la minah tu tak sedar yang seluar dia tu dah jarang... Syok sangat mandi kot??? Ataupun dia dah sedar yang seluar dia dah jarang tapi dia buat dekkkk je... Lantak pi arrrrr... 

"Aku dah bayar puluh-puluh ringgit nak masuk water park, takkan la pasal seluar jarang boleh kasi spoil mood keceriaan aku???" gamaknya itulah yang minah tu fikir.

Tapi boleh jadi juga ini gambar superimpose... Maybe orang yang edit picture ni dah takde kerja lain nak buat, dia pun superimpose kan la gambar ni. Asalnya gambar ni memang gadis tu pakai seluar jarang tapi minah tu tak pakai spender, jadi mamat yang edit gambar ni touch up-touch up la gambar ni agar nampak seolah minah tu pakai spender oldskool kaler hitam... Huhuhuhuhuhuhu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

GUA

Blogcatalog

_____________________________
My BlogCatalog BlogRank