Malas betul nak update blog sejak akhir-akhir ni. Usahkan update blog, main internet pun rasa malas. Rasanya dah 2 bulan kot aku main internet dalam tempoh sejam je dalam sehari. Kalau dulu, sehari tak buka internet rasa macam nak mengelupor je badan, sekarang ni rasanya dah boleh kot tinggalkan computer aku ni dalam 3 4 hari tanpa rasa rindu. Cewaaaahh…
Semua ni gara-gara aku dah ketagih dekat satu benda. Dan benda ketagih itu ialah KEMALASAN. Sekarang ni, aku balik je dari kerja terus aku tido. Sedar-sedar dah maghrib, sementara nak tunggu isyak masuk, aku pergi makan, then terus solat isyak. Lepas tu tido…. Esoknya masuk kerja. Hari sabtu ahad time tu la nak gather dengan kawan-kawan kat luar, maka hidup berinternet terus terbiar berlalu macam tu je. Kalau update pun, just update movie je kat blog ni.
Bila dah lama tak update blog ni, nak start berblog balik tu rasa macam tak lancar je. Idea nak keluar tu bagaikan seorang manusia yang sedang berak sembelit. Mungkin lebih teruk dari tu. Mungkin ayat perumpamaan yang sesuai, bagaikan ada orang letak jari kat jubo orang yang nak berak… Press press sampai muka dah kaler biru pun, tak kuar kuar gak taik… Haaaaaaaaa!!!!!! Itu perumpamaan yang lebey tepat!!! Yezzzaa!!!
Haaaa!!!! Alang-alang dah cerita pasal berak ni, guwe nak story satu story pasal tahi. Hari tu aku pergi solat jumaat dengan ofismate aku dekat masjid negeri. Tapi, masjid tu full of para jemaah, maka kami berdua ni lepak la kat luar majid betul-betul dekat area tempat ambil wuduk sementara nak tunggu tiba masa solat. Sekali masa kami tengah duduk dekat luar, member aku tu terpegang najis burung yang masih basah dekat satu sudut dinding masjid. Haaaa!!! Tu laaaa gatai tangan sangat.. Sume benda nak sentuh.. Haaa kan dah kena najis… Teeetttt…