OH BELOG

Artis Malu, Memalukan dan Kemaluan??? Eh...

Rasanya setiap orang pernah hadapi saat-saat yang memalukan? Betul tak? Macam aku, aku sampai sekarang masih tak boleh lupa perkara yang paling memalukan aku dekat ofis aku iaitu peristiwa aku tercirit dalam seluar dekat ofis... Fuhhhh, ramai saksi tu yang tengok aku tersalah teknik kentut sampai boleh tercirit dalam seluar.. Malu I tau, malu...... Rujuk sini untuk cerita tercirit aku tu..

Ok hari ni, aku nak tanya korang, patut atau tak patut seseorang artis tu malu dengan diri dia atau orang ramai apabila suatu yang dia tak expect berlaku kat dia depan orang ramai???

Perisitiwa Siti Nurhaliza Speaking London


Ramai sangat yang persoalkan kemampuan Siti Nurhaliza bila speaking in English. Sekali tengok dalam video ni. aku pun nak tergelak bila Siti Nurhaliza speaking London. Tapi last-last bila tengok balik video ni, aku patut bangga dengan Siti Nurhaliza sebab dia berani untuk mengubah diri dia and show that she also got guts. Daripada aku ni yang asyik kutuk-kutuk orang poyo cakap english... hek elaaaaaa... Apa punya busuk hati daaaa...


Peristiwa Jaclyn Victor Jatuh Atas Pentas AIM


Akibat memakai busana yang sendat serta jenis lap lantai, Jaclyn Victor pun jatuh tergolek di atas pentas. Bahananya memakai busana yang sendat... Nasib tak terkoyak sampai nampak bontot ke.. Idak memang jadi legend artis la Jaclyn tu. Andaikata la terkoyak  ternampak bontot, rasa-rasanya Jaclyn akan teruskan nyanyian dia ke idak???

Peristiwa Saiful Apek Ternampak Spender


Saiful Apek patut bersyukur kerana dia memakai underwear. Kalau dia tak pakai apa macam??? Bukannya sengaja dia nak tayang spender dia kepada umum, tengok dalam gambar ni pun dah tau yang dia sedang leka tengok video sampai tak sedar ada orang amik gambar spender dia. Dalam kes ni, yang patut rasa malu pada diri dia ialah si kameraman yang amik gambar ni. Nampak sangat horny... Ekekekekekekeke...

Peristiwa Nur Fazura Ketiak Basah


Dalam cerita ni, Nur Fazura sedang promosikan satu produk kecantikan, sedangkan dia punya ketiak lenjun berpeluh.... Tapi secara logiknya tengok la dalam gambar tu betapa dia dihimpit dengan keliling orang. Pakaian dia pun pakai pakaian yang jenis boleh menaikkan haba badan, maunya dia tak lenjun... Cuba fikir-fikir. Haruskan dia malu dengan peristiwa ni??? Dia pun manusia gak. Aku ni sebab bukan selebriti je. Setiap masa je ketiak berpeluh sambil mengeluarkan aroma sweet sour. Kalau la aku ni selebriti, rasanya mau aku dicop sebagai artis berketiak masam kot.

Peristiwa Rosnah Mat Aris Hina Isteri Nabi


Rasanya kes Rosnah Mat Aris Hina Isteri Nabi tu, sume orang akan cakap ini perkara memalukan diri Rosnah sendiri. Tapi ini bukan isunya, isunya ialah pengacara rancangan itu sendiri yang boleh senyap layan karenah Rosnah itu sendiri... Kenapa dia tak tegur or at least cakap berlapik secara live dalam rancangan tu? Cakap petah bila hos kan rancangan, tapi bila comes to isu mempertahan maruah Idola semua umat Islam, boleh plak dia terketaq-ketaq... Rasanya, dia patut rasa malu tak? Malu kerana bacul dia...

Bagi aku setakat peristiwa malu macam kat atas tu selain dari peristiwa Rosnah Mat Aris tu, rasanya takde la malu sangat... Alaaa standard laaa kalau orang heboh-heboh atau gelak-gelakkan perkara tu.. Kalau benda macam tu artis nak amik hati, parah laaaa..

Cuba tengok pasal isu berkhalwat, isu seksi melampau-lampau, isu minum arak, isu bergaduh sesama sendiri serta isu dadah. Tu takde ke rasa malu???  Tengok gaya macam tak malu je... Yang tengah panas-panas sekarang kat media pasal tak puas hati tentang kemenangan pemenang di Festival Filem Malaysia, isu pasal tu pun nak heboh-heboh kat satu Malaysia ke? Bikin malu jeeeee.. Elok-elok dah suka, terus jadi menyampah... Tuiiiiittttt... 

4 comments:

lelaki said...

klu x biasa ckp english tiba2 kena ckp depan org lak tu... mesti la tersasul n kdg2 blank terus.
bagus la ct nak mcuba, boleh je klu dia nak ckp melayu time tu..
so kena berani la, klu x sampai bila2 xkan fasih..

.sweet-ants. said...

oh my fazura.
i x kesah la tiak u basah ke kering ke, i minat u gilak2

zuar said...

yg gmbr apek xleh blah..spender pth siot..haha..yg rosnan tu mmg aku nak mrh btl.bila dgr blk buat skt hati, skt tlga..semua skt.dh tua2 tu bwk2 la bertaubat.ni berfesyen mglhkan org muda.cit!!

entri terbaru:
Noh Hujan,Mizz Nina Nak Bertunang?Bila Nak Kawin?
http://www.zuarxpdc.com/2010/11/noh-hujanmizz-nina-nak-bertunangbila.html

zuar said...

mcm haram apek tu..haha..rosnah tu bwk2 la bertobat..da tua nak mampus dah tu..

ni entri baru blog gua:
Noh Hujan,Mizz Nina Nak Bertunang?Bila Nak Kawin?
http://www.zuarxpdc.com/2010/11/noh-hujanmizz-nina-nak-bertunangbila.html

Sori la kalau ter"double" post..line xok:-D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails