OH BELOG

Isu Pelacuran China Dolls Dan Dragon Girls di Malaysia

Pernah tak dengar nama China Doll ataupun Dragon Girl? China Doll dan Dragon Girl ini sebenarnya merujuk kepada perempuan-perempuan dari Negara China yang datang ke Malaysia untuk tujuan melacurkan diri. Gelaran mereka ini diberi oleh masyarakat Cina tempatan yang pernah mengambil khidmat pelacuran dari golongan Dragon Girl ataupun China Doll ini. 

Menurut Jabatan Imigresen Malaysia , sebanyak 1286 orang warga China yang datang ke Malaysia dalam sehari. Ada di antara mereka yang datang dengan tujuan melawat Malaysia dan ada juga yang datang ke Malaysia ini dengan tujuan untuk melacurkan diri. 
 
Selalu yang terjadi, golongan China Doll yang datang ke Malaysia ini menggunakan pas lawatan mereka ke Negara Malaysia ini untuk menjalankan aktiviti pelacuran. Apabila tamat tempoh lawatan mereka ke Negara Malaysia ini, mereka akan beralih pula ke Negara-negara jiran kita. Tujuannya hanya satu, meraih pendapatan melalui menjadi hamba seks. 
 
Yang paling bestnya, port paling disukai oleh China Doll ni ialah Malaysia !!! Dikatakan orang Malaysia la yang paling banyak sekali menggunakan khidmat pelacuran mereka. Menurut sumber daripada Jabatan Imigresen Malaysia , golongan-golongan orang cina tempatan dianggarkan berbelanja RM10,000 sebulan hanya untuk dapatkan khidmat golongan China Doll ini. 

 
Dan paling best, golongan China Doll ini boleh peroleh pendapatan sekitar RM500 sehari just dengan melacurkan diri, jadi GRO, tukang urut refleksologi (tapi urut semua) dan pelayan restoran mewah cina. Lagi gempak dari warga Indonesia yang berniaga kat Chow Kit tu!!! Pergggghhh!!!!! 
 
Apa yang best sangat sampai warga cina tempatan ni suka sangat dekat China Doll sehingga sanggup berbelanja ribuan ringgit sebulan? Mereka memilih China Doll ini bukan hanya kerana kecantikan mereka sahaja, malah China Doll ini dikatakan pandai mengambil hati, pandai mengurut dan juga mereka bersikap lemah lembut. Sebab itulah, ramai tauke cina tempatan mengambil China Doll ini menjadi pelayan restoran mewah mereka apabila ada function-function yang diadakan di restoran mewah mereka. China Doll ini juga digemari oleh tauke-tauke kedai urut dan kelab-kelab malam. 
 
Kalau ada sesiapa yang pernah ambil service dengan China Doll ni, tentu mereka tengok betapa kerapnya anak-anak ayam (China Doll) ni bertukar wajah. Sebabnya, apabila golongan China Doll ini tamat tempoh lawatan di Malaysia, mereka akan berhijrah ke Negara lain dan China Doll yang baru pula akan datang mengisi ‘kekosongan jawatan’ di rumah pelacuran tu. 
 
Berapa khidmat untuk mendapatkan service dari China Doll ni? Harganya adalah sekitar RM70 ke RM250 untuk service selama 45 minit. 45 minit tu adalah tempoh entertain yang meliputi skop GRO, urut dan seks. Harga tu bergantung kepada rupa paras, umur dan bentuk badan China Doll tu. 
 

Kalau diteliti elok-elok, orang kaya tengok harga RM70-RM250 tu untuk berhibur, tak menjadi masalah kepada mereka. Terutama pelancong-pelancong barat yang datang berhibur di kelab-kelab malam. 
 
China Doll mungkin agak sukar diatasi tanpa bantuan imigresen. Ini adalah sebab kerajaan telah memperkenalkan system Visa On Arrival pada tahun 2007 yang menggalakan ramai warga asing membanjiri tanah Malaysia kita ini. Jadi apa lagi, jabatan imigresen, sila keluarkan jawatan kosong banyak-banyak dan appoint ramai lelaki Melayu basmikan ancaman China Doll aka Dragon Girl ni… kasi habis ini cerita. Yeah!!!


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails