OH BELOG

Ubat, Pil Dan Jamu Kurus Badan

Tadi aku jalan-jalan ke bandar…Niat di hati nak pergi ke kedai rawatan tradisional, sebab aku nak beli bedak sejuk…. Itu je pun…. So dah sampai ke satu shopping mall tu aku masuk la kat satu kedai ubat tradisional…. Aku belek2 la barang-barang kat sana…. Ada la dekat 10 minit kot aku belek2 tengok barang2 kat kedai tu…

Tiba-tiba promoter kedai tu datang… AWEK TAU!!! Dia tanya la kat aku nak beli apa.

“Abang nak beli apa???” tanya promoter tu.

“Hmmm… saya nak beli bedak sejuk…ada???” jawab aku.

“Bedak sejuk??? Untuk siapa?? Budak kecik ker?” dia tanya lagi.

“Untuk saya…”

Dia ajak aku pergi ke satu sudut. Sudut jual bedak-bedak..

“Abang pakai laaa bedak sejuk ni, elok tau… boleh kasi hilangkan minyak dekat muka, kasi kulit muka nampak putih…” dia cakap.

“Ok…” tak banyak cakap… Aku terus grab bedak sejuk tu, then bayar kat dia.

Lepas bayar tu, aku belek lagi barang-barang kat kedai tu…. Again, awek tu datang lagi…

“Abang nak try ubat ni??? Ni bagus untuk kuruskan badan…”

CISSSSSSSSSS!!!!!! TAK GUNA!!! BEDEBAH PUNYA AWEK!!!! Padahal aku kat sudut ubat resdung…. Dia leh rekemen kat aku ubat kurus badan… Hampehhhh…

Aku kecewa…. Aku balik rumah…. Aku tengok cermin dekat bilik aku… Aku bukak baju…. Tengok perut…

Benar kata awek tu… Aku memang dah debab… Uwaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!

Dulu masa aku umur 21 tahun… badan aku tough beb!!! Badan aku ada kotak-kotak… kotak dekat dada, kotak dekat perut, kotak dekat belakang…. Fuhhhh…. Senang cerita badan aku macam Shah Rukh Khan laa… Sekarang dah umur 27 ni, badan aku mcm teddy bear jeee… Haiiiiiiihhh….

Macam mana nak buat ek??? Korang ada idea??? Selain dari teknik menyedut lemak seperti Aizat dan Syarnie serta teknik bersenam tahap terlampau, ada tak teknik lain utk kuruskan badan??? Teknik diet??? Ooooooohhh itu tidak praktikal utk aku… Huh!!!

Mungkinkah jamu-jamu kuruskan badan boleh menguruskan badan… Ishhh tak tau gak…. Aku tengok kawan aku sorang tu… Dia memang debab… Debab tahap panda beb…. Dulu dia ada la makan jamu. Memang betul, lepas tu dia memang jadi kurus… Rasanya mcm dia hilang 10kg la gak…. Tapi setahun lepas tu, aku jumpa dia lagi, aku tengok badan dia makin membesar… Kali ni badan dia dah lebih debab dari panda!!! Haaa apa cerita???!!!
Aku yang takde perasaan ni pun tanya la dekat dia…. Kenapa dia jadi debab balik…

Dia cakap, dia stop makan jamu tu, terus dia jadi debab… Ada suatu masa dulu, dia menganggur sekejap… Dulu masa bergaji, selalu la dia beli jamu tu. Tapi bila dah menganggur, susah la dia nk maintain beli jamu tu…. Akibatnya, efek kat badan dia… Kesian kat dia… Antara pengakuan berani dia, dia cakap, tiap kali dia nak naik motosikal, dia kena isi angin tayar… Bayangkan…. KESIAN DIA…

Tapi sekarang life dia dah ok laaa… dia dah ada kerjaya dah pun… walaupun debab 2 kali ganda dari dulu, tapi dompet duit dia pun debab gak… Hmmmm…. Nak beli jamu lagi??? Dia cakap, dia tak nak dah guna-guna jamu ni… Dia terima diri sedanya…

Aku ingat lagi kata-kata dia,

“Botaq, kalau nak kurus, biarlah kurus kerana kesihatan… Bukan kerana nak cantik… Sebab bila ko terlalu nakkan kecantikan, ko akan buat benda2 yang leh jahanamkan diri ko sndrik…”

Hmmmm… nanti-nanti laaaa program kuruskan badanku ini… Malas plak rasanya… Awek jamu tadi tu sebenarnya jeles ngn badan aku yang tough ni… Wahahahahaha!!!!

Ok Ok……Jom kita sama2 layan lagu kat youtube ni… Lagu ni aku reka sempena zaman kegemilangan aku di era umur 21 ke 23 tahun… Time tu aku jadi kegilaan gadis-gadis hot di UiTM….wahahahaahhaa…. Ha, akibat dari aku bongkak dan salah guna kecantikan aku tu, akhirnya, Allah tarik balik segala nikmat yang dipinjamkan kepada aku. Tengok laa skng, senang2 je dapat pangkat ‘debab’ dari promoter. Weeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!

Moga Allah ampunkan dosa aku…. Biarlah kandungan berat perut ni, penuh ngn pahala bukannya dosa… AMIN!

p/s : aku tak terror main gitar mcm Yuna atau Marie Digby

Layarkan aku ke dalam mimpi mu
Untukku mengulang usiaku yang hanyut berlalu
Biarlah aku menari
Temankan diriku Nyanyikan ku lagu lagu kamu

Oh Faktanya
Ku Kecewa
Itu hanya mimpi-mimpi saja
Nyaris-nyaris aku
Semua palsu

 



18 comments:

Aminjohar said...

Nak wat camna..

AJ lak marka dah lari sebab kurus.. So tak tau nak cakapa apa r...


Nak exchange? Jom....

Anchor: Waww! Blog
URL: http://wawwi.com/blog/

Letak link AJ kat blogroll, AJ letak di blogroll AJ :-) - Takda chatbox? pasang r 1.. senang nak gebang. :-)

Loymoon said...

omg!!! u got lovely voice.. cute!!! lagu tu catchy sesangat.. n is it the last song on the video is ur song too??? sedappp bengetttt!!!

Oktawiguna said...

knp pakai topeng?? mcm nk tebas rumput jeeeee.. suke la lagu tu!!! lagu yg last tu mcm pernah dengar jee.. siapa yg nyanyi yer?

PakcikOlio said...

layan seyh lagu ngko ni... mcm lagu Stoner. kalu ada drum sure gempak habis..

SinggahKejapLayanBlog said...

debab2 pun, kalu suara mcm lu, konfem gadisss cair punyaa.. hahahahaa!!! singgah2 le blok aku pulokkkk taq!!

Dania Qistina said...

laaaa??? kenapa pakai topeng? ni tuan blog sure hemsem sangat ni, nk cover muka. =)
pada pendapat Dania la, nak amik pil ni memang boleh tapi pil yang kawal makan tu. bukan pil yang turun lemak tu yang bleh rosakkan pinggang tu.. mcm juice2 tu bole laaaa.

Tenya Westy said...

lagu baru ke ni??? cepat2 rekod... layan habisssssssss...

Haleedaismail said...

catchy laa lagu ni.. rekod cepat!!! ni lagu lydias diery punya next ep ke abg botaq? sangat sukeeeeeeeeee!!! ^-^

Diana said...

takde laa debab pun. kurus jee... tapi, yang pasti, TAKDE KOTAK2 kat badan.. hehehehehee..

Anonymous said...

kamu ke yang nyanyi lagu last tu??? selalu dengar kat xfresh. plz reply..

Wan Botaq said...

AJ malam kang ak letak link blog go... sori ek, lambat sket..

Azlan Wu Lan said...

kasi rekod laaaaa botak!!!!!! lama kot lydias diery menyepi... takde bassist aku bley ganti.. hahahahhaa!

Nana Cumil said...

wakakakakaka!! cumil!

Anonymous said...

1st time kasi komen dekat sini.. saya tak pernah miss blog bro. ingatkan kaki buat lawak je, rupanya bro ni berbakat besau gak ek.. leh masuk Mentor. :)

PertMuffin said...

cuba ko nyanyi sambil pakai kostum ikan duyung lelaki.
aku takde spiker kat opis.. so tgk ko gerak2 je la dalam tiub-awak tu..sore tak dengau. (-_-;)

encik wan botaq.. anda hutang review dyesebel dengan saya!

Iznie said...

hahaha...

first time singgah sini...best plak blog niey...

follow u...


and click celcom broadband ads...hehe

Anonymous said...

debab la best... best nak peluk =)

Noor Azreen Ben Abon said...

waa terbaiklah

Kuruskan Badan Dengan Cepat Tanpa Guna Produk!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails