1hb Mei 2010, Petrol dan Kad Pengenalan

Satu lagi idea genius telah dibuat oleh kerajaan yang betul-betul aku sokong 300%. Mulai 1hb Mei 2010 ni, kerajaan telah merancang untuk semua rakyat Malaysia yang ingin mengisi petrol kenderaan di mana-mana stesen petrol, perlulah menunjukkan kad pengenalan. Tujuannya adalah untuk mengagihkan subsidi petrol kepada rakyat Malaysia dengan cara yang betul tanpa rakyat bukan Malaysia pun boleh tumpang sekaki dapat subsidi petrol. 

Ini mungkin terjadi:

Para pelancong ataupun pekerja-pekerja Indonesia, Bangladesh atau mana-mana pekerja dari negara lain yang tidak mempunyai kad pengenalan (mykad, biru atau merah),
mereka tidak layak mendapat subsidi petrol. Hell yeahhhh!!!!!! Selama ni, mereka menumpang di negara kita mencari rezeki, kitorang bagi, diorang buka perniaggan haram di sekitar puduraya, kita diam je, sekarang diorang dah kaya ada duit banyak, lagi mau tumpang subsidi kerajaan Malaysia ke??? Aaaaahhhh!!!!!! Lemak la tu!!!


Tiada lagi isu orang memandang enteng terhadap MyKad ni lagi. Ini selalu terjadi pada geng-geng ahli masjid. Hahahahahaha!!! Betul beb!!! Aku selalu jumpa pakcik-pakcik atau kawan-kawan aku yang pergi ke masjid solat jumaat naik motor tapi tak bawak wallet. Duit bawak, wallet tak bawak.. Wallet tak bawak tu means, tak bawak IC la tu… Sekarang kalau diorang nak keluar jalan-jalan mesti diorang kena bawak IC kalau tak, isi petrol tak dapat rebate la jawabnya!! Hahahahahaha!!!

Benda ni gak akan membuat para peniaga stesen minyak tersenyum lebar. Ye la, jualan runcit petrol kali ini telah diagihkan kepada 2 harga. Kena ingat, pengusaha stesen minyak bukan hanya untung kepada subsidi je, plus diorang also untung dekat harga runcit (syiling price yg ditetapkan kepada harga warga Malaysia dan bukan warganegara).

Kemungkinan besar harga petrol Malaysia takkan naik kot.. Aku rasa arrr… Ni teori aku laa. Sebab agihan subsidi petrol dan diesel telah dikategorikan kepada non citizen and Malaysia citizens. Maka saluran subsidi telah dibuat dengan baik kerana peruntukan subsidi petrol dan diesel tidak jatuh ke tangan ‘si parasit’. Maka penjimatan peruntukan subsidi petrol dan diesel berlaku atas alasan ini. Kalau ada lebihan peruntukan subsidi, tak mungkin harga petrol dan diesel di Malaysia akan meningkat walaupun harga minyak satu dunia meningkat. 

Betul tak? Support la kerajaan. Tak payah la merungut seperti mana dalam akhbar-akhbar /blog-blog orang lain yang menyatakan teknik tunjuk kad pengenalan untuk isi minyak ni menyusahkan sebab akan menyebabkan kesesakan di stesen minyak dan kelewatan seseorang individu untuk menuju ke destinasi. Kalau setakat merungut tanpa cadangan buat apa??? Tul tak? Kalau harga petrol naik menyalak, agihan subsidi tidak adil menyalak… bila diberi alternative, masih lagi menyalak…. Yang untung, SI PARASIT!!!


7 comments:

Anonymous said...

pasal isu IC ni aku setuju, tapi yang aku tak setuju soal subsidi berdasarkan enjin kereta.. bukan semua orang pakai kereta mewah sebab dia nak menunjuk2.. kadang pakai kereta enjin besar sebab bilangan keluarga yang ramai... aku rasa isu ni patut dikaji balik kerajaan.

Azlan Wu Lan said...

harga petrol tetap naik gak 1mei ni.... tapi yg pasti, peluang utk orang asing dapat subsidi petrol tiada lagi tolak ansur...

http://asalmikir.wordpress.com said...

kunjungan ke sini

Zairul said...

dekat celah mana2 pun pasti, ada pengkhianat negara yang salah gunakan kemudahan yang diberikan dan jualkan petrol ni kepada golongan parasit ni...

dekat kampung aku sempadan siam, ramai orang tua buat jual minyak sebab nk untung...

mcm mana, kita nak nikmati sama2 subsidi ni?

Tomo said...

Berkunjung

Zikr the Jalanan Sepi Perantau said...

Ulasan yang menarik :-)

dee said...

bagosnye idea!!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

GUA

Blogcatalog

_____________________________
My BlogCatalog BlogRank