Korang-korang pernah datang ke UiTM Manjung tak? Bukan UiTM Seri Iskandar, tapi UiTM Seri Manjung yang Uitm versi rumah-rumah kedai tu??? Kalau tak pernah, tengok gambar-gambar ni. Pelakon Azhar Sulaiman, Afdlin Shauki dulu pernah la belajar kat sini. Provos UiTM kasitau kat aku dulu. Haaaa, jangan ingat aku tak kamcing ngn provos Uitm. Gua dulu AJK majlis perwakilan pelajar. Huhuhuhu..
Rumah kedai je pun UiTM Manjung ni… Mungkin orang tak tau pun tu sebuah UiTM. UiTM Manjung memang takde padang bola sepak. Hahahahahahha!!! Tapi walaupun tak canggih seperti universiti-universiti lain, tempat ni laaa paling heaven bagi aku. Stesen bas dekat, tempat main snuker dekat, karaoke dekat, tempat awek-awek cun Restoran Hasnah Tomyah… Fuuhh!!! Aku ni antara batch-batch terakhir yang menghuni kat Uitm ni dulu masa aku amik diploma dulu. Tahun 2000 sampai 2002 sebelum semua pelajar dipindahkan ke Seri Iskandar.
Kalau korang masuk kelas dia, atas bangunan ialah hostel pelajar, bawahnya kelas…. Kadang-kadang kita yang pelajar ni ada gak pi kelas kat blok hostel perempuan. Time tu leh dengar perempuan menyanyi kat bilik air…
Tu tak heran lagi…. Ni lagi best…
GEDEGANGG!!!!!!
Disertai dengan gelak ketawa menghilai dari penghuni-penghuni hostel kat atas tu…
“Woiiii apa ni terajang-terajang pintu bilik mandi ni!!!”
“Wahahahahaha…. Hitamnyaaa punggung kamu Emma!!!”
“Woiiii jangan laaa!!!”
Terajang pintu bilik mandi??? PUNGGUNG???? Hitam???? EMMA???????!!!!!!
Laki mana tak stim weeehhhhh!!! Usah menipu la laki tak stim… yang pelajar-pelajar berkopiah tu, ingat tak menggeletar ke lutut diorang??? Gugat gak tu…
Ada plak classmate aku cakap kuat-kuat sengaja nk tambah klimaks…
“HAAAA NI SURE MANDI BOGEL SEBAB BOLEH NAMPAK BONTOT HITAM… BONTOT HITAM YE??? SURE WAJAHNYA CANTIK SEPERTI SONALI BENDRE!!!”
Lagi arrrrr stim kite mendengornyeeee!!!! Macam2 imaginasi dah keluar kat otak ni… Haiiiiiiiiiiihhhhhhhh….
Sampai sekarang nama Emma Bontot Hitam menjadi teka-teki kepada diriku. Siapakah dia ek?
Ok… Kita lupakan pasal si Emma yang berbontot hitam tu.
Tengok plak gambar ni….
Ni gambar kelas. Isi dalam kelas tu separa kosong, yang ada cumalah kerusi2, meja2, papan hitam, dan almari. Ni sume punca yang menyebabkan kelas tu bergema.
Dekat UiTM Seri Manjung, memang best, kelas tak la jauh mana pun. Menapak dalam 15 minit dah boleh sampai ke kelas. Dalam kelas ada tandas. Tak macam UiTM lain, tandas terletak dekat luar kelas. Plus dekat sana sumenya murah dan ada gak yang free. Sebagai contoh, makanan untuk para pelajar adalah PERCUMA.
Tetapi jangan fikir percuma tu best.. Ada juga yang tak best. Dulu pernah suatu ketika dulu, para pelajar lelaki keracunan makanan. Tapi takde la tahap kritikal. Just, kes perut memulas dan cirit birit.
Dulu, ada seorang classmate aku namanya Khairul. Dia ni memang macho la antara semua pelajar-pelajar diploma batch aku tu. Gaya dressing dia, gaya cakap dia, dan paling penting dia tak hensem Dia ni macho tapi berlagak hensem… Haaaa..paham tak statement tu??? MACHO TAPI BERLAGAK HENSEM.
Suatu hari yang damai, seperti biasa, pada waktu tengah hari,kami pelajar-pelajar lelaki pergi ke kelas. Kelas kami tu dekat area hostel perempuan. Kalau menapak, ada la makan masa 10 minit dari hostel lelaki. Pada hari yang indah tu juga, pelajar lelaki di sana kena serangan cirit birit secara tiba-tiba. Antaranya si Khairul tu. Aku pun kena gak, tapi efek aku lambat, kena serangan cirit time petang.
Tengah syok-syok aku menumpukan perhatian dalam kelas ekonomi tu, aku tertengok si Khairul yang ada duduk depan aku. Aku tengok dia tak selesa. Kejap ke kiri kejap ke kanan kejap ke depan kejap ke belakang… Apa ke hal dia ni?? Tiba-tiba dia angkat tangan… Aku ingatkan dia nak tanya soalan kat lecturer… rupanya lain…
“Sir, can I go home? I need to go to the gents.”
Perggghh…ayat….GENTS…. cakap JAMBAN sudah… Then lecturer tu balas balik,
“Guna je la tandas kelas ni… apa susah?? Air ada kan?”
Haaaaa… amik ko!!! Lecturer ekonomi aku tu memang garang sikit. Dia memang pantang orang buat lawak dan tak fokus dalam kelas dia. Silap-silap, ada yang dapat markah F akhir sem kang.
Kesian Khairul… Kalau aku pun takkan pergi guna tandas dalam kelas tu. Bukan sebab apa, GEMA beb GEMA!!!! Kalau buang air kecil, confirm satu kelas boleh dengar.
Nak tak nak Khairul pun guna la tandas tu. Menggelabah beb dia…. Berpeluh, boleh tengok kat belakang kemeja dia.
Alaaaa… kencing jeeeee…Bunyi air kencing je yg kitorang dengar pun… Takkan jatuhnya status macho ko tu. Tu yang aku fikir… Maklum laaa, aku belum dapat simpton-simpton yang aku pun bakal kena cirit birit. Malah member lain pun takde tunjuk tanda2 lagi. Kecuali Khairul.
Sekali kami satu kelas dengar bunyi ‘keting keting tung tang’… bunyi orang bukak tali pinggang. Memang sound kita dah tau dah, SOUND KELAM KABUT…. Aku dah tergelak dah dalam hati. Tapi control je laaa… Orang lain tak start gelak, sumenya focus pada apa yang diajar oleh lecturer.. Maka aku diam la dulu. Tiba-tiba…
PAAAAAPPPPPPPP!!!!!
Haaa bunyi apa tu??? Bunyi pelapik tandas duduk (jamban kat Uitm tu sume jamban duduk). Gilerrrr bai!!!!! Aku dapat rasakan something kelam kabut dalam tandas tu…
Dalam kiraaan 3 saat, 3 ….2…..1…..
CrREEEEEETTTttttTTTt!!!!!! PrrRRUUUTTttttTTT!!!!!!!
HAHAHAHAHAHAHAHHAA!!!!!!!!! Aku dah bantai gelak kuat-kuat dalam kelas tu… Lantak pi laa lecturer ke, member2 kelas yang lain ke…. Yang penting aku dah takleh tahan nk gelakkan member aku tu… Jari aku dah menunding kat tandas tu…….
“Woiii cirit ker????!!!! Hahahahahahaha!!!” ada member aku sound kuat-kuat. Sume budak dalam kelas tu gelak.
Kesian..... Khairul diam je dalam jamban tu. Eh silap…GENTS…. Aku faham sangat perasaan bila kita tengah berak cirit birit ni.. Memang kita takleh control volume.
PuUUutT!!!
Bunyi letupan pendek dalam tandas tu.
Eleeeeeehhhh Khairul, toksah cover laa volume cirit tu…. Sume orang boleh dengar leeee!!!!
Dekat seminit gak laaa dengar bunyi bom Khairul dalam tandas tu…. Ada yang bunyi cover, ada bunyi yang tak tercover, ada gak bunyi kepuasan dan kelegaan, isssshhh mcm2 bunyi laaa…
Tapi slack laaaaa….. lecturer aku memang tak sporting. Dia batalkan kelas plak… Dia tak nak malukan student dia la tu…. Haaaaaaaa!!!! Paksa lagi suruh orang guna tandas kelas… Last last siapa yang jadi mangsa? Khairul gakkkkkkkkkkk…
Lecturer aku halau semua pelajar balik kelas. Cissssssssss…tak dapat aku tengok wajah Khairul keluar dari tandas setelah macho nya telah dinodai… Wahahahahahahha!!! Damn!!!
Isu Khairul tu telah dijadikan perbualan hangat dekat hostel laki lepas kitorang sume pulang dari kelas yang batal tu. Sume pakat kutuk-kutuk beliau. Termasuk laa aku… Aku rasa aku laa paling galak menggelakkan dia.
Dalam 2 jam lepas tu, sume pelajar laki dah start meragam perut. Termasuk la aku. Sah memang sah… Food poison ni.
Bagi korang yang tak tau… kat hostel tu yakni satu umah kedai, cuma ada satu tandas dan satu bilik mandi. Yang duduk dalam rumah kedai tu plak ada 14 orang. Satu rumah kena cirit birit… Berebut sume guna jamban… Silap-silap jamban tu boleh musnah dikerjakan kitorang. Ada housemate aku bantai berak kat bilik mandi… Lagi hampehhhhhhhhh…. Takde protocol langsung.
Pintu jamban kat hostel aku tu plak rosak.. Kalau nk tutup pintu kena tahan ngn baldi. Or bagi mereka yang berkaki panjang… haaaaa, TAHAN JE LAAA PINTU TU NGAN KAKI. (jangan buat mcm tu kalau anda ada penyakit krem kaki ). Cara aku plak lain, kalau nk berak, badan kena bongkok sikit, supaya tangan kanan capai untuk tahan pintu…. Wuuuuuuuuhuuuuu!!!!! Gila gelabahhhh!!
Dah time-time kritikal nak berak, mana peduli nk tahan pintu ke idak… Tahan je dengan apa2 yang ada… Masa aku nak berak tu, ada plak hamba Allah yang terajang pintu… Yang bestnya, pintu tu bukan jatuh ke dalam, jatuh kat luar jamban. Haaaaaa!!!!! Maka nampak laa seorang jejaka cute sedang berak yang hanya mampu sembunyikan alat sulit beliau dari dilihat oleh rakan-rakai lain dengan sebuah cebok biru. Aiseyyyyyyyyyyyy…. Malu gua…. Tapi takpe…Gua manusia yang understanding beb. Dalam keadaan mcm tu, memang manusia tak boleh berfikir secara waras. Wahahahahahaha!!!
Dekat 3 jam gak la satu penghuni hostel aku tu berebut tandas… Dah malam dalam pukul 9 mcm tu, baru laaaaa perut-perut kami ni stabil.
Dah ok sikit perut ni… Borak-borak la dengan roommate. Seorang roommate aku ni juga satu kelas dengan aku. Dia citer la pasal member kelas aku si Khairul macho tu… Sume bantai gelak… Aku plak time tu, atas katil member aku (katil double decker, aku dekat katil atas )baring-baring sambil dengar citer lawak tu… Gelak punya gelak….
Crettttttttttttttttt!!!!!
Haaaa bunyi apa tu??? Bunyi aku tercirit laaaaaaaaaaa!!!!! Layan gelak sangat, sampai tercirit…. Nasib member lain tak dengar…. Idak malu aku… Aku yang hanya berpakaian pelekat tak berunderwear bangun dari tilam member aku tu menuju ke toilet bersama sehelai tuala biru.
Syahir… maafkan aku yer.
Korang-korang yang masih belajar dekat kolej or universiti tu, kalau mengalami cirit birit, tolong laaaaa…. Please laaaa… jangan laaa bergosip citer lawak atas katil orang. Bahaya wooo.. Silap-silap member korang leh mati kena taun. Weeeeeeeeeeeee!!!!!!
Pagi esok seperti biasa, kena pegi kelas pagi. Bangun pagi je, tarik nafas dalam-dalam ambil udara, buat senam ringan atas katil, then teran perut nak kasi kuar angin…
Creeeeeeeeettttttttttt!!!!
Laaaa!!!! Cirit lagi…kali ni atas tilam aku plak… haiiiihhhhhh…






106 comments:
walaupun entry ni panjang, tak jemu nk baca. sakit perut je asyik tergelak..
x pasai2 ada yg tercirit baca blog ni kang. hahahahaa!!! memang lawak!! :))
tuan blog ni memang tak senonoh orangnye.. heheheehe jgn marah ^-^
hikhik lwk..
siyesly xpenah tau jgk psl uitm manjung ni dulu =)
hahahh...lawak plak!
sian kat budak syahir tu.. apelaaaa budak ni, berak atas katil orang. eeeeyeekkk!!
hebatnya ko botaq. gelak2 sampai leh tercirit.. hahahahahaha!! aku gelak betoihh ni. sial jeeee ngko!!
wakakakakakakakka!!! besh arr citer ni.......
GUA MEMANG ROCK BEB. ADA BERANI NAK LAWAN KENTUT-KENTUT NGN GUA?? KANG ADA YANG TERCIRIT...WIHIHIHIHIIH!!! *sambil gelek*
Oih tuan blog. jom tuka link. haha. sronok bace entry ni.
nice writting...eh silap karangan yg baguss...haha ade la 3-4x aku gelak cite psl kerol tu haha
best gak cte ko ni.
tergelak2 aku dgn cte cirit ko.
aku ex student uitm sri iskandar, tak penah g uitm manjung tu, stakat tgk video je.. huhu..
cairell, uitm seri iskandar time aku dulu tak happening.. masa zaman tu nak cari mesin atm pun payah.. kena masuk ke utp nak cucuk duit. skng uitm seri iskandar dah best dah...
lawak giler bai..owh ye..btw aku ex seri iskandar dulu..antara batch awal gak ar kat sana..
lawak giler wei..btw, aku ex seri iskandar dulu...seb bek la mase aku masuk dah pindah ke seri iskandar..
gelak guling2 aku baca citer ni
:-)
hahaha..sumpah klaka. adoyai!
haha.
serius lawak.
belajar banyak
kesian khairul.
hehe.
laaaa ... budak manjung gak ke ... giler rindu time kat manjung dulu ... heaven sey!!!
kras prut aku glak..loqlaq btoi eh..kah3..
wan ngan cite klakar dia, blh hilang stres keje bila baca
hahahahahhahaha..mmg layan giler en3 ni..huhu,...
xtahan gelak..da jadi sewel..heheheh...
nak tau gak pe jadi kat budak si khairul 2??
huhu..
what the shit punye cerita..tak tahan..cerita penuh bersemangat..gua kesian dengan member khairul tu.. haha~
weihhh giler lawak weii.. mie uitm manjung jugak.. so boleh bayangkan apa yang kau citer tuh..budak class aku .. lelaki laa.. turun belajar kalau class malam siap pakai selipar tandas n kain pelikat aje.... giler best heaven belajar situ.. semua dekat kan..
tapi sekarang kalau pie manjung dah banyak berubah... banyak sangat.. tapi kalau pi sana musti g restoran hasnah tuh..
suker kat roti canai dia.. nyumm numm..
aku budak cs.. kau budak coz apa wei???
follow u okk manjungrian....
sonok dapat jumpa student manjung jugak...
Saya dulu pun student itm manjung.... memang best giler kat sana berbanding Shah Alam.... Dari tahun 1995-1996 (2 sem) lepas tu pindah ke ITM Shah Alam... Macam2 perangai boleh kita dapat masa kat sana... Cerita awak tu sama juga dengan cerita budak2 kelas... Lagi satu banyak hantu pulak tu.... Ok thanks bro sebab mengimbau kenangan lama.... :)
terbaek dowh..
kelakar bebenor.kuang-kuang-kuang.boleh lak tercirit sambil gelak.haha.nasib baik yang lain tak dengar.kalau tidak.nayaa lu beb!!! haha.
mmg klaka...walaupun time itm manjung tu wujud sya kecik lgi...tpi skrg bla blik manjung n tgk bgnan tu sumer...mmg blh bygkn ape yg tuan blog nie citer...
haha..kat penang pun ada jugak uitm buat kelas kat rumah kedai..segan gila woo nak berak..bunyi kelentang kelentung prot pret sume boleh dengar
arghhhhhhhhhhhhh aku takleh benti gelak
kelako2..
lawak siot...aku gelak smpai berair2 bijik mata nih..huhu
hahaha....lawak gile........memang best cite ni..tak jemu nak baca...memang aku follow blog ni terus
hakak pun x-student uitm manjung..memang heaven tempat tue.... tak leh calen tempat2 lain..sapa yang pernah study situ jek tau camner bestnye ehehehehe.... tapi lawak aaa entry nieh sakit perut haku gelak...
hahaha..lawaklah teringat kejadian cirit birit yg melanda diriku 2 mggu lps..nasib baik tandas kat rmh ada 3..haha..
Memang lawak giler. Saya x-manjung-DSS...memang best duduk Manjung. Rasanya macam duduk umah sewa. Sampai skrg tak pernah rasa duduk hostel dlm erti kata hostel.
kahkahkahkah...lawak gila.sakit perut aku.
time nie pon tengah duk sakit perut gak nie.silap makan jugak.hahahaha.
tak tahan baca
hahahahha
hahahahaha saket perut tahan ketawa..memang kelakar giler!
adoi la! aku ketawa smpi kuar air mata! sial nyer blogger! wakakakakak xD!!!
lawak! but nice! hehe. teman org sane. sitiawan. memang penah la tgok kampus uitm manjung tu. dari ada smpai takde sumer pindah ke uitm s.iskandar tu. hehehe.
BAPAK LAWAK GILE!!.
HADOII.. SAKIT MULUT AKU GELAK SIAL
hahahahhaha.. maluuuuuuuuuuuuuuuuunyaaaa!!!
kelakor2!!hahaha!
seyes its funny..salam kenal..
hahahahhahaaaa...
aku gelak tinggal tak tercirit jer!
adoyaiiiii... klakar!
punya la control gelak kak zu ni...baca pun kat ofis..giler kalau gelak terbahak2 org kata meroyan pulak sorang2 nanti hhahahahahaha
hahahahahaha.... dpt jgk krgkn tension stu ari ni.. thx.. :)
hahaha...gilo klakar. nak2 bab yg pintu tercabut tu.. kah3.. ^_______^
--> Tips Menghadapi Cuaca Panas
haha lawak...gmbr tu angker dowh
haha~ kelam kabut je~ betul k tu Uitm?? buruknyer
haha.
sgt lawak.
eh, citer emma bontot itam ni lecturer sy penah citer...dulu dia mengaja ke studi kat uitm manjong ni...heheh
gyahahahaa~~terguling2 aku ketawa mase bace entry nih...(^^)
gyahahaha!!!lawak giler siot!!da lame aku xgelak camni!!!ahahhahaha
aduyai..xleh blah..ak bce entri ni kt opis..xleh glak kuat2..kntoi xwat keje..siyes lucu gle..
hahahahhhhh! pengotor , tapi kelakar . ade ke cite psl cirit wakakaka:D
tapi mmg best la bro!!
suka,
FahmiMahat
serius member ko Khairul tu malu tahap gaban.
dan emma tu.. adoi.. tak boleh blah sungguh. hahahaha.
wakakaka... lawak gile.. berair mata tahan gelak.. hahahahaha
mmg best kat uitm manjung nie.. cume kalo nak ponteng kelas dok bilik.. mmg lecturer naik panggil.. haha.. tp ape2pun mmg best la.. lps dah pindah ke sri iskandar... feel die lain dah..
nostalgik zaman kat uitm dulu. pergh. heaven
hehe..penat gelak sampai kluar air mata nie..hehe best la entry..kenangan lama2..
lawak nak mamp.. ;p
memang kelakar gile r baca blog ni....
hahahaahha...very funny story, ak tertarik coz de words uitm manjung n seri iskandar, ak salah sorg dri student uitm seri iskandar, x smpt la manjug, tp slalu gak dgr cite dr lecture2 yg senior kt c2....btw life as a student mmg best, kenakn kwn2, ngumpat lecture xyah ckp r....miss dat moment....(^_*)
sakit perut gua baca cerita hang! emma si bontot hitam tu still a mystery ke?
eii cirit atras katil org...no manners..:P
hahahahar.. klakar gile bro... kesian member ko khairul tuh... nice entry beb.. :)
peh! memang lawak..!! kui kui kui
perot aku lak sakit bace entry nem....
mmang kelakar abis lah.. giler
hahaha
takley blah weyyyyyyyy. creeeeeeeeeeeeeeetttttttttt
tobat lawakkk... hahahahaaaa... klu aq jadi khairul tu... mmg xkan lupa sampai kiamat... hahahahhahahaaa
control gelak...
lawak gilaa! HAHAHAHA
haha.gila lawak!
bangang gila
gile lawak
panjang tapi tersengih2 aku bace
preeettt...cirit...hahaha
hahahaha lawak gile.....sepanjang baca memg gelak mcm org gile...hahahaha......
haha..xpnah org gelak sampai cirit..hahahahahaha
sindrom pe leh tercirit masa gelak?haha...
mmg kaki cirit betol ko...
hehehe....lawak2 betul citer awak ni....terhibur akak membacanya....agaknya masa tulis entry mesti makan masa sbb nak gelak jer kan...??
apapun itulah kenangan yg tak dapat dilupakan....gelak2 jugak yer tapi jgn lupa minta maaf pada yg terlibat....
selamat hari raya....!!!
kahkah! lawak beb lu punya cerita.
lawak gler..thanks coz make my day ;)
aku ketawa sampai terkentut2 nie...memang lawak la...leh lak tercirit kan...hahaha
http://afifsamshuri.blogspot.com
aduhhh, kesian ke'macho'an yang cirit tu telah dinodai begitu sahaja masa kelas berlangsung hahaha ...
uitm sri manjung juga tempat BFF saya melanjutkan pelajaran ...
wahahahahaaaaaaaaaaaaaa... memang lawak tahap transformers
hak99...lawak r dia ni..stat bca kat khairul tu trus gelak smpai xhengat dunia..puuuuuuuttt..hak9999
hak999..lwk r dia ni...stat dri ceta khairul tu mang xley blah..hak99
sian si khairul tu muka macho tp skali kena cirit birit hilang macho.. lawak la citer nie.. dapt byangkan macam mane situasi kena cirit nie.. hehehhe.. tp part yg last tu terkena diri sendiri.. eeee cirit kt tilam.. busyuk... hhehehehehe... :p
ciLake,nk ptUs uRat pr0t akU...
hahahahahahahaha
ciLake,nk pUtus uRat pr0t akU.....
hahahahahahahaha
hahahahaha...nK putUs uRat pr0t akU...
hahaha
salam kenal...
sy mengajar di uitm jengka
tak pernah lagi ke uitm belah utara selain dr uitm perlis...heheheh
pengalamn u ni mmg lawak....
hahahaha....gelak sorang2x dah ni...lawak2x
Salam dik..hahahahaha...gelak2 sowang2 akak nih akhirnya pecah jugak n hubby naik heran...hhehehehe..lawak tul citer nie dik oiii...skang akak pun dok kat manjung...dah jd hostel bdak jururawat dah kat situ...
baru lepas makan..mmg sakit perut bace cite nie.. nasib baik x cirit..
gelak sakan smpai berair mata...
ahahha.. lawak2... sengal gler...
hahahhahaha..lawak gle..aku ble bayangkan ctuac cirit tu sbb aku sewa kedai xuitm tu..neway.manjung mmg bezkan..skng ni lg bez!!!!mcm2 ada!!
agak lmbr sy kenal ngn blog nie...serius..mmg lawak entry nie..keke2 oshin bce :)
lawak gile...
download2u.blogspot.com
adoi! gila lawak! guling2 dah gelak ni... agaknya macam mana lah tuan punya blog kat luar, haisshh =D
siyes lawak.anak sy yg masih baby ni sampai terkejut dgr mama ketawa terbahak2.ha hahahaha
lawak gila. bes entry ni. panjang tp menarik haha
mmg lawak gila. Mmg heaven kat UiTM Manjung. Aku dulu student batch last kat Manjung gak (3 sem), pastu pindah p seri iskandar (3 sem). Idup majungrian!!
huduh pangai..hahahhaa
Post a Comment