Mengikut email-email yang aku terima minggu sudah, aku dapat tahu akan berlakunya Gerhana Bulan Separa yang akan berlaku pada pagi awal tahun 2010. Maksudnya sekitar 12.00 pagi ke 5.00 pagi 1hb Januari 2010. Maka semalam bersamaan 31 Disember 2009 aku pun keluar la time malam celebration new year. Hasrat di hati nak tengok langit apa yang berlaku time gerhana-gerhana ni. Walaupun takde teleskop, aku saja nak tengok dengan mata kasar aku apa yang terjadi kat langit tu. Kot-kot ada yang aneh ke.
Sambutan tahun baru dah pun disambut, aku tunggu sampai pukul 3 pagi. Jenguk-jenguk juga kat langit tapi takde apa pun yang aneh. Bukak radio kat kereta, takde apa pun berita tentang gerhana. Aku dah give up, last-last aku decide pulang ke rumah.
Yang aku dapat cumalah melayan lagu-lagu dari cd Gerhana Ska Cinta yang aku pasang kat kereta. Gerhana Separa Bulan? Hampeh takde.....
Sedikit informasi tentang Gerhana Bulan Separa 2010:
Menurut kenyataan Jakim hari ini, gerhana bermula dengan fasa penumbra pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pukul 3.24 pagi. “Gerhana ini dijangka berakhir pukul 5.28 pagi. Gerhana jelas hanya dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi dari pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum,” kata kenyataan itu.
Tahun 2009 ni kite boleh tengok berapa kerap kejadian gerhana berlaku, tak kisah la gerhana matahari ke, gerhana bulan ke mahupun gerhana ska cinta. Apa yang cuba disampaikan tak semestinya nak beritahu dunia nk kiamat, cuba kite tengok dari segi lain pulak, perkara-perkara gerhana ni berlaku menunjukkan betapa setianya bumi, bulan dan matahari menjalankan tugas mereka merentasi orbit tanpa kenal erti penat. Kejadian gerhana ni jugak menunjukkan kepada kita semua bukti-bukti yang menyatakan alam semesta ni tersangat la luas. Berapa ribu tahun yang diperlukan oleh bulan dan bumi untuk mengelilingi matahari dan sebaliknya?
Walaupun amik masa beribu tahun untuk merentasi orbit, bumi dan bulan tetap konsisten bergerak tanpa jemu hingga melengkapkan satu pusingan orbit.
Moral of the story is, tak kisah laa betapa sukarnya matlamat kita, tapi kalau kita lakukan dengan penuh konsisten, confirm kita akan capai matlamat kita. Salam 2010.














