PERKATAAN ALLAH DIBERNARKAN DALAM AKHBAR KATOLIK
Hari ni bersamaan sehari sebelum menyambut tahun baru 2010, satu keputusan makhamah yang mengejutkan aku yang mengatakan Majalah Katolik HERALD dibenarkan untuk menggunakan perkataan Allah sebagai kata ganti nama Tuhan di dalam majalah mereka.
Herald ni adalah sebuah majalah Katolik yang dikeluarkan setiap minggu yang sebelum ni pernah menggunakan perkataan Allah dalam penulisan dalam majalah diorang tu, namun, penulisan menggunakan nama Allah di dalam majalah tersebut telah dihalang oleh Kementerian Dalam Negeri. Maka, orang tertinggi Katolik dalam Kuala Lumpur (kira mcm pengerusi penganut Katolik Kuala Lumpur laaa), si Tan Sri Murphy Pakiam telah membawa isu ni ke makhamah tertinggi dan hari ni, kes ini telah pun selesai yang mana RESULTNYA…… perkataan Allah dibenarkan untuk digunakan dalam majalah mingguan Katolik ini. Nak tau siapa jadi hakim untuk kes ni??? Hakim Datuk Lau Bee Lan. Korang carik laaa muka dia ni kat internet, mesti korang akan teringat satu kes yang dikendalikan oleh beliau sebelum ni.
Perkataan Allah yang digunakan dalam majalah ini boleh kelirukan masyarakat Islam. Cukuplah kalau seorang manusia cuba mengoyakkan satu muka surat dari majalah Herald yang mengandungi perkaataan Allah lalu dicampakkan ke asrama budak sekolah menengah. Lalu seorang pelajar Islam terjumpa kertas tu dan membacanya, lantas dia nampak perkataan Allah dalam kertas tu. Dia nak buang pun serba salah sebab ada nama Allah…. ATAU dia mungkin keliru, ni artikel dari majalah Islam ataupun agama lain???
Aku pun kekadang keliru gak. Kadang-kadang member aku tulis tulisan arab yang mengandungi ayat-ayat mencarut and maki hamun lalu diberikan kepada aku. Aku yang jahil ni, ingatkan ni tulisan dari petikan hadith or Al Quran or doa, lalu aku tak buang pun kertas yang diberikan oleh member ku itu. Sebab hormat. Hmmmm…. Boleh terjadi orang leh kompius ngn majalah Herald gak woooo!!!!
Bayangkan pula, majalah Herald ni dijadikan bungkusan NASI LEMAK? Aku pun kadang-kadang suka baca bungkusan kertas kat nasi lemak ni. Sambil kunyah sambil layan bungkusan suratkhabar nasi lemak. Al maklum laa, aku ni tak berduit nk beli surat khabar sangat. Haaaaa!!!! Back to the story, in case mcm aku tu, kalau aku baca artikel mcm tu tak ke keliru diriku ini??? Kalau dalam bahasa tamil or mandarin takpe laaaa… ini bahasa BM and English maaaaa!!!!
Penggunaan perkataan Allah dalam majalah Herald ni akan dikuatkuasakan pada awal tahun 2010. Bermula esok laaaa tu!!!!!!
Nampaknya, Malaysia memulakan tahun baru dengan kekeliruan….
SALAM 2010!!!





10 comments:
dulu paklah suke tido. najib plak suke melancong.. tun mahathir gak yg best.. hopefully islam akan selamat di malaysia ni
Entah apa lagi yang akan kita hadapi selepas ini. :(
orang bangsa lain tak tau pasal islam. tapi orang islam sendri yg tak amik peduli. mcm mana?
tak paham la citer ni? kenapa ye?
citer ni pasai penggunaan nama Allah dalam majalah orang katolik utk menggantikan nama GOD. orang kafir ni dah bawak hal ni ke makhamah utk membernarkan penggunaan nama Allah ni di dalam majalah mereka. Dan last skali, makhamah telah membenarkan penggunaan tu... ish isshhh
ini laaa najib... nk one malaysia sangat.. sampai bangsa lain pn nak kongsi nama tuhan.. naik lemak dah bajingan2 nih
muslim x pnah mndengar luahan dr seseorg yg beragama kristian...tp yg beragama kristian pula, mndengar luahan seorg muslim secara tbuka..kenapa? jikalau muslim d malaysia x mnyukai kristian mggunakn "ALLAH", bincang la dgn baik, tp jgn smpi mngutuk agama lain. Agama islam ialah agama yg baik dan amat sy hormati, tp mcm mna pula dgn pnganut nya?
Msih blh kh sy hormati kamu semua?
Mana kepercayaan kamu semua thadap agama kamu sndri? Adakah agama kamu mngajar kamu semua untuk mngumpat agama org lain?
to luahan perasaan,
bila orang yang memerintah BUAT BODOH tentang isu islam, maka orang-orang islam kena bertindak perbetulkan keadaan. hormat tak hormat belakang citer, kami kena selamat agama kami dari kekeliruan.
kehidupan bebas buat umat kami sume alpa sampai lupakan agama islam. skng, lihat sndri, agama islam di malaysia, pemerintah diam diri je... PEMERINTAH KAMI YG AGAMA ISLAM, SULTAN,raja, pm, PUN DIAM bro/sis!!!!!!!!
apa yang patut umat islam yg dari orang kebanyakan mcm kami kena buat? kami kena pertahankan agama islam dari kekeliruan, supaya umat islam tak bertambah sesat especially apabila menggunakan penggunaan nama Allah. dah la skng kami ni dah kurang didikan islam, ngn kes ajaran sesat lagi... lagi mau tambah problem... teruk laaa kami mcm ni...
maybe awak lihat n bergaul ngn golongan islam yg lemah kepercayaan dia terhadap islam (kurang beriman), tapi sila tengok pada sudut umat-umat islam yang betul2 beriman dan cintakan islam.. takkan la diorang nk berdiam??
awak jgn bergaul dan bicara dan berdebat topik ni di kalangan orang islam yg cetek ilmu, tanya kepada mereka yg mempunyai ilmu pengetahuan tinggi dalam islam. awak akan faham knp mereka2 mengamuk bila isu ni arise. insya Allah diorang akan beri penjelasan.
saya mintak maaf laaa kalau awak ni mungkin dari kalangan kawan2 saya yg datang dari ofis, mungkin klien saya, mungkin kawan2 dari nsr atau maybe bandmate saya.. tapi saya sayang islam. saya tak nak bicara isu hormat agama, saya just nk elakkan keadaan islam bertambah teruk... yg saya mampu hanyalah berblog sebab saya takde kuasa...
mungkin ada pihak yg kecik hati...
aku tak faham...
ble gereja kne bom, bukan main lg najib komen,sume org 'atasan' yg muka melayu turun padang, termasuklah MoP aku sndiri KJ, waaaa!!!!....blik2 kte gak yg salah...ble org islam kne attack...mne org2 bukan melayu...??? pling tidak pun... bg ler moral support... susah ka??
ada... tapi maybe sikit.. just yang take part badan tak berdaftar i.e Food Not Bombs yang majoritinya bukan Islam. tapi kalu nama2 besar or orang berkuasa dalam malaysia yg bukan melayu, so far ak tk tengok lagi.
Post a Comment