Bertimbang Rasa, Takut Atau Patuh Pada Arahan?

Yang aku faham, PROSEDUR ialah sejenis garis panduan bagi seseorang itu hendak membuat satu kerja. Prosedur tak bermaksud seseorang itu kena buat keputusan berdasarkan apa yang termaktub dalam undang-undang prosedur tu... Kalau semua benda nak ikutkan prosedur, susah la kita nak membuat keputusan dengan cepat. 

Kadang-kadang prosedur ni juga akan menyebabkan proses maklum balas terhadap pihak kedua atau ketiga menjadi slow. 

Aku kesian dengan orang ketiga tu... Kesian benar... Orang ketiga tu terlantar di hospital dan memerlukan bantuan untuk membiayai rawatan dia, tapi hanya disebabkan tiada kad pengenalan dan tiada tandatangan daripada orang ketiga tu, yang mana PROSEDUR daripada pihak kami menyatakan borang perlu diisi dengan lengkap dan kena ada tandatangan daripada pemohon yakni pihak ketiga tu, proses bantuan kepada orang ketiga tu menjadi lembap nak mampossss... Tu baru proses tapis borang permohonan. Rupanya ada satu lagi prosedur pihak kami kena buat, kami kena buat siasatan kepada si pemohon yakni pihak ketiga tadi. Cantik!!! Kakitangan yang membuat proses siasatan tu plak jenis takde kereta, pergi buat siasatan pakai motosikal, elok plak musim hujan sekarang...Lepas proses siasatan, kena ada plak mesyuarat antara orang-orang atasan tentang bantuan tersebut.... Tunggu punya tunggu, akhirnya lulus gak bantuan kepada orang ketiga tu. Tapi.... elok je bantuan diluluskan, orang ketiga tu dah mati...

BONGOK!! Padan la keluar suratkhabar pasal kami. Cuba korang fikir, siapa yang patut dipersalahkan???

Ceramah Ustaz Azhar Idrus VS AJL

29 Januari berlaku pertarungan pentas antara Pentas Anugerah Juara Lagu 26 di Stadium Putra dengan ceramah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Besar Shah Alam. 

Sekarang masa aku menaip ni, jam dah menunjuk pukul 1049 malam. Aku tanya kawan-kawan aku yang dok kat Shah Alam melalui sms tentang ceramah Azhar Idrus tadi. Kata kawan aku yang hadir ke ceramah tu, masjid Shah Alam dipenuhi dengan ramai jemaah. Sampai orang duduk luar masjid la untuk dengar ceramah Azhar Idrus tu. Kerata-kereta para jemaah ada yang sampai di parking kat bahu-bahu jalan. Jemaah yang hadir pula bukat takat orang tua je, yang bujang pun ada juga regardless lelaki or perempuan. Pergggghhh!!! Siapa sangka kan??? Ingatkan ramai orang yang akan pergi ke AJL, tapi rupa-rupanya penduduk-penduduk di Selangor ni lebih sukakan ceramah daripada entertainment. Alhamdulillah.

Ni snapshot diambil dari facebook page Ustaz Azhar Idrus. Sebanyak 30 ribu orang datang untuk dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus hari ni. Fuhhh... kalah selebriti-selebriti yang masuk final AJL tu. Setakat Najwa Latif tu, cetttt celah gigi je Ustaz Azhar Idrus kasi penangan. Hehehehehehehe..

Aku rasa lepas ni, maybe ceramah-ceramah agama boleh dibuat dekat stadium lepas ni. Buat macam sambutan tahun baru 2012 baru-baru ni dekat Shah Alam yang mana ramai umat Islam dan bukan Islam datang tengok ceramah berbentuk dakwah.  Pendakwah-pendakwah sekarang ni dah boleh role model kepada golongan belia sekarang. Yipppppaaaaa!!!

Antara Hati dan Pemikiran - Sebuah Iklan Digi


Aku dan Wani dah takde apa-apa dah. Mungkin dulu kita pasangan kekasih yang saling kentut mengentut antara satu sama lain. Tapi sekarang, kami hanya kawan. Restu mak ayah tu sangat penting kalau nak diteruskan ke alam perkahwinan. 

Walaupun dah putus, Wani tetap best buddy aku. Wani, seorang mualaf yang memeluk Islam 2 tahun sudah yang mana asalnya seorang free thinker dan tiada seorang pun adik beradik dia yang memeluk Islam. Dulunya, dia free hair sekarang dah bertudung. Dulunya, masa nak belajar al fatihah terpaksa aku tulis dalam tulisan rumi untuk dia hafal, tapi sekarang, baca Al Quran takde la nak makan masa 15 minit untuk 2 ayat Al Quran macam mula dia memeluk Islam dulu. Alhamdulillah. 

Semalam aku call Wani.

"Assalamualaikum makcik Wani..." 

"Pakcikkkkkkkkkkkkk!!!!!! Haaaaaaa... ngaper nyer?" balas Wani call aku dalam keadaan yang excited.

"I miss your bau kentut laaaaa.." jawab aku.

"I miss ur kentut tooo!!!!" dia balas. 

"Wani... I ada masalah ni. Can i share wif u???"

"Hmmmm... masalah apa tu??? I'm here listening..." dia jawab.

Ye ke listening kat masalah aku??? Latar belakang bunyi telefon dia tu aku dengar macam bunyi orang tengah main playstation je. Wani memang suka main playstation pun. Hobi dia..

"U pause la dulu game PS u tuuu!!!" aku sergah dia.

"Ye yeeeeeee.... Mana u tau I tengah main PS???"

"Macam la i tak tau.." 

So, aku pun cerita la kat Wani yang aku ada masalah tentang pekerjaan aku. Aku actually fed up giler babeng dengan kerja aku. Aku ceritakan kat dia yang aku dalam dilema samada aku should berhenti kerja and find another job or running a business. Aku fed up dengan kerja yang aku selama ni buat kat ofis. Dah la gaji ciput, kerja kontrak pulak tu, bos pulak jenis hampeh, kawan-kawan ofis plak kaki kroni. Kerja berlambak-lambak sampai boleh bikin orang takde darah tinggi boleh dapat darah tinggi. Tapi at the same time, aku takut dengan condition ekonomi sekarang yang mana agak susah untuk aku cari kerja lain or set up a new business.

Korang tau apa Wani cakap???

"I know what it feels. Do you know something, during I converted myself to Islam, I pun dalam dilema jugak. My parents, siblings yang bukan Islam buat I jadi runsing. I belajar Islam pun sebab ikut kata hati kerana during kita couple dulu, I really hope that u will be my husband. Tapi sekarang, although kita tak couple lagi, I still seorang beragama Islam."

I DONT GET IT... - kata aku dalam hati. 

Seolah-olah Wani boleh baca persoalan aku, dia reply lagi,
"Maybe hati you kotor and pemikiran you tumpul. Hati kena bersih and pemikiran kena tajam. If salah satu je yang ada, tu yang menyebabkan kita keliru dalam membuat keputusan. You tak boleh nak decide samada nak ikut kata hati or akal pemikiran. Meanwhile, syaitan akan membisik you untuk buat keputusan yang salah. Do you get it???"

"Tolong explain..." tanya aku lagi.
"Masa I masuk Islam dulu, I tak fikir apa-apa. I cuma nak u jeeee.. So I ikut kata hati. I cerita kat kawan-kawan I yang I nak convert to Islam but my frens cakap kalau I masuk Islam semata-mata nak kahwin, pointless. So, masa tu I berfikir. So I discover Islam dengan helping kawan-kawan Islam I and u. Masa tu, I tengok besarnya tanggung jawab sebagai umat Islam. Nak jaga pemakaian la, nak jaga pemakanan la, nak sentiasa bersih la.. Tu belum masuk perihal nak jaga rukun-rukun Islam dan iman. Seksanya I rasa masa tu!!! Rasa macam tak nak je masuk Islam. I couple dengan orang lain lagi bagus instead couple dengan u.. U pun bukan jenis alim sangat. Solat kantoi... Selalu pakai seluar pendek. Suka mencarut... Lepas tu asyik main-main kentut kat muka I je..." 

"Eh...eh...aku plak??? Kira i ni tak helping u langsung la dalam discover Islam??" tanya aku.

"Hmmm... from 100%, u tolong I dalam 2% je kot. Hehehehehehehehe..." dia reply.

Betul kata Wani tu. I rasa I... eeehhhh... ter I plak... Aku rasa aku tak pernah pun tolong dia discover Islam sangat. Kalau dating dengan dia, boleh dikatakan lebuh solat zohor, asar dengan maghrib. Nama je Islam... Huhuhuhuhuhu...  

"Masa I decide nak peluk Islam, I terbayangkan parents I dan siblings I. I takut diorang tak boleh terima keputusan I. Masa tu, syaitan tu bisik kat I JANGAN MASUK ISLAM. Banyak tanggung jawab. I stress sangat-sangat. Masa I kerja kat KL, i stay dengan housemate orang Melayu yang alim. I tengok diorang boleh pikul tanggung jawab sebagai umat Islam dengan mudah sekali.  Boleh bangun pagi untuk subuh, jaga kebersihan diri and even nak keluar angkat kain jemuran kat ampaian masa time hujan pun diorang kelam kabut tukar baju lengan panjang dan tutup kepala dengan tuala dulu baru keluar ambil kain-kain jemuran. So I rasa that was awesome!!!"


"Teruskan.. teruskan..." aku terkedu dengar cerita Wani.

"Masa sebelum I convert, hati I kotor. Kotor dengan ketakutan tanggung jawab. Tapi macam mana I nak bersihkan kekotoran ketakutan tanggungjawab tu?? I duduk dengan orang-orang soleh. I tak minta diorang tolong ajarkan I Islam, i just glance thru je dengan diorang apa yang diorang buat dalam seharian. So, lama-lama I makin berani. I makin berani untuk mencuba pikul tanggung jawab if I convert to Islam."

Tuuutttttttttttttttttttttttttttt...............

Sekali line tipon terputus la plak. Kredit habis. Haaa tu la guna lagi Celcom prepaid!!! Call sekejap dah habis prepaid... Haiiihhhh.... Tarak guna punya Celcom. Timbul balik stress aku... Ok kawan-kawan,lepas ni kita guna prepaid Digi ye...Huhu, iklan Digi kejap.


Barulah aku tahu, hati kita kena selalu dicucikan. Akal pemikiran plak kita kena sentiasa tajamkan.Kalau hanya akal je yang tajam tapi hati kotor, kita memang akan sentiasa dalam keraguan. Kalau hati je bersih tapi akal tumpul, kita pun akan sentiasa dalam keraguan. 

Hati aku kena bersih. Supaya aku tak takut dengan sebarang keputusan yang aku buat dan sekiranya berlaku dugaan selepas aku buat keputusan, aku kena bersihkan hati aku dari perasaan menyesal, putus asa atau menyalahkan orang lain.

Pemikiran aku kena tajam. Kalau aku punya pemikiran lemah, aku akan mudah termakan pendapat-pendapat orang lain yang entah betul atau tidak. Silap-silap kalau aku terikut pendapat orang yang salah, merana la aku. 

Sekarang ni aku terfikir, aku nak berhijrah daripada prepaid Celcom kepada Digi or not. Hmmmmmmmm... hati bersih akal tajam... Ok Wan, buat keputusan!!!

Maybe esok pagi aku akan call Wani sambung cerita tentang Hati dan Pemikiran lagi. 

My Best Ex Girlfriend!!!

3 SUARA... Mintak-mintak la ko menang AJL 2011

Aku tensen betul laaaa!!! Aku cepat sangat angau dengan awek-awek sejak akhir-akhir ni. Dulu aku angau kat Maya Karin lepas tengok filem Ombak Rindu, lepas tu aku angau kat Tasha Shilla bila aku tengok satu drama dia pakai tudung kat TV3... Perggggghhh!!! Cun giler babeng... Sekarang ni, aku tengah angau sangat-sangat kat Shila Hamzah anak kepada penyanyi ND Lala yang sekarang dah jutawan tu. Ni semua gara-gara lagu Beribu Sesalan yang dinyanyikan oleh Ning Baizura, Jaclyn Victor and Shila Hamzah. Aku suka giler time Shila Hamzah sebut "SETIA PADAMU" dalam lagu tu. Soooo da tacing...

Aku rasa tahun ni, juara Anugerah Juara Lagu 2011 kali ni jatuh kat 3 Suara la kot. Lagu tu ada sifat jujur yang mana perasaan kesal, kecewa dan marah wujud dalam lagu tu. Ni apa yang aku rasa la. Sebabnya, aku baru je putus jiwang. Mungkin emosi aku lebih ke arah situ. Lagu-lagu lain pun ok juga yang masuk final AJL tu, tapi hati aku lebih berat menyokong 3 SUARA... OWWW YEAAAHH BABY!!!

Apa yang aku harap, jangan la Ning Baizura over giler masa perform nanti. Takut aku tengok dia kembang hidung. Huahahahahahahahha!!! 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

GUA

Blogcatalog

_____________________________
My BlogCatalog BlogRank